Tuesday, 9 August 2022

Soul Journey : Kenali Potensi, Merungkai Solusi

Assalamualaikum semua, Salam Keluarga Malaysia..

Hari Rabu lepas, ada hadiri satu majlis anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang dinamakan 'Soul Journey : Kenali Potensi, Merungkai Solusi'.


Program 'meet & greet' bersama Pengerusi MAIWP, YBhg Tan Sri Mohd Daud Bakar, iaitu pertemuan wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO) dengan MAIWP. Pertemuan 'mover & shaker' NGO Malaysia. 
 
Banyak nama-nama besar NGO yang hadir seperti Islamic Relief, Muslim Care, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Cinta Tanpa Sempadan (Care Borderless), Gabungan Dakwah Malaysia..kita ni dari NGO kerdil je, part time pulak tu..depa mostly bergiat secara full time..yang buat kerja-kerja kebajikan sampai di luar negara..
 
Prrogram bertempat di Dewan Tun Dr Ismail di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur. Memang gah lah tempatnya..
 
Dewan Tun Dr Ismail
 
Ucaptama Pengerusi MAIWP
suka dengan ucapan YBhg Tan Sri, very empowering
tanpa teks pulak tu
 
Diantara intipati ucapan Pengerusi ialah aspirasi MAIWP untuk mewujudkan hubungan strategik dengan NGO² bagi meningkatkan kualiti asnaf di kotaraya Kuala Lumpur. Tujuan utama untuk mengurangkan golongan miskin bandar. Bahagian Pembangunan Asnaf diwujudkan untuk tujuan ini.  Bergerak disamping bhg Baitulmal yang memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan. 

Bantuan Baitulmal ni memang kita selalu dengar, Ada bantuan bulanan, ada bantuan sewa rumah, ada bantuan nak buka peniagaan. Sekarang ni kita bergerak ke arah 'anjakan paradigma' supaya golongan asnaf ni mempunyai daya usaha untuk mengubah kehidupan mereka (tranformasi).
 
Tan Sri mempengerusi Round Table Discussion
 
NGO yang memahami degup denyut jantung kehidupan masyarakat diharap dapat membuat program yang sesuai dengan pelan strategik MAIWP, berkolaborasi dengan MAIWP menghasilkan program yang berimpak tinggi, dengan tagline 'Quicker, Cheaper, Smarter'. Berubah dari 'red ocean' kepada 'blue ocean'..kendian ada 'white ocean' pula. Teman baru nak baca management/marketing strategi ni...

wakil dari Muslim Care Malaysia
sedang menyuarakan pendapat
 
menu lunch

Baguslah program sebegini, membuka minda. Dapatlah kita dengar pengalaman mereka yang aktif dalam bidang kebajikan. Macam-macam kisah, kita ni baru setahun jagung...
 
Seeruu 'ala barakotillah (berjalanlah dengan diiringi keberkatan daripada Allah SWT) kepada semua penggerak NGO..membujur lalu, melintang patah..

Untuk bacaan on sustainable community change : What's Wrong to What's Strong

24 comments:

  1. Tahniah nohas, jadi sebahagian NGO tu pun satu usaha yang bagus. Bagus ada program macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, aktif sikit2 je...jumpa ramai penggiat NGO dlm program ni..

      Delete
  2. Tahniahh
    Usaha yg baik pasti balasannya jga kebaikkan.

    ReplyDelete
  3. wahh sedappney tgk menu nasi beriyani tu.,. ;p

    ReplyDelete
  4. Apalah makna red,blue, white ocean? Pertama kali dengar.
    Eloklah memperkasa asnaf.

    ReplyDelete
    Replies
    1. istilah management/business..red ocean - keadaan pasaran masakini - penuh dgn persaingan...blue ocean - lebih kpd monopoli market, tak byk persaingan...white ocean - sustainability...asnaf bila diperkasa boleh keluar dari kepompong kemiskinan..

      Delete
  5. Dalam banyak2 tu... uncle berminat tang menu je... hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. menu je...haha..Alhamdulillah, sedap masakannya..

      Delete
  6. tahniah bersama ngo aktif dgn program terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena rancang program lepas ni, program yg dulu2 cuma bagi sumbangan je..

      Delete
  7. Tahniah kak!..part time or full time..at least ada time untuk terlibat dalam kerja2 NGO ni...hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you....bila ramai2 tu (ajk), ada semangat nak buat program..

      Delete
  8. ini yang kita perlukan..insyaallah niat baik selalu dimudahkan urusan

    ReplyDelete
  9. Wah…terbaik Nohas join NGO begini.

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. betul...ucapan yg awesome, jumpa mereka yg awesome dlm kerja2 kebajikan..

      Delete
  11. bestnya. kalau ada aktiviti yang memerlukan volunteer boleh ajak saya. boleh email or drop komen kat blog. nak jugak lah jadi manusia berguna. penat jadi loser

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah...belum finalise program....

      Delete
  12. Kerdil pun tetap NGO yang ada peranan. Semoga diberkati

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin2...semoga diberi kekuatan utk istiqomah..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!