Friday, 12 July 2019

Kisah di Hari Minggu : Atas & Bawah

Ampunkan daku..nak buka balik cerita raya...hihi..

Ini bukan sebarangan raya, ini ialah STREET RAYA !! 

Heboh seantero whatsapp tentang event yang julung-julung kali diadakan di kotaraya metropolis nih. Anjuran gabungan masjid-masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan dengan tema "Ummah Disantuni, Nikmat Disyukuri".


Event yang diadakan pada hari Sabtu, 6 Julai 2019 di Dataran Merdeka.

Pada hari kejadian, me & mother pergi lepas Zohor, naik LRT turun di Masjid Jamek, then jalan kaki ke dataran. Umat manusia memang ramai..


dah penuh jalan

Dah sampai di Dataran Merdeka, tengok orang dah macam main ragbi, bersesak-sesak di lorong antara khemah. Khemah durian yang paling hot..dikerumuni orang ramai..


                                pukul 2.52 petang, banyak makanan dah habis
yang tinggal, nugget tengah digoreng, itupun kena beratur panjang 

Last-last, ambik bau je, bergerak balik..hahaha..pi makan nasi di lorong tepi Mydin. Sembang dengan seorang makcik dan anak-anak dia di meja sebelah, rupanya depa pun senasib juga, tak dapat makan di Street Raya. 

"Dah tertulis, rezeki kita makan nasi kat sini" kata makcik meja sebelah..Alhamdulillah.

Itu kisah hari Sabtu, Di bahagian atas, di Dataran Merdeka. Hari Ahad pergi lagi ke Dataran Merdeka. Di bahagian bawah pula. Ada jemputan kenduri di Crystal Wedding Hall, Restoran Warisan.

 pintu masuk dari tempat letak kereta

keluarga kedua-dua belah pengantin dengan tetamu
beratur, nak bergambar


Alhamdulillah, makanan sedap, tempat selesa. Tempat duduk banyak, memang boleh cater untuk tetamu yang datang ramai sekaligus. Dah makan, jom ronda-ronda kat bawah ni.


Restoran Warisan

ais krim al-haq di kedai depan restoran warisan

ais krim durian

Sedap ais krim durian D24. Gambar lama, di snap dalam bulan April tahun ni. Baru sekarang nak story.

 Sekian, kisah di hari minggu yang lalu. Dua event di tempat yang sama.

38 comments:

  1. sabar je la sbb x dpt makan di DM tu. makan free siapa yg x nak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..orang ramai dah tunggu sejak pagi, buka je terus serbu..yg dtg lambat mmg tak dapat merasa lah..

      Delete
  2. REZEJI NOHAS KAT TEMPAT LAIN ALHAMDULILLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita berusaha, tapi rezeki dah ditetapkan di tempat lain..Alhamdulillah..

      Delete
  3. Rezeki tetap ada cuma mungkin lain2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul...end up dgn rezeki yg sudah ditakdirkan..

      Delete
  4. alahai sedapnya aiskrim durian tu. terliurnya kak. hehe

    ReplyDelete
  5. ramai gile orang. siap ada menu durian tu

    followed here #221

    ReplyDelete
    Replies
    1. khemah durian yg paling ramai diserbu orang..kita ambik bau je..

      Delete
  6. wah meriahnyaaa. Rezeki xpenah salah alamat kan.

    lil throwback xpe..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. meriah dgn orang ramai..ada yg penuh dgn mcm2 makanan, ada yg lenggang kangkung satu pun tak dapat..hehe..rezeki masing2 kan..

      Delete
  7. Rajin juga awak pegi ye nohas... Klau saya taklah... tak sanggup bersesak-sesak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja nak tengok public event mcm ni...selalunya jarang gi..

      Delete
  8. Rajinya joint event tu.. Kalau Sha emmang tengok dari jauh jelah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb first time buat, teruja nk tengok..

      Delete
  9. meriahnya street raya ....tapi tulah bila ramai-ramai ni susah nak bergerak tu yang tak jadi nak pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. meriah betul..ada budak pitam kt jambatan..

      Delete
  10. Bab makan ni memang orang tak akan tolak. Huhu. Yang mana dapat, dapatlah kan. Yang mana tak, tak apalah. Insha-Allah ada rezeki di tempat lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sgt, pepagi lagi dah ramai yg menunggu, yg dtg lambat mmg kecewa..tapi takpe, boleh je makan kt tempat lain..

      Delete
  11. Biasa la tu, bila ada makan-makan free... Memang akan sesak, bagaikan semut menghurung butiran gula yang jatuh di lantai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulahh kan, event mcm ni kena datang awal, sebelum start lagi dah kena tunggu..

      Delete
  12. dah tertulis rezeki masing-masing kan. Yang penting, hari minggu penuh dgn aktiviti dgn family

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita berusaha tapi rezeki ditentukan Allah..

      Delete
  13. Seronok sesekali dapat join beramai-ramai dalam event begitu tapi kena tabah dengan keadaan berasak-asak..
    Apa pun semua bergantung kepada rezeki.. Tapi aiskrim durian memang win, my favorite too..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Public event ada mkn2 free mmg ramai yg hadir..berasak2 nk dpt mknan..

      Aiskrim durian mcm ni puashati mkn..berbaloi dgn harga..huhu..

      Delete
  14. Iklan dah viral seantero K.L dah boleh agak tu siapa cepat dia dapat siapa lambat maknanya tiada rezeki di situ hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebahan melalui whatsapp mmg sgt efektif..hihi..kena dtg awal kalau event mkn free mcm ni..

      Delete
  15. wow event mcm ni memang laku keras la

    ReplyDelete
    Replies
    1. event makan free mmg laku keras...awal pagi dah menunggu..

      Delete
  16. Replies
    1. event kt bwh tanah yg best, yg di atas..hmmm..

      Delete
  17. Mesti sedap eskremn durian hoho.. meriah kenduri kawen

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap..rasa durian yg lemak manis, disukai ramai..
      kenduri kawen yg meriah, jemputan kedua-dua belah pihak..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!