Assalamualaikum, semua...
Hari Rabu haritu teman cuti. Bawa kakak untuk pembedahan katarak di Selayang. Apakah katarak?
Katarak adalah pengabusan semula jadi kanta mata, yang terletak di belakang iris dan anak mata (pupil). Dalam mata biasa, cahaya melalui kanta telus ke retina. Apabila ia mencapai retina, cahaya ditukar menjadi isyarat saraf yang dihantar ke otak. Kanta mestilah jelas untuk retina untuk menerima imej yang tepat (sharp). Sekiranya kanta berkabus akibat katarak mata, imej yang anda lihat akan kabur.
Tempat pembedahan di Taman Sri Utara..dekat dengan Lotus's Selayang.
Kakak dah masuk dalam, kena tunggu 1 - 2 jam, nanti depa telefon bila dah siap. So, mau kemana kita, bunuh waktu? Nak ke Lotus's, malas pula nak jalan kaki, malas juga nak bawa kereta, dah parking molek-molek...
Check kat google map, tak banyak pilihan kedai di kawasan ni, ada kedai mamak dan Kotalama (Oldtown). Riki-riki kedai mamak, tak berkenan pula..nampaknya ke Oldtown lah kita..ada air-cond..
Kakak #2 datang dengan dua orang anak dia. Katanya nak gi expo engineering di KLCC di sebelah petang. OK, ada geng lepak, sambil makan-makan..
Cantik pula alas nasi lemak.
ReplyDeleteHehe seronok lepak sambil makanan sedap.
first time tengok pinggan mcm ni..selalu yg bentuk daun pisang..
Deleteada geng makan2..
seronoknya dapat jalan2 sambil makan.
ReplyDeletejalan2 ke hospital..huhu..
Deletebaru tau ada pusat katarak kat selayang rupanya
ReplyDeletebaru tahu jg..ada tempat khas utk operate katarak..
DeleteSemoga cepat sembuh kakaknya
ReplyDeleteamiin..tq KA..
DeleteTempat ni memang sohor ha hal katarak!
ReplyDeletesapa yg pi hospital kerajaan semua refer kat sini..
DeleteBaru tahu ada pusat pembedahan khas untuk katarak sahaja under hospital. Kira okay lagilah macam ni dari sesak di hospital. Alhamdulillah dah selamat pembedahan. Semoga cepat sembuh matanya. Mujur ada kakak datang singgah, ada geng makan.
ReplyDeletesaya pun baru tahu jg...di sini takdelah ramai sgt..Alhamdulillah, tunggu operate yg sebelah lagi..
DeleteMacam menarik hospital katarak ni. Boleh riki untuk mak saya operate katarak jugak. Thanks share
ReplyDeleteok jg hospital ni, ada lif...boleh riki..
Deletesambil tunggu kakak sempat jln2 cari mkn tu moga kakak cpt sembuh
ReplyDeletetakde tempat tunggu kt hospital tu, kena tunggu kat luar..dgn panas lg, kena cari tempat sejuk..
Deletethank you Kak PI..
Seronok tiba-tiba ada geng lepak, cantik pinggan nasi lemak tu, moga kakak cepat sembuh dan dipermudahkan urusan seterusnya..
ReplyDeleteamiin..thank you babYpose..first time tengok pinggan mcm tu..
DeleteBaru tahu ada pusat pembedahan khas untuk katarak under hospital. Mudah lagi dari bersesak di hospital besar. Alhamdulillah urusan pembedahan berjalan dengan lancar. Mujur jugak ada kakak datang, ada geng lepak makan sementara menunggu.
ReplyDeletesaya jg baru tahu..oklah ada tempat yg khas, jauh dari hospital, parking senang..Hospital Selayang tu parking hazab..Alhamdulillah, dah semakin ok..
DeleteCantik lah bekas nasi lemak tu. kaca ke ceramic.
ReplyDeletekaca (siap rasa dgn tangan)..hehe..
DeleteSyafakallah buat kakak Nohas.
ReplyDeleteTak pernah order dim sum kat old town next time nak trylah.
terima kasih Mrs A..ok jg dim sum dia..
Deletebaru tau wujudnya Pusat Pembedahan Katarak ni..
ReplyDeletesamalah kita, baru tahu jg..
Deletewahh nasi lemak yg manngoda tuuh.. huhuhu
ReplyDeletesedap nasi lemaknya..
DeleteTerima kasih kongsi pasal Katarak nie..
ReplyDeleteMenarik menu=menu yang ada..
sama2..menu di oldtown ni menarik utk dicuba..
Delete