Assalamualaikum..salam tahun baru hijrah..salam hari Isnin..
Tahun baru hijrah kita sambut di pejabat. Pukul 9 malam, gerak balik ke rumah, singgah di pasar malam. Pasar malam di sini pada hari Jumaat. Baru beroperasi semula di pertengahan bulan Jun.. suasana dah tak macam dulu..banyak yang lompong sebab dah tak ramai peniaga..
Di antara makanan wajib beli di pasar malam..Yong Tau Fu...
Feveret nih
Sebelum PKP dulu, ada 3 orang yang berniaga YTF, sekarang tinggal satu ni je. Sampai sini dah pukul 9.30, peniaga pun dah nak berkemas, hajat hati nak beli pecal, pecal dah habis...huhu..
tinggal mee goreng je
---------------------------------------------------
Hari Sabtu - 30 Julai 2022
Ada appointment untuk cucuk booster kedua di klinik dekat Sentul Boulevard
Alhamdulillah, untuk booster kedua, boleh pilih nak vaksin jenis apa. So kita pilih sama dengan yang pertama iaitu vaksin Comirnaty (Pfizer). Klinik pun KKM bagi yang dekat rumah, boleh pilih klinik juga.
Dah selesai, nak pi check out 7 Eleven di sini. Baru buka selepas renovation, ada tambahan Cafe..jom tengok apa yang menarik 7-E yang ada cafe ni..
Banyak juga barang-barang baru di 7-E ni, yang tak pernah nampak dijual di outlet lain..Ada produk Boots..exclusive di 7-Eleven. Boots ni macam Guardian..jual produk kesihatan, kecantikan...
di sini cuma jual skincare jenama Boots
susu dari Hokkaido
Nama pun ada cafe, so macam-macam makanan dan minuman ada dijual
croffle ni marshmallow bubuh mcm2 topping, belum dicuba
Menarik outlet 7-eleven ni, bolehlah singgah kalau ada di Sentul Boulevard
tajuk tahun baru hijrah, citer 7-eleven...hentam sajalah labu..hehe..
Good day to you all
eh eh booster tu kita x dapat pun appointment tp kita dpt link kena pilih sndiri tmpt nk cucuk klu nak... ermm...kita nk AZ tp mostly semua tmpt pun dah abis vaksin ni hehehe.. so x decide lagi nak cucuk kat mana dan vaksin apa..
ReplyDeletebooster yg kedua ni kena pilih jenis vaksin dulu, kendian baru pilih klinik & tarikh appointment...sbb Ret x pilih vaksin, depa x bagi tarikh appointment..
Deletekat mana dapat link nak pilih tempat cucuk tu? hantar melalui sms ke?
Deletehantar dalam Mysejahtera..
DeleteMcm2 aktiviti.
ReplyDeleteselamat thn baru hijrah
semoga kita akan.lebihh baik dari sblmnya .aamin
amin2...selamat tahun baru jg Cik Nor..
Deletebaca entry ni terus google 7 Cafe. rupanya dekat je dengan rumah. kena cuba ni. croffle tu macam best je
ReplyDelete7-11 yg ada cafe ni mcm best je..belum cuba lg makanan & minuman di 7-e ni..
DeleteWah 7E di sana ada cafe. Macam-macam benda baru ya. Kalau orang yang suka cuba boleh cuba satu-persatu.
ReplyDeleteada beli barang2 je..makanan/minuman belum dicuba..
DeleteLama tak masuk 7e....
ReplyDeletekat KL, dah banyak pilihan convenience store..
DeleteOutlet 7 eleven memang menarik..area umah Sa siap ada jual Jovian nyer Facemask lepas tu ada macam2 barangan yang jarang nampak kat 7E...cumanya dah jarang la masuk 7E ni..kat NuSentral ada outlet dia tapi dah tutup...sekejap je kat situ..rasanya tempat x strategic
ReplyDeletebetul, ada outlet yg biasa2, ada yang menarik...oo..dah tutup, lokasi x strategik x ramai pelanggan..
DeleteLewat nohas balik dari ofis, mesti byk kerja tu. Wah, kebetulan saya pun singgah di pasar malam Fasa 8 & 9 Jumaat lepas, tapi dalam pukul 8. Beli nasi goreng, jagung, mihun sup & buah mangga.
ReplyDeletebanyak kerja...huhu..oo..kalau saya awal, mungkin berselisih bahu di pasar malam...hehe..
Deletewah booster 2x dah terbaik tu
ReplyDeletekerajaan bagi free, kita ambik je..berusaha mencegah..
DeleteWah, dah second booster dah nohas.
ReplyDeleteMenarik 7-Eleven nya. Macam C U Mart la. Ada banyak makanan, minuman, bayar, dan buat sendiri. Produk kecantikan macam facemask tu pun ada, dah ralit tengok barang dibuatnya.
Alhamdulillah, KKM dah panggil....ralit tengok barang2..adalah beli seketul dua..hehe..
DeleteTahniah dah ambik booster kedua.
ReplyDeleteMenarik ya 7E. Meriah nampaknya.
Saya dah lama tak masuk 7E.
Alhamdulillah, dah selesai....bila ada cafe ni, nampak meriah dgn makanan/minuman..
DeleteSatu hari nak terjah jugalah 7E cafe ni...
ReplyDeleterecommended, byk pilihan..
Delete