Wednesday, 9 October 2013

Bangkok - Day 2 cont'd

Masih lagi di hari kedua.. dari the Grand Palace, hajat hati nak ke Chinatown Bangkok.  Naik bot dan turun di Ratchawong pier. Keluar dari kawasan pier dan berjalan menyusuri Jalan Ratchawong, hingga ke persimpangan Sampheng Market.  

Lokasi Sampheng Market @ Chinatown
Menyusuri pula lorong di sepanjang Sampheng Market yang panjang, di kiri kanan ada kedai-kedai menjual pelbagai barang, tapi takde beli apa-apa pun.

Sampheng Market
Chinatown @ Yaowarat
Aktiviti kami di sini cuma jalan-jalan tanpa tujuan, kemudian balik semula ke Ratchawong pier and off to Sathorn Taksin (Central Pier).

leaving Chao Phraya

Seperti biasa, naik BTS, turun di Siam station, sambung berjalan-jalan di shopping complex kembar Siam - Paragon/Centre/Discovery. 

Promosi Samsung UHD TV @ Paragon

Diantara tiga shopping mall tu, yang nampak creative sikit ialah Siam Centre. Taglinenya - Absolute Siam..memang banyak work of art kat sini..


lounge


event Ferrari - ada simulation drive

Kemudian ke Siam Discovery..ada promosi Madame Tussauds, tapi malas nak masuk, nak tengok patung2..Seperti biasa, cuma jalan-jalan, window shopping, retail market survey..






Tiba-tiba ternampak promosi THB360 sejam untuk reflexology and urut tradisional Thai, apalagi..terus cari spa ni dan merehatkan diri (untuk sesi reflexology saja). Sejam urut tradisional Thai tu, tersiksa..kena pijak, kena tekan, kena tarik, kena siku..tahan je lah..

the spa - dinding bilik dari rumpun buluh - igloo style
lepas kena pijak - diberi minum
Selepas urut Thai, badan yang letih, menjadi segar, minda cergas. Bergerak keluar ke MBK pula dengan tujuan nak cari makan.



Generally, MBK ni macam Sungai Wang Plaza. Anchor tenant - Tokyu departmental store. Kalau di utara, tokyu tu kicap..Mula-mula nak lunch di International Food Court, tapi tak jadi, bila nampak Yana Restaurant di depan food court tu..


Halal stall @ International Food Court
Cuma tapau shawarma kebab di gerai Arab ni untuk dinner..RM16 satu, dah order, baru perasan, redho jelah..tapi Alhamdulillah, sedap juga kebabnya..

Lunch disini
Dah makan, balik hotel..sambung sebelah malam pula..
 ...............................................................

Itineray malam, ke shopping mall lagi..kali ni ke Central World dan Platinum. Jalan kaki, lalu ketiga-tiga shopping mall - Siam Discovery, Centre and Paragon.

from Siam Centre to Paragon

Turun ambik gambar di entrance Siam Ocean World di Paragon. Siang tadi tak pergi.


 

pintu keluar

Mula-mula nak jalan menyusuri jalanraya saja, tapi tengok keadaan gelap dan tak ramai orang, naik tangga ke skywalk. Jauh juga Central World ni, kira exercise di malam hari. Central World juga high-end shopping complex, lagi besar, ada ice-skating ring.

Central World
Disebabkan nak juga pergi Platinum, jalan kaki lagi...tengok pukul 8.00 malam dah tutup. Dekat Platinum ada Pratunam, retail mall juga.  Jalan 'jam', padat dengan kenderaan. 

Dah tak larat nak jelajah shopping mall, decided nak balik saja..Nak naik BTS di Chit Lom station, tapi nak menyampai ke stesen, berjalan kaki jauh juga.. Skywalk di bahagian ni cantik sikit, maklumlah kawasan elit - lokasi untuk high-end retail malls (Erawan, Gayson dan Amarin) dan hotel-hotel ternama dan berbintang-bintang.


skywalk to Chit Lom station

Erawan retail mall

Enough of shopping malls.. time to go back and sleep.

20 comments:

  1. bila baca entri ni terasa thailand sangat best

    ReplyDelete
  2. Wah misi menjejak shopping kompleks...Dulu masa ke sana takdelah sebanyak sekarang... Tak pergi pasar terapung Damnoen Saduak?

    ReplyDelete
  3. bangkok malam2 memang meriah. Tak pergi market night dia ke? Kat mana minta maaf lah tak tahu org bawa saya... hehehe

    ReplyDelete
  4. cantik sungguh Bangkok ni...sesekali bercuti ke sini tentu menyeronokan...

    ReplyDelete
  5. eira eixora,
    Bangkok memang syurga membeli-belah..dgn shopping mall, night market, org berjaja di kaki lima, di skywalk...penuh dgn orang..

    Pak Lang Mie,
    Buat survey shopping kompleks...tak pergi Damnoen Saduak, pergi pasar terapung yg kecil dkt Bangkok saja..

    notie,
    ya, Bangkok sgt meriah waktu malam, even on weekday. Tak pergi night market, waktu malam cuma pergi yg dekat2 hotel saja..

    ReplyDelete
  6. paridah,
    bolehlah sekali-sekala tukar angin, consider murah jg travel di Bangkok..

    ReplyDelete
  7. As salam. Bagi saya percutian di Bangkok sangat indah.. Selamat bercuti, semoga ceria-ceria selalu. :)

    ReplyDelete
  8. kasihilmar,
    W'salam..bercuti di Bangkok, seronok juga..

    ReplyDelete
  9. hohohoo.. shopping sakan nampak.. dari pagi sampai ke malam.. :D

    itu tanda seronok ketika di sana bagus la.. :D

    ReplyDelete
  10. Best jugak night walk, dpt tgk scenery mlm yg cntk :)

    ReplyDelete
  11. Time Traveller,
    shopping tu takdelah sangat, cuma jln2 dlm shopping mall..

    zainatul,
    scenery di waktu mlm, cantik jg..

    ReplyDelete
  12. Style urutan mereka memang terkenal. Tempat yg macamigloo itu pun menrik mata kakak. Letih berjalan dapat urutan selesa itulyg langkah makin panjang ye:)

    Selamat menyambut aidil adha ari kakak.

    ReplyDelete
  13. Kakzakie,
    ya, lepas urut memang rasa best, body + mind, tu yg pjg langkah..tapi masa urut tu kena tahan banyak le..rasa nak pitam..

    ReplyDelete
  14. Salam kenal NOHAS... dan salam aidiladha juga

    Dah lama teringin gi travel kat Bangkok ni.... dulu nak gi Bangkok sibuk ngan perhimpunan BAJU MERAH.... sampai la ni terbantut nak gi sana

    ReplyDelete
  15. betul tu.. even jalan2 dalam shopping mall tu pun layan :D

    ReplyDelete
  16. MystoryPic,
    Salam aidiladha to you too dan thanks dtg ke sini..

    Sekrg ni politik Thailand dah stabil, bolehlah sambung hasrat yg terbantut, InsyaAllah, selamat...

    TT,
    takde aktiviti lain, lagipun dekat dgn hotel, layan je lah..

    ReplyDelete
  17. thanx for sharing kak nohas yee., wak pon sukak tengok gmbr2 semua tuuu.,ehHHee

    ReplyDelete
  18. Wak Gelas,
    welcome, wak..takde skill ambik gmbr, just snap saja..

    ReplyDelete
  19. Yana Restaurant Department of Tourism, Ministry of Tourism and Sports Co-operated with The Central Islamic Council of Thailand. This is to certify that Yana Restaurant MBK Center 5th Floor, Tokyu Side, 444 Phayathai Rd. Wangmai Pathumwan, Bangkok, Thailand 10330 has been assessed and found to be conforming to requirement of Halal Food Services Standard for Tourism. 4 Stars Level.

    Yana Restaurant offers Halal food both Thai and International dishes which have very good taste, quality ingredients. Cleanliness and satisfaction guaranteed.

    Yana Restaurant is halal restaurant in Bangkok which opened its doors on 14th June 2010. It's situated on 5floor, right opposite of 'Food on Fifth' food court, in Mah Boon Khrong Mall which is also known as MBK to most people. Take the escalator in Tokyu to level 5. Turn left and Yana Restaurant is right next to the escalator going up to Level 6. It serves both Thai cuisines and international cuisines.

    Yana Restaurant Halal Thai & International Food @ MBK Bangkok Thailand
    www.yanarestaurant.com

    กระทรวงการท่องเที่ยวและการกีฬา ได้ร่วมดำเนินการกับ คณะกรรมการกลางอิสลามแห่งประเทศไทย ได้รับรองว่า ร้านอาหารยานา เรสเตอรอง มาบุญครอง ชั้น 5 ฝั่งโตคิว เลขที่ 444 ถนน พญาไท แขวง วังใหม่ เขต ปทุมวัน กรุงเทพฯ 10330 เป็นร้านอาหารที่ถูกต้องตามขั้นตอนมาตรฐานบริการ อาหารฮาลาลเพื่อการท่องเที่ยว ระดับ 4 ดาว

    ร้านอาหาร ยานา เรสเตอรองส์ เป็นอาหารฮาลาลไทยและนานาชาติ รสชาติอร่อยล้ำ สะอาดพลาดไม่ได้ คัดสรรคุณภาพให้คุณลองลิ้มชิม รับรองว่าไม่ผิดหวัง

    ReplyDelete
  20. Perkhidmatan bawa jalan jalan Area Bangkok 0639726156
    Line:

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!