Tuesday, 20 September 2022

Jalan-jalan cari PE cantik

Hola...bertemu kembali..

jom jalan-jalan di sekitar KL, tengok PE cantik..

PE ni singkatan dari Pencawang Elektrik. Bila sebut pencawang rasa macam besor je, teringat menara pencawang dengan talian elektrik, yang tu PPU (pencawang pembahagi utama), yang ada bangunan besor tu PMU (pencawang masuk utama).

PE ni terjemahan kepada TNB substation..kotak elektrik kecik je yang selalu nampak ditepi jalan..Kat KL ni, kotak-kotak elektrik dicat dan dijadikan wadah lukisan/design..

Jom tengok yang menarik..

warna ungu @ Jalan Sri Amar
off Jalan Raja Laut
 
KL skyline @ Jalan Tun Razak/Jalan Ampang
 
corak batik & bunga kering @ Medan Tuanku

corak batik yang popular...entry lain tema yang sama Ku Lihat 'Batik & Songket'
 
till then, have a good day..

36 comments:

  1. Cantik corak batik warna hijau kuning tu.
    Bagus deko gini, tidaklah sakit mata pandang stiker lekat situ.

    ReplyDelete
  2. Kat Johor macam tak ada PE yg cantik macam ni.

    ReplyDelete
  3. Kat jalan utama KL jer kak rasanya depa letak mural.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah...kat jalan2 utama dan yg dekat jln utama mcm Jln Sri Amar..

      Delete
  4. Eh..kita hari- hari kat KL x pernah ternampak pun..nampak nau jalan x pandang kiri kanan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum jumpa lagi tu.. hehe..kat KL Sentral/Brickfields, rasanya takde lagi..

      Delete
  5. Elok itu memperindahkan PE.
    Betul itu baca tajuk ingat pencawang besar itu. Kalau hias yang itu cantik juga. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepatutnya ada pekerja yg lap, takle nampak berhabuk, kelabu je...hehe...yg tu bahaya kalau hias, voltan tinggi..

      Delete
  6. Cantik menghias bandaraya corak menarik

    ReplyDelete
  7. Corak-coraknya memeriahkan suasana. Cantik!

    ReplyDelete
  8. Baru tahu ni hehehe... kat Seremban belum jumpa lagi PE buat mural cenggitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik kalau buat mcm ni kat semua bandar..

      Delete
  9. Dah tak nampak mcm PE dah dia punya cantik tu

    ReplyDelete
  10. klu area perumahan buat kaler2 camni kan cantek gak haha

    ReplyDelete
  11. Oh, nama dlm BM ialah kotak PE. Puas saya cari hehe. Kat Tasik Titiwangsa pun cantik2 lukisan kotak PE. Corak batik ni memang lawa la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kotak elektrik sebetulnya...PE tu sebenarnya yg bangunan TNB substation kecik...lama x gi tasik titiwangsa..cantik2 jg design di sana, mesra alam..

      Delete
  12. Oooo... benda alah ni nama nya PE ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kotak elektrik sebenarnya...PE yg TNB substation..

      Delete
  13. kreatif betul2 mereka hias PE tu. Menjadi tarikan pelancong plak. syabas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm2 design...harap2 ada pelancong yg viralkan...hehe..

      Delete
  14. Replies
    1. kan...seronok tengok kotak elektrik yg cantik..

      Delete
  15. Harap takde tampal stiker Along atas corak yang cantik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...harap2 mcm tulah kan, so far takde yg tampal lagi...

      Delete
  16. unyalah cantik rupanya PE tu Pencawang Elektrik rupanya hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul, TNB substation translate jd pencawang elektrik..

      Delete
  17. Wah.. lawanya pencawang elektrik dihias begitu..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!