Assalamualaikum..sambung cerita di hari pertama di Tokyo.
Dah sampai di stesen Oshiage, stesen terakhir untuk Honzomon line. Keluar je dari exit subway, terus berada dalam bangunan Tokyo Solamachi @ Tokyo Skytown, kompleks perniagaan di bawah Tokyo Skytree.
|
Tokyo Solamachi |
|
ada aquarium |
|
Tokyo Skytree |
Tokyo Skytree ni ialah menara pemancar TV yang merupakan bangunan tertinggi di Jepun. Tingginya 634 meter. Ada dua observation deck di ketinggian 350 meter dan 450 meter, cafe dan kedai souvenirs. Tak naik ke observation deck, cuma berjalan-jalan di shopping complex.
|
Tokyo Solamachi |
Bila dah sampai di Tokyo Skytree, sudah tentulah ke Asakusa selepas ni. Sebab dekat je, seberang Sungai Sumida, tapi nak berjalan kaki tu, rasa dah tak larat. Nampak signage Metro, hati sudah gembira, jalan kaki ikut signage tu.
|
Tokyo Solamachi - north entrance |
|
jalanraya ditepi Sungai Sumida- bersih betul |
On the way to Tokyo Skytree train station, nampak pula shuttle bus ni. Tak jadi naik train, naik shuttle bus ni. Tambang 220yen.
|
Ueno-Asakusa-Skytree |
|
skytree shuttle bus |
|
dalam shuttle bus |
|
Tokyo Skytree - view from the bus |
|
crossing Sumida River to Asakusa |
Kami turun di Kaminarimon bus stop. Semasa dalam bas, ternampak kedai Saray Kebab selepas jambatan merah tadi. So, turun je bas, terus jalan menuju ke arah jambatan ni. Lunch time...laparr..
|
on the way to Saray Kebab |
Sambil tu snap gambar Kaminari-mon di seberang jalan. Perghh..ramainya orang..
|
Kaminari-mon |
|
simbol Asakusa |
|
ibu-ibu naik basikal ambil anak di nurseri |
Yeayy...dah sampai di Saray Kebab. Lokasinya dekat simpang jalan ke jambatan merah, ke Asakusa metro station, depan Burger King.
Alhamdulillah, ada jual nasi. Order kebab rice.
|
pelbagai pilihan - kebab shushi pun ada |
|
view Tokyo Skytree dari kedai kebab |
|
Kebab rice - makan sambil tengok view Skytree |
Alhamdulillah, lepas makan, cross jalan, bergerak turun ke Kaminarimon.
|
simpang jalan - ada Metro station & Burger King |
|
penarik lanca |
|
entrance ke Nakamise Street |
|
Nakamise Street |
Mengharungi orang ramai di Nakamise Street, jalan sampai ke kedai di bahagian belakang, compare harga. Kedai di belakang tu memang murah juga. Dah habis membeli-belah, masuk lorong tepi, berjalan mengikut langkah kaki, ikut orang ramai, sampai di sini, di simpang jalan depan kedai kebab tadi.
|
Tobu Skytree Asakusa station |
|
restoran sushi - Sushi-Go-Round |
Lintas jalan di simpang jalan depan kedai kebab tadi, menuju ke arah restoran Burger King.
|
sambil melintas, snap gambar ni, dua-dua sporting, penarik lanca dan juga penumpangnya |
|
Tokyo Metro - Asakusa station (Entrance/Exit 4) |
Sebelum bergerak ke destinasi seterusnya, jalan ke jambatan merah to view Sumida River.
|
Sumida River dan jambatan biru |
|
Jambatan merah |
Bangunan di belakangnya yang ada golden structure (Flamme d'or) diatasnya tu ialah Asahi Super Dry Hall. Disebelahnya Asahi Beer Tower. Just for general knowledge. Dulu tertanya-tanya juga apa ke bendanya golden structure tu..landmark yang popular di Sumida River.
OK, untuk ke destinasi seterusnya, turun ke bawah di Asakusa Metro station tadi, ambil Ginza line, ke arah selatan-barat, merentasi kota Tokyo, ke Omotesando station, kemudian ambil Chiyoda line ke Yoyogueihara station. Next destinasi ialah Masjid Camii Tokyo atau nama rasminya Tokyo Camii & Turkish Cultural Center.
Bersambung di entri seterusnya..
Ibaratnya kita dgn KLCC mereka dgn Skytreenya
ReplyDeleteKakak terpegun tengok ramai mak-mak ambil anak dari tadika kayuh basikal - baguskan boleh exercise dan tak takut kena jem. Pandai juga mereka.
Skytree ni lebih kurang mcm KL Tower le kot..dua2 berfungsi utk menara pemancar/broadcasting..
Deletebasikal dah jadi kenderaan utama mereka..basikal utk ibu-ibu ni dilengkapi dgn ciri-ciri keselamatan utk anak2..bagus Jepun ni, mereka galakkan guna basikal, kemudian buat laluan khas/kemudahan utk penunggang basikal..
wah meriahnya tokyo..
ReplyDeletekawasan ni meriah dgn orang tempatan & pelancong..old city..
Deletewah..suka tengok penarik lanca ke mana saya melawat...
ReplyDeletesetakat ni baru jumpa empat bandar di Jepun yg ada penarik lanca - Takayama, Kurashiki, Arashiyama dan Asakusa..menambah ciri2 tradisional pada bandar yang moden..
Deleteseronoknya tgk perjalanan di sana...
ReplyDeleteAlhamdulillah..Jepun tidak mengecewakan..highly-recommended..
DeleteDah penat berjalan nasi kebab sempoi pun sodap ye kak...
ReplyDeleteya, betul..Alhamdulillah, rasa nikmat sangat dapat makan nasi..sebab breakfast cuma makan buns tiga ketul tu je, lepas tu byk tenaga digunakan berjalan sana-sini..recharge tenaga..
Deleteramai nye orang waktu siang dekat asakusa, kitorang ritu pergi malam, langsung takde sape, ahaha...restoran arab pun dekat, kena catit la nih...
ReplyDeletememang ramai dkt kaminarimon dan nakamise street tu...byk betul rombongan budak2 sekolah..kita cari FM, mereka cari key-chains..ada byk kedai halal di sini, cuma jumpa yang ni satu je..
DeleteAsakusa, simbol dia ialah lantern merah besar yang tertulis perkataan "kaminari mon", yang membawa maksud "lightning gate", digantung pada gate utama di situ. Kat situ sangat banyak souvenirs yang comei2 dan awesome, rasa macam nak rembat semua jenis, fuh bahaya betul heheh~ X3
ReplyDeleteFriendly la penarik lanca dan tourists yang naik lanca tu, hehe ^^
ya, benar..banyak betul souvenirs kat Nakamise Street tu...belum lagi pergi lorong2 yg lain..
Deletepenarik lanca tu dah pro, pegang sebelah tangan je..kuat betul lengannya..hehe..seriau je tengok..
selesanya shuttle bus tu ... betul2 meredah ni ... klu x biasa mmg dah sakit kaki . nasinya budget diet tu .
ReplyDeleteshuttle bus tu memang selesa, tak byk seat..sakit kaki juga, tak larat jalan, rehat sebentar..
Deletenasi tu walaupun sikit, tapi kenyang makan sebab nasinya kenyal mcm pulut..
Wah! lama betul di Jepun... macam habis satu pulau di di jelajah... Pembangunan di Tokyo pun nampak kemas dan bersih...
ReplyDeletetakdelah lama sangat, lapan hari je..cuma nak tulis details sikit, buat kenangan..
Deleteya, betul,..town planning yg bagus..
tq share pic & gambar... rasa seronoklah pulak !
ReplyDeleteyou're welcome..
Deletesuka tengok penarik lanca tu..salah satu cara Jepun nak promote budaya unik diorang kan..
ReplyDeleteibu ambil anak kat nurseri tu buat saya teringat pada Misae, mak Shin Chan!hehe
lanca ni dulu satu mode pengangkutan pada abad ke 18, di Malaysia pun ada terutama di negeri Pulau Pinang, Melaka..pernah nampak lanca (untuk display saja) di Penang Peranakan House dan di Lebuh Campbell Penang ..tapi di Jepun, mereka adakan penarik2 lanca di kwsn2 perlancongan sebagai tarikan pelancong..idea yang bagus, nampak unik dan tradisional..
DeleteDi Malaysia, cuma beca je dikekalkan sebagai tarikan pelancong..di Penang dan Melaka..
mak Shin Chan..hehe..kadang2 layan juga..Shin Chan, Hagemaru..
Deletewoww.... penarik lanca tu gimik saja ker atau memang ada perkhidmatan tu kat sana???
ReplyDeletememang ada perkhidmatan penarik lanca tu..mahal juga bayaran nya..bawa pusing2 town..
Deletepenarik lanca di Asakusa ni friendly sikit, siap approach kitaorang, tempat lain takde pulak, takut kot..haha..tak sampai hati nak naik, kesian pulak nengoknya..hehe..
sini pun x pegi Tokyo Skytree..tgk dari jauh je sob..sob..sob
ReplyDeletedah dekat sangat dari Asakusa..tapi takpe, at least dapat tengok walaupun dari jauh..
Deletebestnya kalau bas kita ada bumbung cm tue.. leh tgk pemandangan atas langit heheheh....
ReplyDeletebagusnya ibu2 ambil anak naik basikal ja... jimat duit minyak...
memang best..kalau hujan, boleh nampak titik2 hujan, kalau malam, boleh nampak bintang2 di langit..
Deletebasikal memang jadi pengangkutan utama di Jepun..dinaiki oleh pelbagai lapisan masyarakat..nampak mcm scary juga...menyelit di tengah orang ramai..