Day 7: Friday, 19 September 2014
Masa untuk meninggalkan bandar Kyoto. Hari ini pengembaraan diteruskan ke utara, ke kota metropolis Tokyo. Pagi-pagi dah bangun, dah siap segala, sebelum check-out, sarapan dulu dengan roti buns yang hostel bekalkan. Malam semalam dah beritahu pada receptionist yang kami akan check-out awal pagi. Mereka siap tapaukan sorang sebungkus, dalam tu ada tiga ketul buns dan jem.
|
breakfast, Alhamdulillah.. |
Bergerak meninggalkan hostel, menuju ke Kyoto station.
|
Hostel dekat kawasan perumahan. Tak boleh bising-bising |
|
berjalan menuju ke Kyoto station |
|
meeting hot spot - Matsuri Clock Square |
|
terakhir menaiki Shinkansen |
|
menunggu Shinkansen |
|
nyum, nyum..green tea cake...tak beli juga.. |
|
handsome nya model lelaki tu, very Japanese look.. |
Perjalanan ke Tokyo dari Kyoto station, lebih kurang 2 jam setengah. Shinkansen penuh pagi ni, penumpang pula mostly mereka yang nak pergi kerja. Tak teringat pun nak tengok Mount Fuji..duduk melayan perasaan. Kemudian bersembang dengan sorang auntie Cina Malaysia yang travel dengan anak perempuan dia. Auntie ni berdiri di belakang kerusi saya (barisan akhir) sebab nak jaga beg-beg troli dia supaya tak menggelongsor sampai ke pintu keluar.
Auntie dan anaknya turun di Shinagawa station, kami meneruskan perjalanan ke Tokyo Station. Alhamdulillah, dah sampai di Tokyo..kotaraya yang mempunyai penduduk paling padat di dunia..
Selain Nagoya station, Tokyo Station ni juga saya study macam nak rak sebab agak confusing. Trek Shinkansen di Tokyo Station berada di sebelah timur, so bila keluar je, akan terus ke bahagian Yaesu. Perkara pertama yang mesti dibuat - cari locker untuk simpan beg. Locker besar di ground floor, dah penuh. Turun ke B1, Alhamdulillah, banyak lagi locker besar yang masih kosong.
|
Locker di Yaesu South Gate |
Jenis locker yang guna kod number, takde kunci. Tapi resit kenalah simpan elok-elok, kalau hilang, menangis tak berlagu..
|
resit locker |
OK, semua dah settled, bergerak ke utara, ke Marunouchi exit. Di level B1, ada banyak retail outlets, kawasan ni namanya Fifth Avenue.
|
Fifth Avenue |
Jauh juga kena berjalan, dari selatan ke utara, panjang gila Tokyo Station ni. Macam bersaei lah pulak.
|
kenapa mereka beratur di tepi dinding tu? |
Ooo..nak masuk ke Gundam Cafe ni. Kedai belum dibuka lagi, pelanggan dah ramai beratur, siap bagi pamphlet menu..
|
famous betul |
|
baru separuh perjalanan |
Akhirnya, sampai ke Marunouchi exit di sebelah barat..keluar je dari bangunan, perghh..disambut dengan bangunan-bangunan pencakar langit..Marunouchi ni salah satu CBD di Tokyo.
|
Tokyo station |
|
berusia 100 tahun |
|
pheww....memang panjang bangunannya |
Cannot resist, mesti nak ambil gambar bangunan-bangunan pencakar langit ni..
|
Bangunan pejabat di Marunouchi area |
Itinerary pertama di Tokyo ialah melawat Maharaja Jepun, tapi off courselah, Maharaja di dalam istana, kita di luar pagar je..huhu.. jom ke Imperial Palace. Dekat sangat dengan Tokyo Station, berjalan kaki ke arah barat.
|
bangunan hotel dan pejabat |
|
Wadakura fountain park |
|
pokok Japanese Cypress |
|
fortress and the outer moat |
Bahagian Imperial Palace yang ini ialah the East Garden (Kokyo Higashi Gyoen). Di sini juga terletaknya pejabat dan quarters Imperial Guards.
|
Kikyo Gate |
Orang awam boleh masuk ke bahagian ni tetapi prosedurnya seperti biasalah, kena minta permission dari the Imperial Household Agency Office. Tapi hari Isnin dan Jumaat ditutup.
Dah tak dapat masuk, moh le kita bergerak ke selatan pula. Kawasan Imperial Palace ni sangat luas, saujana mata memandang. Ada banyak pokok-pokok Japanese cypress yang macam bonsai ditanam di sini.
Di bahagian tengah ni merupakan laluan utama ke Imperial Palace. Di sini ada jambatan yang famous, Nijubashi Bridge.
|
Nijubashi Bridge - tersenget pula |
Ramai tourists berposing-posing di sini. Dah habis, bergerak ke timur, ke arah Tokyo Station, mencari signage subway Metro.
|
Marunouchi's skyline |
Masa ni dah pukul 12.30 tengahari. Cuaca panas. Berehat sebentar di Kokyogaien National Garden.
|
National Garden |
Walaupun cuma ada pokok Japanese cypress ni je, tapi nampak cantik dan tenang suasana disini. Duduk berehat sambil melihat orang berjogging di tengahari buta..hebat..
Nampak tangga ke bawah tanah, turun di sini untuk ke station subway Metro yang terdekat iaitu Nijubashimae station. Menurut website Japan-Guide, kawasan pejalan kaki bawah tanah ni, bersambung-sambung hingga 2km dan boleh berjalan kaki dari stesen Otemachi (utara), Tokyo (tengah), Yurakucho (selatan), Hibiya (selatan-barat) dan Higashi-Ginza (selatan-timur). Memang meriah jalan bawah tanah ni, ramai orang guna.
Untuk bergerak di Tokyo, kami beli one-day Metro pass berharga 710yen, unlimited rides. Lebih mudah dan cepat menggunakan subway, lagipun lines nya sangat extensive lagi berselirat. JR pass boleh guna juga, tapi mostly untuk dua line, Chuo main line dan Yamanote line selain daripada Tokyo monorail.
Ada dua subway di Tokyo: Metro dan Toei. Masa buat research untuk Tokyo, dah survey semua tempat yang nak pergi, semuanya boleh diakses dengan Metro line, so beli Metro pass saja pun sudah memadai. Nak beli IC card seperti Suica atau Pasmo, macam tak berbaloi, sebab hari ni saja yang banyak guna subway, hari esok, banyak guna JR pass. Lagipun one-day pass ni, unlimited rides, boleh naik subway sampai lebam..sampai kejung otot kaki..hehe..
|
Metro pass |
Kemana kita selepas ni? Masa mula-mula buat itinerary, plan asal nak terus ke Tokyo Camii Mosque, ambil Chiyoda line di Nijubashimae, direct ke stesen Yoyogiuehara untuk ke masjid. Nak selesaikan sebelah barat dulu, kemudian bergerak ke timur, sebab lokasi hotel pun disebelah timur. Tapi memandangkan hari ni hari Jumaat, ada solat Jumaat, tukar itinerary. Kita bergerak ke timur dulu.
Dari stesen Nijubashimae, ambil Chiyoda line ke stesen Otemachi. Stesen Otemachi ni sangat besar, ada empat subway line di sini: Tozai, Honzomon, Chiyoda dan Mita.
|
jalan-jalan bawah tanah, cari Honzomon line |
Fokus kita mencari Honzomon line. Bersimpang siur di bawah tanah tu, dengan construction work masih lagi berjalan, dengan ramai orang, ikut signboard, In shaa Allah, tak sesat.
|
Nijubashimae-Otemachi-Oshiage |
Jom naik subway, merentasi kotaraya Tokyo, ke stesen Oshiage di Tokyo Skytree, the last station for Honzomon line.
Bersambung ke next entry..
kebersihan terlihat dimana2 saja...
ReplyDeleteTokyo Station tu sangat cantik..walau dah berusia tp tetap terpelihara..
Bahagian depan maintain senibina lama, baru renovate...bhg belakang senibina moden...
DeleteKakak tak terpikat sangat dgn bangunan mereka yg pada kakak mana-mana pun lebih kurang
ReplyDeleteTapi kakak terpikat dgn pokok-pokok dia yg cantik dan nampak fresh sangat kalau dpt duduk bawah dia tu.
Namun cara mereka menjaga itu patut dipuji itu yg nampak bersih dan menarik.
Pokok2 tu nampak mcm bonsai besar..memang cantik..kebersihan di Jepun ni memang tak dinafikan...
Deletepart nak study map train memang best, sama macam nak ambik exam spm tu, bersungguh-sungguh betoi, hehe...tokyo ke, kyoto ke, view memang cantik...
ReplyDeleteJalan sendiri mcm ni lah kan, semua kena study..train station, subway/train network..kalau boleh tak nak sesat2, nak smooth journey..ya, betul..dua2 bdr view cantik..
DeleteSakan berjalan dari selatan ke utara Nippon...
ReplyDeleteSekali harung..nak juga jejak kaki di ibu negara Jepun ni...Alhamdulillah, dgn JR pass, perjalanan lebih mudah..
DeleteBetul...view dia memang cantik...pokok2 yang menghijau sejuk mata memandang...
ReplyDeleteYa, betul..sejuk mata memandang..
DeleteYahhh dah masuk Tokyo... hehe, ya Gundam Cafe memang famous, nak tengok yang official punya, boleh pergi ke Odaiba, Diver City... kat sebelah Gundam statue yang gergasi tu, ada the official Gundam Cafe ^^
ReplyDeleteOh sis, tak snap pics samurai statue yang famous kat park yang ada kat depan Imperial Palace tu? Landmark popular tu~ :3
Jumpa dua cwgan Gundam Cafe di sini dan di Akihibara..tak sempat pergi Odaiba..
DeleteOh itu statue samurai ke..tak snap gmbr..nmpak dari jauh masa on the way to subway station..dkt tmpat parking tourist buses..
wahhh sempat round2 Akihabara ka sis? bestnyaaa... tu tempat otaku (anime fans) tu, hehee~ X3
Deletestatue samurai imperial palace tu ada kat sini: http://throughmyglasseskacamata.blogspot.com/2014/04/tokyo-trip-day-1-part-2.html
hehehe~ ;3
sempat juga ukur jalan di Akihabara..hehe..memang banyak kedai anime + salesgirls dia pakai baju cosplay dgn suara 'terpenyek'..
Deleteada baca your entry dulu, tapi tak teringat..ingatkan statue siapa kah itu..
suka tengok negara japan ni kan nohas, tertip ja..bersih, nyaman..tula duk pikiarq jugak, kids friendly ke tak? macam la nak pi la ni :) hehe
ReplyDeletedon't worry, di sana kids friendly..dlm train, ada toilet utk mum & baby, dlm toilet ada kerusi utk baby..facilities memang banyak...In shaa Allah, planning for the trip..
Deleteapa gak nyer menu menarik kat Gundam Cafe tu kan... :) teringin plak nak tau... huhuhu... bangunan merah tu macam bangunan sekolah VI laa...
ReplyDeleteGundam Cafe ni themed cafe..selain jual foods & drinks, ada jual merchandise juga..gundam ni robot transformer dlm cerita anime Jepun - Mobile Suit Gundam..sapa2 yg minat anime, memang teruja gi Gundam Cafe..akak tak pernah tengok cerita ni..hehe..
Deleteya, betul..mcm bangunan sekolah VI, sekolah St John's Institution pun ye juga..
byk betul bagunan pencakar langit kt sana...
ReplyDeletekenapa ada stu pic kena tutup ckit...dkt national garden
bangunan pejabat di area Marunouchi..
Deleteohh..itu gambar kakak saya..dia ni pemalu orangnya..haha..takde lah, just tak nak tunjuk muka dia, nanti dia bising..