Hari di mana meletusnya Gunung Bromo, seterusnya memusnahkan harapan berwisata ke sana. Yaudah, itu semua takdir Alloh..
Dari restoran Bebek Goreng H. Slamet di Taman Darmo Permai, menyambung perjalanan ke Kebun Binatang Surabaya (zoo). Masih lagi di bahagian selatan Surabaya. Di sini cuma mau ambik foto Monumen Suroboyo sementara menunggu pak driver menunaikan solat Jumaat.
Perjalanan disambung semula ke Masjid Cheng Ho. Sesat barat juga mencari masjid ni sebab driver pun dah lama tak pergi sini. Maklumlah dia bawa teksi bandara (airport). Masjid di dalam kawasan perumahan.
Monumen Suro & Boyo
perlawanan ikan suro (jerung) dan buaya
asal-usul Surabaya
Jalan Setail
Lepak-lepak di sini sementara menunggu pak driver bersolat Jumaat di masjid di seberang jalan besar. Monumen Suroboyo ni ada juga ternampak di tepi sungai di pusat kota Surabaya.
lambang suroboyo
peniaga gerobak - jual rujak dan es degan (kelapa muda)
Driver dah sampai. Perjalanan diteruskan menuju utara, ke pusat kota Surabaya. Sebelum itu, mobil harus diisi bensin. Singgah di Pertamina, kami pun turun juga, nak beli buah potong di gerobak.
buah-buahan & air kelapa
penjual buah & rujak manis
di seberang jalan, toko Danar Hadi
outlet jual barangan batik yang femes di Surabaya
outlet jual barangan batik yang femes di Surabaya
yang ni tak tahu jual air apa - es sinom
Perjalanan disambung semula ke Masjid Cheng Ho. Sesat barat juga mencari masjid ni sebab driver pun dah lama tak pergi sini. Maklumlah dia bawa teksi bandara (airport). Masjid di dalam kawasan perumahan.
masjidnya di dalam kawasan gedung serbaguna ini
bangunan Masjid Cheng Hoo
gelanggang bola keranjang di depannya itu dijadikan tempat solat Jumaat
semasa kami sampai, budak2 tengah mengemas sejadah
walaupun kecil, dibelakangnya ada tempat solat
tempat solat dalam masjid
di pagar batu di tepi tempat solat tadi, ada lukisan gambar
Laksamana Cheng Ho dan kapalnya serta ada kolam ikan
ada penerbitan majalah
cantik - songkok Masjid Cheng Ho
Perjalanan diteruskan ke utara, ke Pasar Atum. Pasar Atum ialah pasar lama yang terletak di kawasan pecinan (chinatown) atau kya-kya Surabaya. Pasarnya luas, sehingga tahap V (fasa 5). Ada kolam renang di tingkat atas pasar ini.
Kami ke sini sesi kulineran lagi. Wisata ke Surabaya banyak dipengaruhi oleh youtubers, food bloggers Indonesia..hehe. Pertama yang dicari ialah bubur Madura yang femes di pasar ini.
deretan penjual bubur madura
beli di sini, boleh bayar guna imbas, perghh
bahan-bahan untuk bubur madura
enak banget, gurih, lezat - harga IDR 10,000 je
macam bubur sum-sum campur dgn bahan2 lain
Dah makan bubur madura, jom cari nasi cumi yang viral, buka 24jam. Lokasi di Jalan Waspada, jalan di belakang pasar ni. Dah sampai, tengok tutup pula. Patah balik ke pasar atum, nak cari cakue udang peneleh, katanya camilan legendaris kota Surabaya.
ramainya pembuat kuih cakoi. cakoi biasa tu di Malaysia pun ada
beli 6 keping cakue udang, IDR 36,000
Apa yang dapat diperhatikan di pasar ni, tiada ditulis, diasingkan yang menjual kuih non-halal, yang ada babi. Kena perhatikan betul-betul papan tanda di gerai. Bila tengok papan tanda inti babi, babi manis, langsung takde mood nak beli kuih di sini.
Beli air sirsak (durian belanda) yang sedap nih, IDR 15,000
penuh dengan buah durian belanda
Takde jalan-jalan cuci mata di sini, terus balik hotel. Sebelum tu jalan-jalan di Kota Surabaya, nak cari Maybank Jalan Cenderawasih. Mau foto-foto di bangunan colonial Belanda.
Bangunan gedung Maybank di Jalan Cendrawasih via aldrinrachmanpradana.com
dari blog travelingyuk.com
Holland Bakery
Dah tak jumpa bangunan Maybank tu, city tour tamat di Grand Surabaya Hotel di Jalan Pemuda, hotel yang sudah di booking selama 3 malam via Agoda. Dapat rate RM60++ tanpa sarapan. Siap janji dengan driver untuk datang pick-up hari Isnin pagi untuk ke airport, yang bagusnya nombor phone driver pun tak ambik..hoho..
Dah tunjuk booking voucher ke receptionist, mula-mula ok je depa check. Tetiba yang lelaki tu beritau yang ni kena pindah ke Sahid. Bila dengar je kena transfer ke Hotel Sahid, me dah mula bengang. Hotel Sahid tu memang dah reject awal-awal lagi sebab lokasinya di sebelah stesen keretapi Gubeng, off dari shopping complexes, kena lintas jalan lagi. Grand Surabaya ni memang dekat dengan Tunjungan Plaza & Plaza Surabaya. Rancangannya malam ni nak jenjalan Tunjungan Plaza.
Receptionist tu datang explain yang depa terima pesanan dari travel agent, bilik tak cukup, kami terpaksa dipindahkan ke Hotel Sahid. Kesian pulak, ikut jelah, pasrah. Takde charge tambahan. depa pi hantar ke Hotel Sahid.
receptionist Grand Surabaya yang berkebaya oren
tengah buat arrangement di Hotel Sahid
reception area Hotel Sahid
Hotel Sahid Surabaya
Disebabkan bengkek kena tukar hotel, masuk bilik, kemas sikit2, solat and terus tidur. Bangun tidur, tengok apa yang ada untuk dinner.
kuih putri ayu dan makanan dari Kartiko Heritage
cakue udang peneleh - sedap
Yang tak best duduk di Hotel Sahid ni, announcement kat Stasiun Gubeng pun boleh dengar, keretapi lalu lagilah kuat bunyi nya. Yang ok, boleh dengar azan sebab masjid dekat, belakang stasiun je. Adik-adik ojek bersidai depan hotel ni, sesiapa yang nak sewa motosikal, memang mudah.
Sekian, hari pertama di Surabaya.
Patutlah susah nak jumpa masjid Cheng Ho tu dalam Mall rupanya.
ReplyDeletebukan Mall, mcm bangunan serbaguna, ada kelas-kelas pengajian..
Deletelohhh..bisa suke-suke ditukarin hotel nya yea...
ReplyDeleteklu saya protes tak nak tukar...mereka perlu upgrade our room which off course yg lagi mahal la kan without additional payment....their fault sbb terima pesanan berlebihan (tapi sebelum bising2..check dulu la agoda ke, booking ke, trivago ke samada ada bilik kosong kat Grand Surabaya ni..hehehehehe).
Well, nama pun tempat orang...
itulah...mula2 tu protes jg, tak nak tukar, tapi kesian lak tengok receptionist datang explain byk kali...sebenarnya Hotel Sahid lg mahal dari Grand Surabaya tapi lokasi nya ngak best...
Deletewaduh waduh.. baru sekejap ngak singgah sini udah sampe ke Surabaya ya..
ReplyDeleteAlhamdulillah..rejeki dari Alloh..wisata ke Surabaya, neng Siti..
DeleteWah kamu udah pandai bicara kayak Indonesia ya...
ReplyDeletesebelum ke Surabaya, byk baca blog, tgk youtube, bolehlah sikit2..
DeleteSEROOKYA WISATA KE SURABAYA TEMPAT CANTIK MAKANAN SEDAP
ReplyDeleteAlhamdulillah, kak..jalan2 cari makan Surabaya..
Deletedulu pernah ke Padang Panjang, Bukitinggi dan Padang. Memang teringin nak ke pulau Jawa plak...
ReplyDeleteInshaaAllah, akan sampai di sana satu hari nanti..baru 2 kali ke pulau jawa..
Deletecantik masjidnya walaupun nampak kecik je.
ReplyDeletenak beli makanan kena berhati2 lah macam tu ye sebab bercampur dengan yang non-halal
senibina masjid yg menarik..
Deleteya betul..brcampur dgn non halal, extra careful..
Masjid Cheng Ho yang ini kita orang tak singgah. Yang kita orang singgah yang area ke malang. Lagi luas kawasannya sebab tepi jalan. Tapi tetap terpegun melihat keunikan masjidnya.
ReplyDeleteYang ni kecik je bangunannya...senibina unik..
DeleteIngatkan salah blog tadi.. Kotlah tuanya dah bertukar.. rupanya orang yang sama, cuma dah jelajah ke Surabaya ye.. hehehe...
ReplyDeleteSeram pula bila gerai makan tu bercampur.. Kena tengok dan baca betul-betulah.. kalau tak naya je..
masih tuan yg sama..ngomong je lain sikit...hehe..
Deletemmg kena tengok betul2..berjualan campur gerai2 non halal ni mmg biasa kot kt sini terutama di kwsn chinatown..