Saturday, 17 August 2019

Cerita Korban 1440H

Assalamualaikum semua..
 
Hari Raya Haji dan hari-hari Tasyrik sudah berlalu. Alhamdulillah, tahun ni diberi rezeki untuk mengerjakan ibadah korban, cuma ambik satu bahagian saja. Acara korban diadakan pada hari Isnin, 12 Ogos 2019.
 
Sanggup tak balik kampung, duduk sorang diri di KL, sebab nak tengok acara korban ni. Nak abadikan kenangan korban 1440H. Mak dan kakak balik kampung hari Sabtu pagi, mengharungi kesesakan lalulintas yang luarbiasa di lebuhraya, keluar pagi, malam baru sampai rumah di kampung..perghh..satu pengorbanan.

Pada hari kejadian, pepagi teman dah ke tempat acara. Katanya pukul 7.30 pagi dah nak start, sembelih. Jumlah korban - 5 ekor lembu dan seekor kambing. 2 ekor kambing lagi ada peserta buat akikah anak. Semua kambing sudah disembelih, dilapah dan dipotong, sedia untuk dimasak.
 

doa dipohon agar acara dan ibadah korban diberkati olehNya 
 
sembelihan lembu #1

Ya, Allah, terimalah ibadah korban kami

 #2 sudah selamat disembelih

 #3 sudah ditumbangkan, sedia untuk disembelih

Kerja-kerja melapah daging, menimbang, membungkus, sorting, dilakukan oleh orang lelaki. Orang perempuan menyediakan bahan-bahan untuk memasak lauk. Ada peserta yang infaq daging untuk buat jamuan kepada para petugas, Alhamduilllah. Dan juga memasak daging kambing akikah. Nasi putih, ulam-ulaman dan sambal belacan ada yang sponsor.

Menu makan tengahari - kari kambing, sup kambing, sup tulang/daging, daging masak black pepper dan sayur kobis. 

aktiviti potong-memotong
daging dan kepala kambing untuk masak kari

gotong-royong

penyediaan daging black pepper

daging black pepper in the making

aktiviti memasak

kari kambing

daging black pepper

juadah makan tengahari

Alhamdulillah, acara korban berjalan lancar. Semoga Allah menerima ibadah korban kami dan melapangkan rezeki kami semua..amiin..


Perkongsian dari group whatsapp: 

Tempoh Makan Daging Korban

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَابِسٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قُلْتُ لِعَائِشَةَ أَنَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ تُؤْكَلَ لُحُومُ الْأَضَاحِيِّ فَوْقَ ثَلَاثٍ قَالَتْ مَا فَعَلَهُ إِلَّا فِي عَامٍ جَاعَ النَّاسُ فِيهِ فَأَرَادَ أَنْ يُطْعِمَ الْغَنِيُّ الْفَقِيرَ وَإِنْ كُنَّا لَنَرْفَعُ الْكُرَاعَ فَنَأْكُلُهُ بَعْدَ خَمْسَ عَشْرَةَ قِيلَ مَا اضْطَرَّكُمْ إِلَيْهِ فَضَحِكَتْ قَالَتْ مَا شَبِعَ آلُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ خُبْزِ بُرٍّ مَأْدُومٍ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ حَتَّى لَحِقَ بِاللَّه


Daripada 'Abdurrahman bin Abis dari bapanya ia berkata; "Aku bertanya kepada Aisyah; 'Apakah Nabi SAW melarang untuk makan daging sembelihan hari raya Adha lebih dari tiga hari? ' Aisyah menjawab; "Baginda tidak melakukan itu kecuali pada tahun kesulitan (manusia kelaparan), sehingga baginda berharap orang kaya memberi makan kepada yang miskin. Dan sungguh, kami boleh makan daging kambing setelah lima belas hari." Lalu dikatakan; 'Apa yang mendorong kalian melakukan itu? ' Aisyah tertawa, lalu ia berkata; 'Keluarga Muhammad SAW tidak pernah merasa kenyang kerana makan roti atau gandum lebih dari tiga hari hingga baginda bertemu dengan Allah.' (Sahih Bukhari No: 5003) Status: Hadis Sahih

Pengajaran :

 1.  Daging korban sebahagian untuk disedekahkan dan 1/3 boleh diambil untuk dimasak dan dimakan serta boleh juga disimpan

2.  Daging korban boleh disimpan lebih dari 3 hari (tiada batas maksimum). Ia merupakan pendapat majoriti ulama dari kalangan sahabat, tabi’in serta empat imam mazhab.

3.  Rasulullah SAW tidak berlebihan dalam bab makan, hingga boleh berjimat memakan daging korban secara berdikit dalam tempoh yang agak lama.

4.  Orang mukmin makannya apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Elakkan berlebihan dalam makan dan minum.  
 
Sekian, wallahuálam 

24 comments:

  1. selamat hari raya aidil adha kak! Semoga bahagia di sisi keluarga. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Nadhie Wueen..Alhamdulillah..

      Delete
  2. Alhamdulillah.. Seronok bila dapat melakukan korban kan nohas.. Menyaksikan acara korban dilaksanakan.. memasak dan makan beramai-ramai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..bila tengok haiwan yg dikorban, mcm2 perasaan ada..sayu, syukur..
      gotong-royong memasak..seronok..sambil bersilaturahim..

      Delete
    2. Bab silaturrahim tu yang best.. Saling mengenali..

      Delete
    3. betul..masa utk bertemu mata, bertanya khabar..

      Delete
  3. Yang seronoknya bila tiba time makan
    macam2 menu ada.
    Mestilah pilih kambing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul..hihi..sup kambing power style mamak pilihan ramai..

      Delete
  4. alhamdulillah rezeki korban tahun ni.. rajinnyaa menempuh jem time raya haji.
    kalo time raya haji ni jem dia lain maciam hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..

      Raya haji sekali dgn cuti sekolah, jem luarbiasa..

      Delete
  5. Meriahnya....alhamdulillah 😄

    Salam AidilAdha buat KakNo dan keluarga tersayang 😎

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..meriah bergotong royong..

      Salam Aidil Adha utk Cik Suerin & family..

      Delete
  6. Sedapnya!... teringat masa bekerja dulu. Setiap kali raya haji pasti ada penyembelihan lembu dan kambing korban di surau pejabat. Lepas gotong royong masak sama-sama dan makan ramai-ramai dan pengagihan daging korban.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamduiillah, sedap, daging fresh..setahun sekali berkumpul menyembelih lembu/kambing & gotong-royong masak, dpt makan, dpt daging, silaturahim bertmbh erat..

      Delete
  7. kita digalakkan untuk tengok lembu dikorbankan walaupun kita tidak membuat korban. bagus2.

    ReplyDelete
  8. Sepakat membawa berkat.
    Sedap pulak nampak lauk2 tu. Jadi lapar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gotong-royong menyempurnakan ibadah korban..
      Alhamdulillah, sedapp..

      Delete
  9. Semoga ibadah korban Nohas diterima olehNYA.
    Bergotong-royong amalan mulia, kerja berat jadi ringan dan silaturrahim bertambah erat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin..ya Robb..
      Seronok rewang2,..cepat je siap..

      Delete
  10. Alhamdulillah...seronok bila ibadah dibuat beramai2 siap bergotong royong memasak. Insya Allah...semoga Allah terima ibadah korban yang dibuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin..ya Robb..mmg seronok, masak2, makan2 beramai-ramai...event setahun sekali..

      Delete
  11. Tak pernah lagi saya pergi menyaksikan ibadah korban ni. Rasanya mungkin tahun akan datang, nak jugalah cuba datang menolong. Biasanya, famili yang lelaki aje yang pergi menolong. Tapi, bila tengok gambar-gambar akak kongsikan ini, seronoknya dapat buat aktiviti ni dengan masyarakat setempat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih afdal peserta korban melihat sendiri darah haiwan korban jatuh ke tanah semasa disembelih...kerja2 melapah,potong2 daging selalunya orang lelaki yg buat, seronok gotong-royong memasak..hihi..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!