Monday, 5 August 2019

Wisata ke Surabaya : Waroeng Bamboe Lesehan

Sambung cerita travel ke Surabaya. Masih di Kota Batu di hari kedua.

Selesai memetik epal, pakcik driver angkot hantar kami ke Waroeng Bamboe untuk makan tengahari. Pakcik tu asyik promote restoran ni, harga yang tak murah, tak juga mahal, sedang-sedang saja. Makan sambil mendengar deruan air, melihat ikan berenang-renang, secara alami gitu. Siap beritahu makanan apa yang best di sini - gurame bakar asam manis, gurame bakar asam pedas. Terliuq den dengaq.

signboard Waroeng Bamboe

Lokasi warung ni di sempadan Desa Sidomulyo dengan Desa Bumiaji, dekat pintu gerbang ini. 


pintu gerbang ke Kecamatan Bumiaji
Waroeng Bamboe di sebelah kanan
 
Perut dah terasa lapar. Sarapan pagi cuma kek dan buah-buah epal saja (fresh dari the pokok). Waroeng Bamboe lesehan, makan secara bersila di atas lantai buluh beralas tikar mengkuang.


 
Ruang makan yang terbuka bersebelahan kolam ikan yang dipenuhi dengan japanese carp yang berwarna-warni. Deruan air dari batang paip masuk ke dalam kolam.


ruang makan dan kolam ikan


ikan koi berenang-renang
boleh beli makanan ikan di kaunter


air yang turun dari gunung


di bahagian lain

Kami order gurame bakar acar pedas, ayam rica-rica, plencing kangkung dan nasi putih. Air jus alpokat.


Alhamdulillah sedap semuanya
plencing kangkung tersilap order sampai 2..huhu..


Tenang dan damai makan di sini. Terasa macam berpiknik di tepi waterfall, dengan bunyi air, bunyi ikan berkocak dalam kolam. Terasa alami (nature) gitu.
 
Tak habis makan, bungkus bawa balik ayam rica-rica dan plencing kangkung. Jumlah semuanya IDR 193,600 (RM57) termasuk pajak 10% (tax).

Alhamdulillah, makan sudah, kita ke destinasi seterusnya di Kota Batu iaitu Museum Angkut dan Pasar Apung. Muzium ni buka pukul 12 tengahari. So, sedang elok je timing nya. Decided naik grab, tambang grab IDR 23,000 (RM6.80), tak termasuk parking.


Jalan Bukit Berbunga


nursery pokok-pokok bunga


Masjid Agung An-Nuur di pusat Kota Batu


Nak turun di pintu utama Museum Angkut, kena ambil tiket parking. Kata driver,dulu-dulu 15 minit yang pertama FOC, sekarang ni kena bayar IDR 8,000 ke 10,000.

Bersambung.

12 comments:

  1. SEDAPNYA MAKAN DALAM SUASANA ALAM INDAH SUKANYA TENGOK IKAN KOI BERWARNA WARNI BERENANG NYAMAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. masakan sedap ditambah dgn suasana damai, mmg nyaman bersantap di sini..

      Delete
  2. Wah, jalan2 ke surabaya ye, best tuh.

    ReplyDelete
  3. Kat sana memang terkenal dengan ikan gurami (kaloi)
    Kat sini orang tak minat ikan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, ikan ni femes di Indonesia..ikan menari..

      Delete
  4. Wah.. Cantiknya tempat makan.. Dikelilingi air dan ikan berenang-renang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa tenang & mendamaikan tmpt makan ni..

      Delete
  5. Seronok berjalan dn makan makan org kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melihat tmpt orang..makan2 local foods..

      Delete
  6. Hidangan tu nampak sedap! tambah-tambah makan di tempat mcm ni. Waduhhh! lepas makan terus baringlah...

    Eii! nursery bunga tu macam kat sungai buluh la... hahhaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..rasa nak baring je, lepak2 tengok ikan..

      sepjg jalan penuh dgn nursery bunga, cantik, warna-warni..ha'ah..mcm kt sungai buloh..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!