Assalamualaikum..baru dapat nak sambung kisah di hari terakhir di Jepun. Masih lagi di Kawaguchiko, menatap Mount Fuji sepuas-puasnya walaupun puncaknya ditutupi oleh awan gemawan..cuaca mendung ketika ni dan rasa sejuk mencengkam jari jemari.
Masih lagi di bus stop No. 20, di tepi tasik Kawaguchiko.
Gunung, tasik dan bunga - indah sungguh ciptaanMu
Jalan utama di Kawaguchiko
Sunnyside Resort
awan mula bergerak melitupi Mount Fuji
the lone fisherman
Dari bus stop No. 20, kami bergerak ke arah bus stop yang terakhir, No. 22 dengan berjalan kaki menyusuri tasik yang luas ni.
Berjalan kaki dalam cuaca sejuk memang best..tak terasa letih sambil tu snap gambar-gambar rumah yang ada di sepanjang jalan, semuanya mengadap Mount Fuji..the best view...
di persimpangan jalan
Bestnya dapat rumah macam ni..view Mount Fuji
Kanak-kanak sekolah sedang bersukan
menghampiri bus stop No. 22, awan sudah membuat gelang di Mount Fuji
bus stop terakhir - Natural Living Center
Mount Fuji dah hampir tidak kelihatan
Information center and souvenir shop
model Mount Fuji
rumah lagi |
Dah puas bergambar di sini, tengok bas pun dah sampai naik bas balik ke stesen. On the way, turun di sini, Mount Kachi Kachi Ropeway.
Dibawahnya ada outlet Fujiyama Cookies ni, tak masuk pun..just tunggu bas di sini.
Bas dah sampai, moh le kita naik. Mula-mula tu nak stop dekat park tak jauh dari stesen tapi dah tak larat, terus saja ke stesen. Dekat tiga jam juga merayau-rayau di Kawaguchiko, dari pukul 9.30 pagi hingga ke 12.30 tengahari..
balik ke stesen
Ada jualan buah-buahan
Beli tiket keretapi ke stesen Otsuki, naik local train. Nampak keretapi ni di platform, keretapi yang penuh dengan gambar Thomas & friends.
Keretapi Thomas & friends
Nampak pula keretapi berwarna merah bata ni, parking di platform. Ada tulis Fuji Tozan Densha..ini rapid train ke Otsuki..menarik keretapi ni tapi cuma beroperasi one round trip on weekdays dan two round trips on weekends dari stesen Otsuki..mari skodeng ikut tingkap..
ada dining area dalam keretapi Fuji Tozan Densha ni
Maklumat dari internet: "This train is designed by Eiji Mitooka who designed many express trains
of JR Kyushu. This train gives you very nostalgic atmosphere and
traditional culture of Japan".
Ooo..patutlah keretapi Limited Kamome ke Nagasaki tu cantik-cantik belaka..ada designer rupanya..
interior Fuji Tozan Densha (source:jprail.com) |
Keretapi warna putih di platform sebelahnya, yang ada gambar comical Mount Fuji tu ialah Limited Express 'Fujisan Tokkyu'..keretapi ni pun menarik juga..meh layan gambar, curik dari internet..dari www.jprail.com...
dah macam ruang tamu kat rumah..
siap ada alas meja tu yang tak tahan tu
ada lounge..with huge glass windows
Nak tunggu train rapid dan limted express memang time nya lama lagi, so marilah kita naik local train je..yang mana satuu??..haha..yang ada gambar Thomas & friends tu..semua orang dewasa tersenyum simpul masuk keretapi ni...
Kanak-kanak sudah semestinya lah riang gembira..bising..bingit suasana..dengan budak-budak berlari ke sana ke mari, ada yang menangis berebut nak duduk di kerusi yang ada muka Thomas tu..dah macam ikut rombongan kanak-kanak tadika je..hehe..letih mak bapak nak melayan..
penuh dengan Thomas & friends sampai ke siling
Ada ke yang teringin duduk di seat yang kanan tu?? hehe..
meh layan the child in us..
meh layan the child in us..
Dalam masa sejam, sampai di stesen Otsuki, kena tunggu di platform 1 untuk ambil train Limited Express Kaiji ke stesen Shinjuku..
jambatan melintas trek keretapi di stesen Otsuki
Bersambung - untuk saat-saat terakhir di Jepun..
comelnya train Thomas tu!kalau saya pun akan naik yang tu..
ReplyDeletememang cute..rasa gembira je naik train ni..
DeleteKalau kat tempat kita dah lama lesap alas meja tu... hahaha... Menginap di Sunnyside resort tu ke? Nampak 'amannnn' je penempatan di kawasan ni... Di luar negara, mereka jaga betul kawasan pinggir bandar mereka kan... Tak perlu penguatkuasaan pun... masing2 saling bekerjasama memelihara keindahan tempat tinggal mereka. Tak da dalang2 yang membantu menceroboh dan merosakan kecantikan alam semulajadi negara mereka. Bilalah rakyat M'sia mahu berfikir dan mencontohi cara rakyat negara luar memelihara menjaga negara mereka.
ReplyDeleteSaya bercakap ni berdasarkan dari apa yg terjadi di persekitaran taman kediaman saya.... Mereka tak peduli jiran2. Kawasan rumah teres/flat.. suka2 hati je bela ayam itik, burung dan mengganggu kediaman jiran2. Dan benarkan pulak pendatang malah buatkan dan bina kedai2 pacak haram untuk mereka. Kedai2 tu mereka sewakanlah pada pendatang2 tu. Inilah antara senario di kawasan taman saya... Penguatkuasa pulak buat tak tahu saja... walaupun dah buat aduan... entahlah!
Day trip saja ke sini, sampai pukul 9.30 pagi, pukul 12 lebih dah balik...memang nyaman berada di sini..sangat laid back...
Deletenegara2 maju, negara non-Muslim, mereka menjaga alam sekitar, tapi negara orang Islam, segala bukit, hutan simpan, selagi boleh, nak diratakan, pokok2 ditebang, diatas nama 'pembangunan'...semuanya kerana $$$$..mentaliti yang berbeza...both rakyat & pemerintah..
oo lain lain ke train dia. patut la hari tu masa pegi naik train kartun.. balik naik train kayu..
ReplyDeleteand no wonder ramai photographer bertenggek tepi train. nak ambik gambar train2 ni sebab ada byk2 jenis deco
saya sebenarnya pun tak tahu juga, cuma snap2 gambar, bila nak buat entry ni, cari info dlm internet, baru tahu train dia lain-lain mcm ni..pergi/balik naik local train..
Deletesempat bertenggek di tepi rapid train..
Saya pernah sampai di petengahan Fujisan tu...tapi tu zaman dolu-dolu lah...hehe
ReplyDeletewahh..hebat tu, mendaki Fujisan..time summer, ramai yg pergi mendaki..
Deleteterpesona keindahan mount fuji...
ReplyDeletecantik gunung ni..nampak mcm sempurna sekali bentuknya..Subhanallah..
Deletesejuk je mata ni tengok rumah2 yang mengadap fuji-san tu kan~ ;3
ReplyDeletehehe, arnab jahat, dibulinya si tanuki X3
momo (japanese peach)... mahai gak tu, 5 bijik nak dekat RM100, kiranya sbijik nak dekat RM20...
ya, betul..rumah mengadap fujisan - sungguh best view mcm ni...ooo..tanuki namanya...buah peach tu boleh tengok je lahh..mahal bebenor..
Deletesubhanallah. cantik nye
ReplyDeletesalam singgah dari http://afasz.blogspot.com
view Mount Fuji ni memang sangat cantik..Subhanallah..
Deletethanks for visiting here...
jgn kata budak2...kalau JM naik train Thomas n friend ni mesti terkinja2 dan berebut nk duduk kat seat tu..padang kiri kanan harap2 x de yg menyampah
ReplyDeletememang rasa mcm jadi kanak2 naik train ni, teruja, takleh nak duduk diam, dok snap sana-sini..hehe..masa kecik2 dulu, tak dapat naik train mcm ni kan..
Deletecantik2 viewnya . terasa mcm nak dok sana lah pulak . kawasan pun bersih , tersusun rapi dan nampak kemas dgn pokok2 bunga . kan bagus klu kat m'sia ada train berkonsep2 mcm tu . leh tarik minat pelancong . cuma org malaysia ni ada masalah sivik sikit . tak tau hargai barang ... ermmm
ReplyDeletememang tenang di kawaguchiko ni...view tasik, gunung..kawasannya pulak bersih..
Deleteya, betul, boleh tarik minat pelancong..gembira je perasaan naik train yg pelbagai konsep ni..
Subhanallah... cantiknya... keseluruhan tempat2 dalam entry ini idah suka kak... :)
ReplyDeleteterutama rumah2 dan cara kehidupan dorang tu...
tenang dan sangat laid back kehidupan di sini..rumah2 semuanya mengadap Mount Fuji..
Deletewahhh cntik view mount fuji..dengan bunga mekarnya...
ReplyDeletekalau saya rasanya semua train kt sana saya nak try.... unik...kt Malaysia xda lagi mcm ni
mcm3 jenis train ada di Jepun... train dari Otsuki ke Kawaguchiko memang cantik2..tapi akak cuma naik local train je sbb takde info masa tu, dah balik M'sia baru tahu..huhu..
Deletelepas nie pegi lagi la... heheheh
Deletekalau repeat Jepun, maybe gi tempat lain pulak..
DeleteAwesome.
ReplyDeletebig time jealous...
okay... tu jer nk kabo
In shaa Allah, akan sampai jg di sini nanti...berusaha..
Delete