Tuesday, 20 December 2022

Nasi Minyak John @ Kuala Terengganu

Sambung citer JJCM di Kuala Terengganu. 

Hari pertama sampai ingatkan nak sarapan nasi minyak John tapi tutup pula kedainya. Hari kedua, hari Jumaat, kedai buka, Alhamdulillah. Nama kedainya Restoran Seerai Wangi di Jalan Tok Lam.

Sebenarnya ini kali kedua makan nasi minyak John ni. Pertama kali makan sebelum PKP tahun 2020. Hanya di Terengganu je dapat makan nasi minyak di pagi hari...eat like locals...hihi..

dah ramai beratur utk tapau

yeayy..ada..
 
Jom masuk, cari meja. Yang sedang makan pun ramai juga..
 
full house
 
 
nasi beriani pun ada
 
dua jenis nasi ada dijual disini
 
nasi minyak john gulai ayam & telur
 
sarapanku

 Harga semua : RM17, set nasi RM7.50, air teh O panas RM1.00

 
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa nama nasi minyak ni  nasi minyak John? siapakah John? mat saleh ke?
 
Driver grab yang kami naik dari airport tahu salasilah nasi minyak John, dialah yang bercerita. Dulu-dulu, tukang masak nasi minyak ni orang lain, yang menjualnya orang lain. Yang menjual tu lah orang panggil dia John, nama sebenar tak tahu pula, entah kenapa orang panggil dia John, bukan mat saleh, orang tempatan juga. Lepas tu semua orang refer nasi minyak yang dijual tu 'nasi minyak John'..

Sekarang ni yang menjual di Restoran Seerai Wangi ialah generasi kedua tukang masak asal nasi minyak ni, turun-temurun daripada bapanya tapi masih mengekalkan nama nasi minyak John..

Begitulah ceritanya, wallahua'lam...kalau ada di Kuala Terengganu, silalah mencoba nasi minyak john..sebenarnya kedai lain pun ada juga jual nasi minyak sebagai sarapan, dekat kedai nasi dagang atas tol pun ada tapi rasa best lak makan nasi minyak john...hihi..

Lepas makan, berjalan kaki ke Restoran Nasi Dagang Atas Tol (NDAT), nak beli keropok lekor..lalu depan UTC Kuala Terengganu...cantik bangunannya..

Suka tengok hard landscape bentuk paku-pakis
 
Ok, off to Pasar Payang pula, retail survey...haha...

14 comments:

  1. Wah, sarapan nasi minyak. Kalau terbabas ke Kuala Terengganu, bolehlah try. :)

    ReplyDelete
  2. selalu makan nasi dagang ja gi teganu

    ReplyDelete
  3. Teringin nak makan nasi minyak, tapi kan masalah SA ni bila makan nasi minyak SA jadi lembik satu badan...x bermaya..x tau la apesal

    ReplyDelete
  4. Ni mesti port yang femes kat sana sampai tuan kedai kena letak sign besar2 nak bgtau nasi ada lagi hehe

    ReplyDelete
  5. senang tulis 'ADA' besar-besar, tak payah jawab orang tanya. nanti lah kalau ke KT boleh try

    ReplyDelete
  6. Pertama kali tau pasal nasi minyak John. Harap ada rezeki merasa bila ke sana.

    ReplyDelete
  7. kelihatan sedap kak nohas...nasinya clear dan bulirnya cerah...mantab sudah turun ke second generation...dan gulai ayamnya pun menggiurkan ^^

    ReplyDelete
  8. baru kemaren wak mkn nasi dagang atas tol yg sedap tu., ;p

    ReplyDelete
  9. Lawa betul bangunan UTC dia..
    Nasi minyak hanya di Terengganu je kan kak.. Aduh!! Kena mencuba juga nie nanti..

    ReplyDelete
  10. Wah, lama tak datang Terengganu. Boleh cuba ni.

    ReplyDelete
  11. Ingatkan nasi minyak western sebab ada nama john rupanya nasi minyak yang di jual oleh john

    ReplyDelete
  12. Ada versi Nasi Minyak John rupanya.

    ReplyDelete
  13. Seronoknya kerja Cik Nohas, singgah tempat yang popular.
    Sedap ya Encik John buat nasi minyak.
    Tq kongsi cerita. Pergi tidak tahu bila. Kalau pergi ke sana tidak tahu dapat singgah kedai ini ke tidak.

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!