Tuesday, 22 October 2013

Bangkok - the last day

Hari Ahad, 22 September 2013. Dah last day. Check-out time ialah pukul 12 tengahari. So, ada masa lagi nak jalan-jalan menghabiskan sisa-sisa waktu di Bangkok. 

Pagi ni nak bertandang ke rumah Jim Thompson. Siapakah gerangan Jim Thompson ni? Dia ni famous sebab memperkenalkan Thai silk kepada dunia di tahun 1950an dan 1960an melalui syarikatnya Thai Silk Company. Menurut sejarah, Jim Thompson ni hilang di Cameron Highlands...jeng, jeng..misteri nusantara..

Jim Thompson house ni tak jauh dari hotel. Lebih kurang 10 minit berjalan kaki..lenggang kangkung sambil snap2 gambar..


lokasi rumah Jim Thompson dari hotel

The Seed Apartment
the house

the entrance
Kami tiba masih awal lagi. Waktu melawat start pukul 9.00 pagi, entrance fee THB100. Memandangkan lambat lagi nak buka, kami hanya snap-snap gambar di perkarangan rumah.

Rumah Jim Thompson ni cantik, macam rumah tradisional Melayu. Diperbuat daripada kayu dan dikelilingi oleh pokok-pokok hijau. Redup dan nyaman..


main building
teratai
kolam ikan koi
the current exhibition
 
Raw silk

cute signage

Absolute Thai
Dah habis snap photos segala, kami pun bergerak keluar. Ternampak satu khlong di bahagian utara, dekat dengan rumah ni. Rupa-rupanya ada bot penumpang melalui khlong ni..tapi baunya, hii..lagi teruk dari bau longkang, air limbah..tak tahan sungguh, tapi tengok kelindan bot tu macam biasa je..ibarat 'alah bisa, tegal biasa' #buat gaya Karam Singh Walia#... 

Kami pun snap cepat-cepat, lepas tu lari, sebab ombak yg dihasilkan memang tinggi, kalau berdiri kat tepi tebing tu *ala-ala Saleem Iklim sambil nyanyi 'dermaga saksi bisu'* memang terpercik habis..hii..tak kuasa..haha..

alternative transportation system
On the way back, ada pakcik jual model tuk-tuk dari tin-tin minuman.  Kreatif gila, my sister belilah satu yang tin Coke. Harga - THB150 satu..

kreatif and innovasi

Lepas tu, ambil gambar di depan Bangkok Art and Culture Centre. Ingatkan nak masuk tapi waktu melawat start pukul 10.00 pagi, tak jadilah nampaknya.

BACC

Hari ni 22 September 2013 ialah World Car Free Day. Upacara perasmian diadakan didepan BACC ni. Berbasikal di kotaraya Bangkok.

the event
peserta-peserta
cycling all the way
Terserempak dengan cyclists ni masa menyeberang jambatan dari BTS station ke Airport Rail Cityline station.


Phaya Thai station for BTS and Airport Rail Cityline
to main terminal - pukul 10.55 pagi
Masa sampai di main terminal untuk check-in, tengok airportnya..alamak macam kilang je..tak berseni langsung..*suka-hati je kutuk airport orang*..

main terminal

Tapi bila dah lepas immigration, terpesona pula tengok design airport ni..lawalah pula..cocoon-inspired architecture...besar betul Suvarnabhum ni...jenuh juga nak berjalan ke departure gate..macam bersaei lah pulak..

duty-free area

to departure gate

enter the big cocoon
bahagian bawah

Flight balik pukul 2.20 petang waktu Bangkok dan Alhamdulillah, selamat mendarat di KLIA pukul 5.00 petang waktu tempatan.  Naik KLIA express to KL Sentral. Alhamdullilah, safely arrived home in one piece.

KLIA express

Thai Odyssey ends here. Khab Khun Kha

21 comments:

  1. oh.. aku pernah naik bot kat sungai yang busuk tu... laju.. terpercik percik air. tu yang dia letak canvas dinding tu kalu tak.. turun sampan semua bau mcm tahik...

    hihihi

    tercari2 jugak rumah JT tu.. tapi x perasan. bot laju bebeno..

    bukan air asia dah tak landing kat Svarnabumi ka? ke naik airline lain?

    ReplyDelete
  2. Teratai betui ke tu..cantiknya...hehe..ayat karam singh walia tu yg x tertahan tu..tima kasih en nohas..dpat jgk kami2 yg x pnh pg ke thailand ni tgk2 gambar tempat yg menarik.. :D

    ReplyDelete
  3. Jim Thompson??? hurmmm.. tak terbaca pun pasal kewujudan tempat nie masa di Bangkok.. betuk ke dia mati kat Cameron Highlands?? mesteri sungguh :P

    Alhamdulillah selamt pulang ... tanpa sebarang masalah .. bugas la :D

    ReplyDelete
  4. Supermeng,
    naik bot, takde 'trafik jam', sbb tu ada demand, bau busuk pun tahan jugalah..tapi bot tu memang laju, air terpercik sampai ke daratan. Rumah JT tu masuk kedalam sikit, memang tak nampak dari sungai.

    Naik MAS, quite reasonable airfare, due to technical glitch, sometimes in May..

    ReplyDelete
  5. adrianna syaz,
    teratai betul, mereka beragama Buddha, teratai ni sentiasa ada. You're welcome, sharing is caring. InsyaAllah, jika ada rezeki di masa depan, akan sampai jg disini..

    eira eixora,
    memang lawa airportnya selepas immigration..

    ReplyDelete
  6. Time Traveller,
    kalau search visitor places in Bangkok, memang ada Jim Thompson house ni dlm list..takpe boleh repeat lg Bangkok, bersama teman pulak..hehe..

    Kalau baca wikipedia, memang betul dia hilang di Cameron Highland, berbulan-bulan org cari JT ni, tak jumpa2, entahlah..kena sorok dgn org bunian kot..wallahu'alam..

    ReplyDelete
  7. Tamat sudah cerita Bangkok Nohas.... dapatlah juga tengok gambar tempat2 menarik disana...... tambah pengetahuan

    ReplyDelete
  8. zana,
    Alhamdulillah, sharing is caring..yang baik dijadikan panduan, yang buruk, dijadikan sempadan..

    ReplyDelete
  9. Habis dah cerita Thailand. Tapi kakak masih teringat dari mula cerita.

    Kreatif mereka guna tradisi sebagai logo signage nak ke toilet. Tempat kita patut boleh ikut kan.. Raw silk tu tak tunjuk ulat dia ke?

    ReplyDelete
  10. Terpesona dgn rumah Jim Thompson yg bentuknya rumah Melayu tradisi tu..misteri pula JT hilang di CH...mungkin sengaja hilangkan diri kot...tq berkongsi pengalaman berwisata...

    ReplyDelete
  11. cantik nye..... bila lah turn sy nk kesana pulak yer.

    ReplyDelete
  12. Kakzakie,
    Alhamdulillah, tamat sudah..akak ingat lg..terharu saya. ya, betul tu, memperkenalkan kebudayaan M'sia melalui signage..

    Masa kami pegi, tak buka lagi..mungkin ada kot ulat sutera, yg kt luar cuma ada the end product..

    ReplyDelete
  13. paridah,
    memang cantik rumahnya. Ya, memang misteri..dlm wikipedia, habis semua pekerja JT di CH di interview..sharing is caring..

    nea lopah,
    InsyaAllah, akan sampai jua, tak sekarang, mungkin in the future.

    ReplyDelete
  14. mcmn beliau leh hlg d kameron tu ek.. huhuhu.. misteri misteri..

    ReplyDelete
  15. LadyBird,
    entahlah..menurut wikipedia, dia keluar for evening stroll, langsung tak balik rumah...memang misteri, misteri nusantara...

    ReplyDelete
  16. Tempat dia cantik2 noh...bila nk sampai pun tak tau la..

    ReplyDelete
  17. Wah best betol travelling kan. Hmm betol ke die hilang kt cameron highland? Mmg misteri nusantara sungguh..hehe. Nway thanks sbb selalu singgah blog perempuan kampung moden ^_^

    ReplyDelete
  18. Sarah Talib,
    ada yg cantik, ada jg yg tak cantik..InsyaAllah, ada rezeki, boleh gi sana..

    zainatul,
    ya, memang best, trylah..begitulah mengikut sejarah, hilang di CH..bloggers are buddy..we visit each other..

    ReplyDelete
  19. bestnya...kak..Banyak betul rumah Jim thomson ni..heheh kt Cameron pun ad gak diorang buat rumah penginapan..tapi cam seram plak..heheh

    ReplyDelete
  20. Fatahiyyah,
    banglo di Cameron tu mungkin tmpat dia tinggal sebelum hilang..yg dah tahu mungkin tak nak duduk kt situ, tu yg cam seram je..hehehe..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!