Monday, 13 May 2024

Yogyakarta : Masjid Gede (Besar) Mataram di Kotagede

Salam Isnin..

Masih lagi di hari pertama di Yogyakarta. Selepas makan nasi gudeg, aktiviti pertama ialah jalan-jalan ke Kotagede, kota tua yang penuh sejarah terletak di timur-selatan kota Yogyakarta.

Kotagede ialah ibu kota kerajaan Kesultanan Mataram pada kurun ke-16, sebelum penjajahan Belanda di Indonesia. Sejarah Yogyakarta ni tak berapa faham. Pakcik driver airport cab ada bercerita tentang sejarah Yogyakarta, bagus uncle ni, boleh bercerita secara detail sejarah Yogyakarta.

Sesiapa yang nak ke Yogyakarta, bolehlah contact uncle Kadarmaji ni. Nice guy, recommended!

Kami order grab ke Kotagede. Perjalanan macet, cuaca panas. Akhirnya sampai juga. Berjalan menuju ke pintu masuk kompleks Masjid Gede Mataram. di kiri kanan lorong, ada kedai jual makanan, pakaian untuk disewa, buat OOTD..

kedai sewa pakaian tradisional Jawa
 
pintu gerbang ke perkarangan masjid
 
perincian ukiran di pintu gerbang
 
ukiran di dinding tembok
 
information tentang masjid gede
 
Masjid Gede Mataram
 
main entrance
 
interior ala-ala Masjid Kampung Ulu di Bandar Melaka
 
ada beduk dan kerantong (taboh)
 
dua orang sedang OOTD dengan pakaian tradisional Jawa
 
Jom ke kawasan makam pula, makam sultan-sultan Kerajaan Mataram
 
lalu pintu gerbang ini
 
peraturan ziarah makam..perghh..kena pakai berkemban..
baju tradisional Jawa..lepaskan jilbab.. 
 
dua orang pria telah lengkap berpakaian tradisional Jawa
 
Kami hanya berjalan-jalan dalam kawasan masjid dan keluar untuk melawat kampung tradisional pula...bersambung di next entry..

13 comments:

  1. Cantik masjidnya, kaya dgn seni ukir tradisional.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masjid lama..masih utuh & boleh digunakan...

      Delete
  2. suka betul dgn senibina nya tu..

    ReplyDelete
  3. cantik bangat pintu gerbang masjidnya...

    ReplyDelete
  4. wah kena berkemban nk masuk situ sanggupke

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pakai baju tradisi Jawa..yg pompuan kena berkemban...idok le teman..

      Delete
  5. Cantik semuanya. Hope dapat ke sana nanti. Senibina cantik unik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah..one fine day...cantik senibina Jawa..

      Delete
  6. Tradisional design masjidnya.

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!