Tuesday, 11 March 2025

Kunming, China : Ziarah 2 Masjid | Jinma Biji Square

Ahad, 27 Oktober 2024..
 
Hari baru, hari terakhir di Kunming, China. Sepatutnya hari ni kami ke Shilin Stone Forest.  Tiket keretapi pergi-balik dah dibeli tapi sebelum tidur semalam, rasa malas pula nak pergi bersesak-sesak di hari minggu..so, cancel itinerary ke Shilin, hari ni aktiviti cuma jalan-jalan di dalam bandar sahaja..

Shilin Stone Forest merupakan salah satu tempat tarikan pelancong di Kunming. Lokasinya 90km ke selatan Kunming city...
 
Shilin Stone Forest (source: wikipedia)
 
Sebelum keluar, prepare breakfast, 
makan roti dengan canned tuna..Alhamdulillah..
 
sarapan pagi ni..Alhamdulillah..
 
Keluar dari hotel, melintas jalan, berjalan ke arah Nancheng Lu 
 
Nancheng Lu..sapa peminat drama cina
mesti kenal artis lelaki tu kan...hehe..
 
Masuk Nancheng Lu ni sebab nak pi satu masjid disini
 
gerai kecik jual makanan halal
 
dari luar memang takde tanda2 macam masjid, tawakal je masuk
 
nampak kalimah 'Laillahaillallah' 
dalam map, nama masjid ni ialah Masjid Yixigong
 
bila nak keluar, ternampak seorang wanita Muslim 
yang tengah duduk berniaga
 
ada gerai makan di dua-dua belah entrance ni
 
Berdiri di simpang jalan, panggil Didi, nak pergi ke satu lagi masjid dan
kawasan dataran yang ada Jinma Biji Archway 

Masjid yang hendak dituju bernama Masjid Yongning
 
Masjid Yongning
 
peniaga-peniaga di Masjid Yongning
 
entrance ke Masjid Yongning
 
Masjid Yongning
 
Dah selesai snap2 gambar masjid, melintas jalan besar
menuju ke satu dataran yang luas
Jinma Biji Square yang ada dua archway (gerbang) 

Jinma Biji Square
 
 
Masjid Yongning - view dari dataran
 
Dua archways di Jinma Biji Square
 
Jinma Biji Square ialah central area of Kunming City. Disini ada dua gerbang - 
Golden Horse & Jade Rooster Archway
juga dikenali sebagai Jinma Biji Archway
 
Built in China’s Ming Dynasty, it has history of more than 400 years. Right on the central axis of old Kunming city, it is located in the center of downtown Kunming.
 
Jade Rooster Archway
- disebelah barat
 
ada lukisan ayam jantan, juga dikenali sebagai Biji Archway
 
Disebelah timur, ada Golden Horse Archway 

Golden Horse Archway juga dikenali sebagai Jinma Archway
 
Mengikut riwayat, Jinma dan Biji itu ialah nama dua gunung yang terletak di Kunming. Ada satu lagi archway - Zhong-ai Archway yang terletak di utara. Ketiga-tiga archway ni membentuk triangular shape.
 
Nak mencari lokasi Zhong-ai Archway, kami pun berjalan mengikut arah ini. Masa ni tak tahu lagi orientation..utara-selatan..
 
ikut lorong ini..rupanya menuju ke arah selatan
 
masuk lorong ni, ada banyak kedai jual souvenir
 
restoran halal
 
nampak sabun-sabun ni, cantik le pulak
sabun daripada bunga dan dedaunan
 
Singgah kedai jual sabun ni. Beli sabun buat souvenir
peniaga tu pandai mengayat, bagi diskaun, bagi free gift
daripada nak beli sabun je, terbeli teh bulat2, kopi 3-in-1
 
banyak sungguh barang...bikin ngiler..
 
kopi dari Jamaica

Teh yang dibeli, dapat harga 100yuan..
 
sedap tehnya...

Oklah, cukuplah sudah membeli..masa untuk bergerak..tanya kat peniaga tu..kat mana ''Zhong-ai fang"..dia tunjuk ke arah dua archway tu 
dan suruh jalan ke depan lagi..ooo..maknanya..belah sana arah utara
 
kami pun berpatah balik ke arah dua archway..ada banyak gerai belah sini..
 
teringin nak beli benda ni..selalu nampak dalam drama cina
gula keras pelbagai bentuk
 
deretan gerai-gerai
 
view di jalan besar
 
Melintas jalan besar ni. berjalan menuju ke utara, mencari Zhong-ai Archway
Gate of Loyalty and Love - an attribute to Saiyid Ajall Shams Al-Din Umar 
a famous Muslim politician @ gabenor pertama Yunnan District
 
bersambung...

10 comments:

  1. Kak kat Pekan Serdang ada Jalan Jinma..

    ReplyDelete
  2. Cantik-cantik je tempatnya.

    ReplyDelete
  3. Shilin Forest tu cantik ya. Kalau ada masjid, mesti ada kedai halal kan, senang nak makan. Kopi, teh, sabun dll, menarik sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok gambar..cantik tempatnya..karst semulajadi...haáh, dkt masjid, banyak dijual halal foods...itulah hikmah tersilap jalan, jumpa kedai souvenirs..hehe..

      Delete
  4. Menariknya, 3 archway membentuk segitiga, ya. Saya baca entri yang terbaru dulu, lepas tu baca yang ni, lepas tu reverse balik yang entri parkson tu, baru faham ceritanya. Nice...
    Roti tu ada hijau tu, roti apa tu? Makanan juga yang dinampaknya. Hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, bentuk segitiga..satu di utara, dua di selatan...itu sebenarnya roti manis..yg hijau tu ada flavour..sbb x jumpa roti putih, tibai je beli roti ni...haha..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!