Friday, 7 March 2025

Kunming, China : James Joyce Coffetel | Nanping Pedestrian Street

Salam Jumaat...salam 6 Ramadan..

Sambung balik citer travel ke daerah Yunnan, China....sikit lagi nak habis..

Kami selamat sampai di Kunming city pada petang Sabtu, 26.10.2024. Kali ni menginap 2 malam di James Joyce Coffetel di Huguo Road..ke arah timur dari Hotel Comfort Inn (hotel pertama kami di Kunming). Saja nak tukar environment..

 
 the hotel
 
Pertama kali tahu hotel ni bila ada Malaysian traveller yang up video di tiktok. Pertama kali tengok, dah terbekenan..menarik nama hotel ni, ada banyak buku..
 
Masa nak booking hotel untuk 2nd leg di Kunming city, hotel ni jadi pilihan pertama. Bila survey2, rupanya ada 2 JamesJoyce Coffetel di Kunming. Satu dekat dengan stesen keretapi Kunming dan satu lagi yang ni, lokasinya di tengah bandar Kunming...Alhamdulillah, hotel ni dekat juga dengan stesen metro..
 
Ingatkan James Joyce tu nama founder hotel ni, rupanya bukan. Bila baca dalam blog Ujie, baru tahu siapa James Joyce tu. Rupanya seorang novelist, poet dan juga pengkritik sastera berbangsa Irish...patutlah banyak buku di lounge hotel ni...
 
lounge yang besar..ada rak buku
 

 suasana di waktu pagi, guest nak check out
 
business centre
 
tempat photoshoot...ada gramaphone..

 Jom tengok bilik..selesa biliknya..modern style..
 
 bilik standard
 
bilik air yang moden

Dah freshen up, solat dan makan nasi goreng Dali, kami keluar untuk
meronda Kunming city di malam minggu

on the way ke Nanping Pedestrian Street
 
pintu gerbang Chinese style
 
manhole di Nanping Pedestrian Street
 
sinki di tepi jalan
 
dua short tower
 
gedung perniagaan
 
Ramai orang keluar bersiar-siar di malam minggu
Nanping Pedestrian Street ni ditutup, kita berjalan ikut arus manusia
menuju ke satu lagi pedestrian street
 
Bersambung..
 

8 comments:

  1. Menarik hotel dia. Bilik pun nampak selesa. Manhole dia macam kat jepun juga ye, ada motif gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, nama hotel pun menarik...tak semua tempat ada manhole special motif...dkt tempat2 tarikan pelancong dan tempat popular je ada..

      Delete
  2. Replies
    1. ada banyak buku Kak PI...boleh ngopi jg..

      Delete
  3. waahhh sinki di tepi jalan! sinki tu mmg untuk cuci tgn ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, utk cuci tangan...jumpa 3 sinki tepi jalan di Kunming city..

      Delete
  4. Best la hotel ni. Bilik cantik bersih kemas, lounge ada banyak buku macam mini library.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik hotel ni...lounge dia ada kaunter buat kopi..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!