Assalamualaikum..
Hari Jumaat lepas, cuti sempena Hari Malaysia, kami terbang ke Kota Bharu, Kelantan. Cuti-cuti Malaysia selama 4 hari 3 malam.
Pertama kali naik kapal terbang sejak PKP tahun Mac 2020...huhu..flight petang pukul 5, dari KLIA2..
hai, lama tak bersua
Sekarang ni semua DIY, cetak boarding pass dan luggage tag. Download app Air Asia dan scan kod QR di mesin khas yang ada banyak di sini. Kelam-kelibut juga, pertama kali guna. Dah settle cetak, beg drop pun kena buat sendiri.
sib baik ada petugas yang tunjuk ajar
Dah settle bag-drop, jom masuk, first ambik gambo ni dulu..hehe..
lama tak tengok..kesiannya..haha..
Flight ke Kota Bharu lebih kurang 1jam. Cuaca ok, Alhamdulillah, mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.
Dah ambik beg semua, nak ambik grab ke hotel. Tetiba, hotel pulak takde dalam senarai grab. Kena pulak cari teksi. dah dekat pukul 7, kaunter teksi dah tutup. Kena cari sendiri teksi kat luar. Alhamdulillah, ada satu teksi, charge RM30 ke hotel.
Kami book hotel KB Street Boutique Hotel di Jalan Parit Dalam, depan pasar Siti Khadijah. Kat tengah-tengah bandar KB.
KB Street Boutique Hotel, bersebelahan dengan Kamdar
Jom tengok suasana dalam hotel
common lounge, tempat makan, ada mesin coway, peti ais
kopi, teh, gula, pinggan mangkuk, sudu garpu, cawan2
pintu no. 104 tu ialah bilik hotel kami
Hotel ni cuma provide light breakfast - kuih muih je, teh kopi kena bancuh sendiri
bagus juga, boleh breakfast makanan tempatan di pasar
Jom tengok bilik hotel pula.
Kami book city view suite, triple room thru Agoda. Total RM518.40, lebih kurang RM172.80 per night, hari cuti mahal sikit. Ada satu queen bed & single bed, besar juga, Selesa. Ada disediakan sejadah, al-quran, shower cream & shampoo.
Ada disediakan seterika di satu ruang dekat common lounge
ada pasar malam di Jalan Parit Dalam
tapi mcam sendu sikit, gerai tak banyak
Malamnya hujan turun dengan lebatnya. Alhamduiillah, kami ada bawa bekal dari rumah untuk makan malam. Bekal spagetti bolognese, nasi putih dan sambal tumis ikan bilis.
Tapi turun juga, tengok-tengok apa yang dijual di pasar malam. Beli kuih pau, sotong mesin dan buah potong. Ada juga jual lokcing, tapi tak beli. Sotong mesin disini, yang saiz kecik harga RM5.00, murah dari tempat lain...tapi masinnya Subhanallah..tapi bila dicicah dengan sos, enak rasanya...nampaknya tak boleh dimakan begitu saja..
Rindunya KB. Paling rindu nak naik kapalterbang 😂
ReplyDeletepertama kali naik kapalterbang lepas pkp...hehe..
Deletesyok tu cuti2 ke kelantan...selamat dtg ke kampung negeriku....lg best naik flight sbb tk lama perjalanan berbading travel naik kete
ReplyDeletesyok...naik flight sekejap je sampai...hihi..
Deleterinduu nk KB , 2 thn jga x jln2 sana
ReplyDeleteboleh cuti2 Malaysia..
DeleteUntung juga dapat hotel di dalam bandar...senang nak jalan-jalan
ReplyDeletesenang nk ke pasar sebenarnya...hehe..sbb ahli rombongan semua kaki shopping barang makan..
Deletewah lama x gi KB.... ok bole jadi panduan lepas ni hehehe
ReplyDeletesamalah. dah lama juga x gi KB..
DeleteSenang hotel dekat bandar, dah tak perlu susah2 cari kedai makan
ReplyDeletebetul, dekat pasar ada mcm2 makanan...rambang mata..
DeleteBestnya jalan² KB 🤓✨
ReplyDeletesonok..JJCM..
DeleteNampak cantik dan selesa hotelnya. Breakfast no problem kan. Macam-macan ada di KB nu
ReplyDeletetakde breakfast pun ok...boleh cuba local foods..
DeleteLama tak ke KB. Dan lamaa tak naik flight 😄
ReplyDeleteHotel di tengah bandar, mahal sikit pun takpe. Mudah kita nak jalan2.
ni pun pertama kali naik flight lepas pkp...yg utamanya dekat dgn pasar...hehe..
DeleteSeronok jalan2 di KB.
ReplyDeletebest...tak puas..tak gi tempat2 makan viral...hehe..
Deleteeh eh nohas.....sama lah hotel yang kami dok dulu dan bilik yang sama. Aduhaiiiii mengimbau kenangan sungguh ni. Bilik tu best sebab depan pasar.
ReplyDeleteoo..ya ke..ha'ah, bilik tu best, boleh tengok view depan pasar..
DeleteBest betul la hari ni singgah sini dapat jenjalan Kota Bharu plak...
ReplyDeletehehe...simpan kenangan di sini..
DeleteBest! Memang best pergi Kelantan. Kalau boleh saya hendak jelajah banyak tempat, nak merasa pelbagai makanannya.
ReplyDeletecuba makanan tempatan, ada yang unik...
Deletemama terfikir gak nak naik flight ke kb boleh lah mama rujuk sini
ReplyDeletenaik flight sekejap je..boleh sewa kereta di KB..
DeleteBest juga hotelnya.. dekat dengan pasar siti khadijah.. Okay juga kalau naik flight ke KB..
ReplyDeletesenang nak shopping kt pasar...hehe...mudah naik flight, kalau nak jalan2 kena sewa kereta..
Delete