Assalamualaikum..Salam Aidil Adha 1434H..
Sambung kisah perjalanan hari ketiga di Bangkok. Hari Sabtu. Weekend. Bila weekend, banyaklah floating market beroperasi di Bangkok ni. So, aktiviti hari ni, ke pasar terapung. Jom terjah..
Pasar terapung yang kami nak pergi ni bukanlah yang famous amos macam Damnoen Saduak atau Amphawa. Damnoen Saduak ialah tempat shooting filem James Bond 'the Man with the Golden Gun'. Kedua-dua floating market ni lokasinya jauh dari Bangkok. Selalunya tourist akan booking travel agent untuk pergi ke sini. Mengikut review, memang ramai pelancong asing dan tempatan pegi dua-dua floating market ni.
Pasar terapung yang kami nak pergi ni kecik je, namanya Khlong Lat Mayom. Banyak good review dari pelancong asing, .
Khlong Lat Mayom terletak di kawasan Bang Ramat di daerah Thonburi,
di sebelah barat-utara Bangkok.
Untuk ke sini, naik BTS Silom line ke stesen terakhir, stesen Wong Wian Yai, keluar Exit 2 dan ambil teksi di bawah. Sebenarnya Silom line ni ada sambungannya hingga ke stesen Talat Phlu, tapi kena tukar platform dan naik train lain. Sebab malas, naik teksi dari sini saja.
Tapi sebelum tu siapkan pelan lokasi seperti diatas sebab tak semua pemandu teksi yang tahu tempat ni. Kena cakap 'Talad Nam Khlong Lat Mayom'. Macam kami, pemandu teksi yang kedua baru tahu pasar terapung ni. Mengikut bloggers mat saleh, tambang teksi diantara THB100 to THB150.
Mula-mula pemandu teksi tu nak THB200, negotiate, dapatlah THB150. Dalam perjalanan, nampak beberapa buah stesen BTS sedang dibina. Jauh juga nak ke Khlong Lat Mayom, Pemandu teksi tu dah macam F1 driver, zup..zap..zup..zap, cilok sana, cilok sini..Alhamdulillah, selamat sampai..
|
Pintu masuk ke pasar terapung | | |
Khlong Latmayom Floating Market cuma beroperasi di hari Sabtu, Ahad dan hari cuti umum, dari pukul 9.30 pagi hingga 3.00 petang. Ianya beroperasi di khlong (terusan) dan seperti biasa, bangsal-bangsal kayu dibina di kedua-dua belah khlong. Floating market ni terbahagi dua, bahagian utara dan selatan.
Ketika kami sampai, masih awal lagi. Peniaga-peniaga masih lagi bersiap-siap, buka meja, susun barangan jualan. Ini ialah bahagian selatan floating market.
Bahagian selatan ni lebih besar dan macam-macam jualan ada, dari buahan-buahan, makanan, perabut, hinggalah ke pakaian. Jom layan foto di bahagian selatan.
|
jambatan diatas ialah Jalan Bang Ramat |
Dibahagian utara, cuma ada jualan makanan.
|
lemang Siam |
|
gerai karipap kecik |
|
gerai pad thai |
Ramai orang tempatan bersarapan di sini. Bercadang naik tour boat melawat kawasan sekitar tapi hanya beroperasi pukul 10 pagi. Sementara menunggu, ronda-ronda kawasan pasar ni sambil melihat-lihat apa yang boleh dibeli (untuk dimakan).
|
pulut manis |
|
pulut lagi - colourful |
|
kuih-muih tradisional Thai |
|
kuih apam |
|
rebung - tiga peket THB100 |
|
Gerai buah-buahan & sayuran |
|
buah pisang, nona, mangga dan gac fruit |
|
gac fruit @ fuk kao |
Mengikut maklumat, gac fruit ni hanya boleh didapati di floating market ni. Orang tempatan panggil fuk kao. Nak merasa, beli lah sebiji, THB60 sekilo. Nanti kita tengok macamana buahnya. Beli juga jusnya, not bad..ada rasa masin-masin sikit..
|
gac fruit dan koranda with their juice - THB25 sebotol |
|
buah koranda |
Buah koranda..mengimbau kenangan zaman sekolah rendah. Dulu arwah wan yang mengajar mengaji ada tanam pokok buah ni. Masa tu kami panggil buah berenda. Masam & kelat-kelat buahnya yang muda. Bila masak warna merah kehitaman, kuat anti-oksida. Rasa manis masam-masam sikit. Dah lama tak jumpa buah ni. Subhanallah, tak sangka terjumpa disini pula.
|
dah takde kerja, snap je apa yang ada |
|
kereta pun ada dijual disini - Toyota Vios model baru |
Dah habis meronda bahagian darat dua-dua belah, utara dan selatan pasar terapung ni, kembali ke tepi khlong untuk naik tour boat. Ingatkan nak naik boat berenjin macam dalam blog ytravel tu, tapi mamat tu panggil sampan, beria-ria suruh naik, kami pun naiklah sampan. Tambang THB20 seorang..dua ringgit je..OK, juga, penumpangnya hanya kami berdua saja.
Yang mendayung tu sorang wanita veteran, kesian lah pulak, tengok dia mendayung sorang-sorang, kami pun mendayung sama, bergilir-gilir, sebab ada satu saja kayu pendayung extra..exercise lengan..excited..
|
memulakan perjalanan berperahu di khlong |
|
|
|
close-up - peniaga makanan di dalam sampan |
|
pokok fuk kao @ gac fruit - tanaman menjalar |
|
berada di khlong yang lebih besar |
Masa berada di khlong yang besar ni, suspens juga, dahlah tak pakai 'life jacket', tiba-tiba bot berenjin lalu di sebelah, sampan dah teroleng-oleng...hiss..merbahaya betul untuk perahu-perahu kecil..
|
menuju ke satu tempat |
|
ke kebun teratai |
|
0hh..teratai, bunga indah |
|
mengelilingi kebun teratai |
|
kedai runcit di tepi khlong |
|
pembersihan khlong |
|
mengambil pokok-pokok teratai |
|
bergerak pulang |
|
semakin dekat | | |
Semasa menghampiri ke tempat naik tadi, ramailah pulak pelancong lain yang snap gambar kami dalam perahu. Suasana di floating market dah bertambah sibuk. Kami pun bergerak pulang. Nak balik ke stesen BTS, jangan risau, teksi banyak lalu lalang di Jalan Bang Ramat. Balik naik teksi bermeter, tambang hanya THB120.
|
stesen BTS Wong Wian Yai |
Overall, Khlong Lat Mayom floating market is worth a visit. Lebih local, tiada tourist trap. Suasana kampung dan kehijauan menambah keunikan pasar terapung yang memenangi Thailand Tourism Award of Community-based tourism pada tahun 2007.
Seronok nyer dapat pi floating market lagi tu.. dulu pi tak sempat nk ke floating market.. hujan pun yer.. ni kene pi lagi nie :D
ReplyDeleteSALAM IDUL ADHA NOHAS...BNYK PIC2 MENARIK N CERITA2 YG MENARIK...
ReplyDeleteSalam Aidul Adha untuk nohas......Banyak ker shopping kat floating market.... bawa balik vios tu tak????
ReplyDeleteTime Traveller,
ReplyDeleteInsyaAllah, akan sampai jua..
paridah,
Salam Idul Adha untukmu juga..thanks, buat kenangan dan panduan..
zana,
Salam Idul Adha untuk zana & keluarga..beli buah2an..bawa balik gambar saja..hehehe..
bestnya kan..salam aidil adha juga..susah x nak cari makanan halal kat floating market tu?
ReplyDeletepasar terapung yg ni tidak sesibuk yang famous tu yer.... saya pergi Hat Yai dulu pun sempat pergi ke pasar terapung KLONGHEA MARKET...
ReplyDeleteFatahiyyah,
ReplyDeleteMemang susah sikit nak cari makanan halal kat floating market ni, paling selamat beli buah2an..
MystoryPic,
pasar terapung ni tak sibuk sgt, lebih relax..bila dah sampai Thailand, mesti gi pasar terapung..trademark Thailand.
Signature dish mereka yg colorful tu memikat mata kakak.
ReplyDeletepulut manis tu macam Ais Kacang Giant.. :D
ReplyDeleteCeritalah lagi....
Kakzakie,
ReplyDeletememang colourful kuih tu..
acik idah,
ya, ada byk items atas pulut tu, sama mcm ais kacang..tgh edit2 gmbr..
bestnye floating market ni..Insya Allah..tahun depan nak ke bangkok juga la nanti :)
ReplyDeleteLiza Razak,
ReplyDeletefloating market ni best sbb dlm kwsn kampung, redup & sejuk..tak sibuk sgt. InsyaAllah, plan first, action later..
Kakak dtg lagi:)
ReplyDeleteBuah koranda tu noh beli tak? Kakak tak pernah nampak pun tempat kita ni..
floating market. nampak menarik.
ReplyDeleteSalam jumaat..baru terjmpk blog ni..bestnya dpt g pasar terapung ni..sya teringin nk pg sini jgk...buah yg merah tu x pnh nmpk..duk tgk buah tu berkali2..hehe...folo blog ini..jika sdi,snggh blog sya ya :)
ReplyDeleteKakzakie,
ReplyDeletemarhaban, marhaban..tak beli buah koranda, beli gac @ fuk kao saja. Pokok buah koranda ni pernah jumpa masa early 1980s, byk duri, sekarang dah x jumpa kat sini.
eira eixora,
byk review dr bloggers mat saleh, nampak menarik, sbb tu berusaha pergi juga...
adrianna syaz,
ReplyDeleteSalam Jumaat to you too..
dulu masa sekolah rndah ada makan buah ni, ditanam oleh arwah wan (guru mengaji)..sekarang ni dah tak nampak kat sini..
Bestnya, macam-macam ada kat floating market tu ye.
ReplyDeleteNohas orang dapat bayangkan sampan teroleng-oleng di sapu alunan ombak hasil deruan bot.... huhuhu takut beb dah lah tak reti berenang kan terlungkup huwaaaaaa tak dapat bayangkan.
notie,
ReplyDeleteya, mcm2 ada, mostly utk local people..
Memang suspens masa tu, lama jg nak bagi stabil, kalau terlungkup..na'uzubillah.
kena masuk wishlist benda yg diterai ni - gac fruit...
ReplyDeletekt M'sia, tak pernah nampak buah ni, maybe ada kt Thailand je kot..
Delete