Tuesday, 2 July 2019

Sarawak Product Pavillion

Assalamualaikum...

Anda di Kuala Lumpur tapi teringin ikan terubuk masin, mengidam kuih sepit lemantak?
 
Usah khuatir, dapatkan produk-produk dari negeri Kenyalang di Sarawak Product Pavillion di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Lokasinya di sebelah pejabat pos Medan Tuanku. 

one-stop centre untuk produk-produk dari negeri Sarawak
 
Pelbagai produk ada dijual di sini. Cafe pun sudah dibuka. Nak makan mee kolok, laksa sarawak, bolehlah singgai di sini. Teman dah beberapa kali datang sini, sebab pergi pejabat pos di sebelah. Lepas tu cuci mata di sini. Masa tu cafe belum beroperasi lagi.

Jom tengok apa yang ada dijual di sini. Sesetengah produk makanan tak pernah tahu pun dan pertama kali tengok.

beg genggam bermanik

tikar dan tas tangan

 Produk makanan pulak, menarik..

 beli yang ni - kuih sepit lemantak
bukan melantak ye tapi lemantak (sagu)

 beli sebalang

dari Kota Samarahan

dijamin halal, produk keluaran muslim

Macam kuih sepit biasa tapi tepungnya keras sikit. Beri ofismate rasa, ada yang suka, ada yang kurang gemar.

Beli juga yang ni. Sate ikan lumek.

 produk dari Sebuyau

 sedap, macam sate ikan pulau pangkor

ikan lumek juga dibuat serunding & inti mini popia

sate ikan empirang produk orang Melanau

 Sate Tahai dari Lawas

 gula apong

lada hitam Sarawak

beras Bario

yang ni pun ada - tuak 

ikan terubuk masin, kuih kelupis dan paste durian

kali terakhir ke sini semasa cafe dah beroperasi. Hajat hati nak makan laksa Sarawak tapi dah habis, makan mee kolok je.

 Alhamdulillah

Bagi mereka yang berada di Kuala Lumpur, bolehlah singgah di sini beli produk keluaran negeri Sarawak. Dekat jer bah! tak perlu gi jauh-jauh naik belon. Original dari Sarawak. Jom sokong produk tempatan.

32 comments:

  1. Wah Boleh Lah singgah nanti.. memang menggamit krnangan Masa ke Sarawak dulu

    ReplyDelete
  2. BAGUS TU BOLEH MERASA N BELI BNYAK PRODUK SERAWAK DI SINI

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam2 produk ada, byk yg baru pertama kali tengok..

      Delete
  3. Ok set, kita kena save alamat dia dulu, menarik sangat ni, kuih cincin ada tak, my pevret tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm takde jual kuih cincin...produk lain ada pelbagai..

      Delete
  4. wahh...new place to explore..
    kita little rara pun tak try lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk tempat nak gi kt Jln TAR nih..yg ni, mi tarik silu, little rara, nasi kapau, restoran sederhana...kudu dh gi..hehe..

      Delete
  5. terima kasih tuan kerana berkongsi tentng Sarawak, makanan dan kedai.

    alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, senang nk beli, banyak jg barang yang dijual..

      Delete
  6. Waalaikumusalam! mesti pergi cari cafe ni nanti. Nak beli sate ikan dan lada hitam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sate ikan sedap..terbaik lada hitam sarawak..

      Delete
  7. Kuih cincin jangan dilupa.
    Cantik bag genggam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuih cincin mcm takde dijual di sini...
      ya, cantik2 design beg..

      Delete
  8. hari tu x tahu kewujudan kedai ini. slps pi Sogo terus balik Dengkil. Kalau tak mmg singgah di sini la kejap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ramai yg tahu..dari Sogo dah dekat..

      Delete
  9. Ikan terubuk masin Sarawak tu paling menarik pada cheq 😆

    ReplyDelete
  10. Kalau lajak ke KL, bolehlah menyinggah ke sini.. Menarik-menarik produk yang dijual..

    ReplyDelete
  11. Nak pi Sarawak kena naik belon so pi sini je mudah.

    Terpikatlah dengan clutch manik-manik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik2 clutchnya..kaler & design yg menarik..

      Delete
  12. waa..dah boleh merasa makanan sarawak wpun dok semenanjung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa, authentic sarawakian foods..ada jual paste laksa sarawak..

      Delete
  13. teringin nk mkn mee kolok.. ramai org tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ramai orang..mngkin ramai yg tk tahu..

      Delete
  14. Pkul brape premis ni start dan tamat waktu niaga ye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya 10pagi - 5 petang..tk brp pasti..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!