Hari Isnin, cuti umum sempena birthday YD Agung, saya dan kakak pergi jalan-jalan cari makan di area USJ dan Subang Jaya. Kisah makan tosei di Empire Subang Gallery dah up haritu.
Kali ni entry makan nasi arab Lamb Shank di Restoran Chef Ammar. Edisi sesekali teringin. Viral kisah Chef Ammar semasa berjualan di bazar Ramadan, sejak dari tahun lepas buat rasa teringin nak makan lamb shank dia yang femes tu, sedap ke? orang sanggup beratur panjang nak beli..
Jom kita review..
Restoran Chef Ammar di USJ 4
ini kedai utama, ada satu lagi selang beberapa buah kedai
ada tempat makan kat dalam
kawan ofis cakap ni kedai dia masa mula berniaga
business berkembang, buka kedai yang lebih besar
Tengok atas meja ada muka Chef Ammar, rupa-rupanya buku menu
di Masjid Al-Aqsa complex
OK, order specialty dish - Dom Oven Lamb Shank dan Fatush Salad. Dom Oven Lamb Shank tu ada nasi arab, mula-mula pilih nasi maqlubah tapi belum siap. Kita pilih nasi kabsah. Air teh O ais limau.
roti tu boleh dimakan juga
order extra nasi kabsah
Memang sedap nasinya dan lamb shank, terbaik...patutlah ramai yang beli.
Recommended..dah rasa oklah...maybe lepas ni try lauk ayam pula..
Hehe habis makan ke itu?
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat makan.
habiss..hihi..kelaparan sbb tak breakfast...Alhamdulillah..
DeleteMesti sedap. Kalau tak, takkan ramai orang beratur, kan. Pernah tengok dia masak kat tv. Masakannya, belum pernah rasa.
ReplyDeletemmg sedap...makan nasi saja pun dah sedap, terasa rempah ratusnya..
DeleteUncle cepat2 scroll ke bawah nak cari resit dia!
ReplyDeleteNasib ada resit.... hehhehe
lauk kambing mmg mahal jugalah...nak merasa..
DeletePuas hati dapat makan sedap. Berbaloi dengan harga. Saya yang tengok ni pun terliur!
ReplyDeletemmg sedap nasi dia..jauh beza dgn nasi2 arab yg pernah dimakan..
DeleteOrang dari negara Timur Tengah memang pandai masak daging kambing, isinya lembut dan senang dikunyah. Teringin jugak nak ke Restoran Chef Ammar tapi macam malas nak ke USJ tu sebab selalunya susah cari parking 😅
ReplyDeletebetul, depa pandai masak kambing..kwsn restoran Chef Ammar ni cuma ada 2 baris kedai 1-storey, mcm neighbourhood shops, parking banyak...tak mcm Taipan & USJ yg lain..susah parking..crowded..
Deletekubah masjid biru cantik....ais limau terdengar segar..segala sajian lamb amat menggugah selera..
ReplyDeleteitu masjid Dome of the Rock di Baitulmuqaddis...menu lamb di restoran Arab emangnya enak2..
DeleteBiasa makan nasi Arab, tapi berapa minat sangat.. Selamat duit.. 😄😅
ReplyDeleteada nasi arab yg harga ok..sesekali bolehlah makan..tukar selera..
DeleteTerkejut tengok kemain besar muka chef di buku menu 😄
ReplyDeleteLepas tu terkejut tengok harga RM75 tu. Tapi memang menggoda rupa hidangan. Dan berbaloilah sebab sedap.
saya pun terkejut tengok muka chef atas meja...itulah ingatkan RM75 tu boleh share 2-3 orang, rupanya takle byk sgt nasinya...kalau nasi arab lauk lamb shank harga RM50...yg ni signature dish chef ammar..
Deletemakan nasi lamb shank roti lagi kenyang sgt tu
ReplyDeletedua2 sedap - roti & nasi...Alhamdulillah, kenyang jg..
Deleteharga mampu lihat je. tapi makanan semuanya sedap kan?
ReplyDeletebetul, sedap..resipi keluarga chef ammar dari Palestin..
DeleteHarga mahal tapi sedap memang terbaik...harga mahal tapi rasa ke laut..kecewa la kan..tapi kalau teringin apa salahnya..sekali sekala bayar lebih sket..hehehehehe
ReplyDeleteya, betul..curiosity killed the cat...org asyik cakap dia jual harga 'tel aviv' buat terasa ingin nak try..tapi mmg sedaplah..berbaloi dgn harga..
DeletePuas hati bayar lebih sikit jika sedap masakannya, kan. Lamb Shank tu pun kat mana2 memang mahal, apatah lagi jika Chef Ammar yg masak.
ReplyDeleteteringin, dapat sekali rasa pun jadilah...tapi mmg sedap nasi & lamb shank chef ni...resipi turun temurun..
DeleteNampak besar portion dia...terliur plak Sa
ReplyDeletebolehlah 2 org mkn tapi sebab lapar, tak breakfast, rasa x cukup pula...hihi..
Deletebikin kenyang perut. delicious...
ReplyDeletewah rare la lamb shank balut roti macam tu. mama tak penah rasa lagi
ReplyDeleteBoleh repeat lagi la ni...
ReplyDeletePuas hati kalau lamb shanknya lembut dan sedap..
ReplyDelete