Monday, 19 June 2023

Lain rasanya pergi Supermarket T20..

Hari Ahad lepas, teman ke Bangsar Shopping Centre (BSC). Sepanjang duduk di KL ni, adalah sekali kot jejak kaki di sini...not my playground, shopping complex golongan T20, golongan kayangan..


Teman ke sini sebab ada appointment untuk facial, katanya teman dapat free voucher. Tapi biasalah, ada udang disebalik batu. Bila dah sampai sana, scan kulit muka, staff tu mulalah suggest itu ini. Tengok harga, paling murah facial disini ialah RM500 (ini yang percuma tu)..huhu. Dah dengar cadangan semua, teman pun setujulah top-up RM100 untuk ambil facial yang lain. Bolehlah, still affordable..cukuplah sekali..

restoran di main entrance

Dah habis buat facial, kita ronda-ronda. Kedai-kedai di sini lain macam, jarang jumpa di shopping complex yang lain. Adalah 2-3 yang pernah nampak seperti restoran Dome, MPH, Chef Wan & Godiva. Sampai di supermarket BSC Fine Foods.

Di ruang legar depan supermarket ni ada booth jualan, kita tengok-tengok je...

booth coklat Royce, jenama dari Jepun
dan Castania, butik kekacang 

booth Tlur, tropical caviar

booth bakery Kenny Hill's Bakers
 
booth Baaji's jual kurma premium, baklava & coklat 
cantik-cantik bekasnya
 
Ok, jom kita ronda-ronda tengok barang bahagian dalam pula. Supermarket ni nampak kemas dan teratur. Setiap section, dilabel dengan tulisan besar.
 
pelbagai jenis keju
 
keju-keju
 
 Yang best pergi supermarket elit ni, akan jumpa pelbagai jenama barang-barang
mungkin sebab pelanggan mereka mostly expatriate, foreigner, barang-barang pun lain macam, pelbagai jenis jenama teh, rambang mata nak pilih

pelbagai jenis teh
 
teh lagi
 
kerepek tempeh pun lawa je

makanan kesihatan ..moringa, turmeric powder
 

buah nenas tersusun kemas kat atas tu
 
bersambung dengan bahagian bakery & cafe

ramai yang lepak-lepak di cafe

roti & buns

cookies in jars
dibelakang tu ada kek cempedak

St Michel French Madeleines
Made in France katanya
Pure butter, 100% CRC Certified French Wheat
Cage-Free Eggs, Halal Certified


 Tempting tengok buns, kita pun pilih-pilih for late breakfast
 
 
Banquet D'or Apple, Sardine Puff, Madeleine Citrus
Hazelnut Latte - total RM33.10
sedap semuanya

Sekali-sekala bolehlah, hanging out di retail mall di kawasan elit
till then, stay healthy!

24 comments:

  1. BSC memang tempat golongan expat membeli-belah. Golongan T20 Malaysia pun jarang2 masuk situ hehe. Sekali-sekala cuci mata bolehla..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai jg malaysian kat sini, penuh jugalah restoran Dome & Robertson..

      Delete
  2. Adusssss!
    Facial paling murah pun RM500. Memang level kayangan langit ke tujuh ni hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna produk organic dari Australia..buka kedai di kwsn elit mcm ni bolehlah survive...

      Delete
  3. hhahahha masuk BSC bila ada bos banjer je hahaha.. klu x, memang x jejak.. becinta nak masuk area bangsar tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..best lah bos blanjer...kalau dari Sentul, ok je, ikut Damansara...

      Delete
  4. Hehe beli rotipun harga boleh tahan.
    Ya seronok sekali-sekala cuci mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali pergi...lepas ni boleh lepak kat MPH..

      Delete
  5. Sekali-sekala masuk, apa salahnya. Seronok tengok barang² yang tak ada di supermarket biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jamu mata...mana yg berkenan, yg mampu milik bolehlah beli...buat raso-raso..

      Delete
  6. paling suka cookies dalam jar...juga varian keju mbul kak nohas...kayaknya macam macam rasa ada di sana...senang tengok supermarket pas ada waktu santai

    ReplyDelete
    Replies
    1. soft cookies dalam jars nampak yummy....supermarket ni memang asyik sekali..

      Delete
  7. Makcik punye topup rm100 pon xleh cover byr sewa kedai facial tuuhh 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pelanggan random je, depa dah ada list pelanggan tetap...

      Delete
  8. Kalau hari Sabtu, mungkin terserempaklah kita Nohas. Padahal tak kenal muka pun 😄
    Saya pun haritu pertama kali ke BSC. Semuanya woww, termasuk suraunya.
    Sempat gak shopping buah dan sayuran di pasaraya untuk bawak balik rumah PP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..ya ke..tak check pula suraunya...nantilah jalan-jalan ke sini lagi...hehe..

      Delete
  9. Sy lg lah x pernah ke sini... hehehe.... mahal jugak tu facial termurah rm500

    ReplyDelete
    Replies
    1. terkejut jg tengok harga facial kat sini...tapi produk dia ok..

      Delete
  10. area bangsar mmg kawasan kayangan...lama tk ke BSC...oh dh ada cafe chef wan juga sini

    ReplyDelete
  11. St Michel French Madeleines tu sedap. saya suka

    ReplyDelete
  12. Saya tergodatengok aneka pilihan teh tu.. Pergh!! Macam-macam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rambang mata...macam2 brand...yg tak pernah jumpa pun ada..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!