Wednesday, 29 May 2024

Yogyakarta : Borobudur

Salam semua...sambung kembali kisah travel di Yogyakarta..

Hari kedua di Jogja. Hari Jumaat. Hari ni kita ke Borobudur..one of the must visit places in Jogja. Malam semalam baru godek-godek website, nak beli tiket. Bapak Kadarmaji beritahu kena pilih slot - setiap visitor cuma dibagi masa 1.5 jam sahaja untuk jalan-jalan di Borobudur, kami ambil slot 9.30 - 11.00 pagi..

confirmation tiket. unduh = download
 Harga tiket untuk 2 orang - IDR 942,075 @ RM273
Lebih kurang RM140 per person 

Untuk hari ni, kami booking teksi Pak Kadarmaji untuk satu hari, dari pukul 8.00 pagi hingga 6 petang. Sewa seharian ialah IDR 500,000 @ RM145.

Borobudur ialah kuil Buddha terbesar di dunia. Dibina pada kurun ke-9 di zaman dinasti Syailendra tetapi ditemui pada tahun 1815. Dinobatkan sebagai tapak warisan dunia UNESCO. Masih berfungsi sebagai kuil, masih ada orang Buddha yang buat upacara keagamaan mereka di sini. 

Jom kita lawat tapak UNESCO. Sampai di tempat parkir, ramai yang datang, menjual pelbagai barang. Terus ke kaunter tiket.

kaunter pengesahan tiket - dapat gelang kertas dan kupon
 
dapat air mineral & upanat (selipar anyaman bambo / mengkuang)
 
kaunter collect beg berisi air mineral & upanat
 Diberi juga nombor kumpulan

Selepas ambik beg, beredar ke ruang menunggu
 
upanat
dimestikan pakai upanat ni untuk menjaga lantai Borobudur
daripada rosak binasa
 
setiap kumpulan ada seorang guide yang handle
banyak kali juga berenti, guide bagi info tentang Borobudur
 
Jom gerak, masa ni panas lit-lit
 
Borobudur...perghh..sayuppp..
 
pendakian bermula
 
 Borobudur ni ada 9 tingkat. Visitor hanya boleh gi sampai tingkat 7 sahaja. 
2 tingkat yang teratas ditutup untuk visitor, tempat mereka sembahyang

banyak ukiran-ukiran di dinding
 
tour guide tengah bagi penerangan tentang ukiran 
 
tekun mendengar
 
the highlight kat Borobudur ni ialah photoshoot kat stupa
 
stupas
 
Takde apa nak dilihat kat atas ni, kami pun inform tour guide, nak balik dulu. Dia ok je. nak turun punyalah azab..tapi lepas juga..hehe..

Borobudur bahagian belakang
 
Tak larat nak berjalan ke tempat parkir, kami naik kereta kuda. Dibawa jalan-jalan keliling kampung dulu sebelum ke tempat parkir
 
seronok juga..angin berhembus..
 
sawah padi menghijau
 
singgah di sini untuk toilet break & beli minuman dingin
dahaga giler, tak cukup sebotol air mineral 500ml
 
dipintas oleh anak-anak berbasikal pulang dari sekolah
 
jalan-jalan, melihat desa yang permai
 
sawah padi lagi, tempat photoshoot, OOTD
background Gunung Merapi disebelah kanan
 
dah sampai di bandar
 
dah sampai di tempat parkir

Seronok naik kereta kuda, melawat kampung

ok, bergerak ke destinasi selanjutnya

12 comments:

  1. Wah! Bestnya dapat peluang ke sana! Naik kereta kuda lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..cukuplah sekali..naik kereta kuda yg best..

      Delete
  2. best kat sini, saya dah ke sini beberapa kali, kalau jumpa air nira kat sini paling sedap yang pernah rasa, kurangnya kat sini ialah penjaja jalanan suka mengejar pelancong, lepas tu kerumun ramai ramai mcm nak merompak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, letih nak melayan peniaga², ramai lak tu..kekdg kesian jg..tak jumpa air nira..huhu..

      Delete
  3. boleh tahan juga ya harganya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat femes mmg mahal entrance fee..

      Delete
  4. tak boleh jadi ni..dah lama dah yogjakarta ni dalam wishlist SA..nak kena pi jugak ni

    ReplyDelete
  5. Bila tenguk ni teringat time geng kami pergi. Beriya bagai nak tenguk tapi sebab hujan semuanya tidur. Bila sampai tempat di tuju dengan kat luar baru lepas hujan masing-masing tengah blur baru bangun tidur bila di tanya nak turun ke tak .... akhirnya semua malas nak turun terus tak jadi nak ke Borobudur. aduhaiiiii

    ReplyDelete
  6. Perghh…tinggi nak menapak sampai tingkat ke-7 tu.

    Seronok dapat jalan-jalan keliling kampung naik kereta kuda, kuda tak laju sangat jadi lebih puas menikmati suasana sekitar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diantara tingkat tu tinggi jg nk menapak naik tangga..curam..naik kereta kuda yg best...

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!