Tuesday, 13 August 2019

Wisata ke Surabaya: Bromo Tour

Sikit lagi nak habis cerita wisata Surabaya. Let's get to the highlight of this trip..Mount Bromo tour.  Gunung Bromo tour ialah wisata alam yang paling top di Jawa Timur selain Kawah Ijen.

Gunung Bromo lokasinya di Bromo Tengger Semeru National Park. Bromo berasal dari perkataan Brahma, tuhan Hindu. Bromo tak sendirian, diapit oleh Gunung Batuk dan Gunung Semeru. View yang sangat menarik. Ketiga-tiga gunung ini ialah gunung berapi yang masih aktif.

Pemandangan dari Penanjakan 1 
Gunung Bromo (yang berlubang belah kiri), depannya Gunung Batuk   
dan yang tinggi dibelakang tu ialah Gunung Semeru

Gunung Bromo meletus di hari kami berlepas ke Surabaya pada hari Jumaat, 19 Julai. Sudah takdirnya. Kami ke sini pulak hari Sabtu, kawasan Gunung Bromo ditutup untuk kerja-kerja pembersihan lava di kawasan sekitarnya. 

Untuk tour ni, kami ambik pakej "open trip midnight sunrise" dengan Abimanyu Travel. Bayaran IDR 650,000 (RM200) per pax. Harga standard kalau ambik pakej travel agent. Entrance fee ke Taman Negara Bromo Tengger Semeru untuk warga negara asing lebih kurang RM100.

Open trip maknanya join sekali dengan beberapa peserta lain. Trip midnight/sunrise Bromo ialah aktiviti yang populer di kalangan pelancong iaitu aktiviti menunggu matahari terbit dan melihat pemandangan Gunung Bromo dari viewpoint Penanjakan 1 dan kemudian ke tempat wisata lain di kawasan Taman Negara iaitu Pasir Berbisik, Bukit Teletubbies dan seterusnya ke Gunung Bromo.

Urusan booking dan komunikasi dengan Abimanyu, semuanya melalui whatsapp, mudah sekali. Dah booking, kena bayar deposit, bank-in melalui Bank Mandiri di Jalan Ipoh.  Bayaran termasuk semua kecuali sewa kuda/ojek dan kebutuhan peribadi (shopping/makan/tandas). Dapat snek, air botol, topi dan sarung tangan.

 topi dan sarung tangan, free gifts from Abimanyu

Dari Riche Heritage Hotel, ambil enam orang lagi peserta kemudian off to transit point di perkampungan Tengger. Majoriti orang Hindu Tengger yang ramai mendiami di kawasan Taman Negara Bromo Tengger-Semeru. 

Transit point ni ialah sebuah rumah banglo. Bila sampai sini pukul 1.55 pagi. Tempat pertama yang dituju ialah tandas. Cuaca memang sejuk giler. Tambahan pergi di musim panas, waktu malamnya dingin dua kali lipat. Suhu 0° celcius. 

Tandasnya jenis primitif, lantai simen je, takde mangkuk tandas. Small business only. Kemudian dijamu teh anget. Makan dengan bekal sandwich dari hotel, memang terbaik. Di sini menunggu untuk menaiki jeep ke Penanjakan 1. Ada beberapa orang kampung datang menjual mafler kait.

di tansit point, menikmati teh panas

jip-jip sedang menunggu

Satu jip kongsi lima orang, 4 perempuan dan sorang lelaki. Kami berdua dengan dua orang lagi budak perempuan warga Indonesia. Yang lelaki tu duduk depan dengan driver. Sebab datang awal, jip berhenti tak jauh dari pintu masuk di Penanjakan 1. Kena menapak pula ke atas. Ada juga servis ojek. Dah sampai atas, ada banyak kedai-kedai makan, kebanyakan jual mi segera, jagung bakar, pisang dan tempe goreng, semua yang panas-panas.

Ada servis sewa baju panas. Budak perempuan dua orang tu sewa long coat IDR 20,000. Cuaca sejuk giler. Baru pukul 3.00 pagi. Ada surau disebelah viewpoint. Di view point, ada dua tiga orang menawarkan tikar dan selimut untuk disewa. Kami sewa tikar IDR 10,000, buat lapik tempat duduk simen dan sewa juga selimut kaki IDR 15,000. Cuaca dahlah sejuk gedi, ditambah dengan angin bertiup. Bertambah-tambah sejuk.

Pergi hari minggu, memang ramai umat manusia di view point ni. Bertabahlah menunggu hari siang, menanti mentari terbit di ufuk timur.


Subhanallah, mentari pagi

the rising sun


Tak berlama-lama di view point ni, bergerak turun. Sempat melihat pemandangan Gunung Bromo dan yang lain-lain on the way keluar. Subhanallah, cantiknya ciptaan Allah swt.

Gunung Bromo, Batuk dan Semeru di pagi hari

kenangan di Bromo

Sebelum bergerak ke jip, singgah kedai makan pertama di belah kanan, selepas turun tangga. Nak gi tandas, tak tahan 2 jam dekat view point. Toilet charge IDR 3,000. Takde duit kecik, takpe sebab depan tandas, ada dua tiga orang pekerja tengah menggoreng pisang dan tempe. Ramai yang keluar tandas, terus beli kat sini je, so boleh tukar duit di sini je.

Tandasnya banyak dan bersih. Bukan jenis primitif, modenlah juga tapi bukan tandas duduk, jenis mencangkung. Airnya dingin sekali..huhuhu..bertabahlah..

Keluar dari tandas, tengok macam sedap je pisang dan tempe goreng. Beli tempe dan pisang goreng 4 keping IDR 10,000. Dah tak kisah tempat menggorengnya..haha..Enak banget, serius sedap tempe/pisang gorengnya. Makan panas-panas di cuaca yang dingin, nikmatnya..

Berjalan balik ke jip, untuk destinasi seterusnya di kawasan Taman Negara Bromo Tengger. Ke kawasan Pasir Berbisik dan Bukit Teletubbies.

Pasir Berbisik
 
Di kawasan Pasir Berbisik ni ada servis sewa kuda untuk berfoto-foto. 




Kemudian bergerak ke Bukit Teletubies, kawasan hijau. Tak berlama-lama di luar, tak tahan sebab angin kuat. Angin berpasir. Duduk di dalam jip sementara tunggu yang lain-lain pergi berfoto-foto.
 
Bukit Teletubies

Destinasi seterusnya ialah Gunung Bromo. Kalau hari biasa, kita boleh mendaki tangga yang dibina untuk melhat kawah gunung berapi, tapi dah meletus, kawasan ini ditutup. Cuma dapat lihat dari jauh saja on the way balik ke transit point.
 
 Gunung Batuk, dibelakangnya ialah Gunung Bromo
Gunung Bromo ni takle tinggi sangat

Sampai di transit point di Perkampungan Tengger. Berehat sebentar, ada makanan disediakan. Nasi campur, buffet style. Macam was-was sikit, cuma ambik nasi dan tempe & tahu goreng je.

jamuan nasi campur

Perkampungan Tengger
rumah-rumah dibina diatas bukit tanpa jalanraya

kawasan kebun sayur

ada masjid juga

Bila semua ahli kumpulan dah ada, bergerak balik ke Kota Malang. Semua membongkang tidur dalam van. Kami nak balik ke Surabaya, tapi apa-apa tiket pun belum beli lagi. Mula-mula plan nak naik keretapi, check internet, tiket dah habis.

Turun di terminal bas Arjosari, gamble je cari tiket bas express. Alhamdulillah, baru nak berjalan masuk ke terminal, ada satu bas ekonomi ke Surabaya baru keluar dari terminal, tengah mencari penumpang..Boyo, Boyo..Naik je bas ni, tambang IDR 15,000.
 
Bas ekonomi ni separa ekpress. Kalau bas express Malang - Surabaya, tambangnya IDR25,000. Bas ekonomi ni lalu jalan lama dulu, kemudian baru masuk lebuhraya. Pengalaman pertama naik bas express di Indonesia. Menarik juga. Naik je bas, ada seorang pengamen tengah menyanyi sambil main ukulele. Sepanjang laluan jalan lama, bas berhenti-henti ambik penumpang. Setiap kali penumpang baru naik, pengamen mesti menyanyi...hehe. Ada juga penjual makanan/jajan masuk dalam bas, berjualan barang dagangan mereka. Pelbagai cara mencari rezeki, ragam kehidupan.

Alhamdulillah, selamat sampai di Surabaya. Tak turun di terminal Purabaya, turun di pintu gerbang terminal je. Tengok ramai orang local yang turun di sini. Alhamdulillah, keputusan yang tepat, sebab kami berhasrat nak ambik grab ke hotel dan grab tak dibenarkan ambil penumpang di terminal. Nak berjalan kaki dari terminal ke jalan besar ni, agak jauh juga.

Sebelum panggil grab, lepak-lepak di warung makan ni, sementara tunggu my sister pergi tandas.
 

pekena es teh apel dan kurupuk, enak banget

kurupuk warna putih ni gurih & enak
4 keping = 1,000 rupiah je

Ambik grab ke Hotel Sahid, tambang grab IDR 60,000..lebih mahal dari tambang bas..hihi. Terminal Purabaya ni jauh juga dari pusat kota, di bahagian selatan kota Surabaya.


Kembali ke Hotel Sahid
  
Selepas freshen up, keluar semula, menghabiskan sisa-sisa hari Ahad, 21 Juli 2019. Pagi esok dah nak balik ke Malaysia.

24 comments:

  1. sumpah cantik mount bromo ni. tengok gambar2 orang lain ni. bila dapat merasa jejak kaki sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik ciptaan Allah swt..In shaa Allah, one fine day..

      Delete
  2. Replies
    1. mmg betul kenangan..tak pernah seumur hidup tunggu matahari terbit di atas gunung..sanggup bersejuk gigil..hehe..

      blog Cempaka Biru takleh bukak, nak baca kisah travel..

      Delete
  3. Allahu cantik nya view gunung2 tu. Tak sia2 meredah sejuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. view yg cantik, kena bertabah menahan sejuk...

      Delete
  4. Terpegun dengan keadaan muka bumi di sana, masha Allah cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari gunung berapi ke lautan padang pasir, bukit menghijau..sungguh cantik ciptaan Allah..

      Delete
  5. Cantikkan tengok gunung berapi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg cantik..view dia berasap lg cantik..

      Delete
  6. Subhanallah..cantiknyaa view

    ReplyDelete
    Replies
    1. view yg femes..menggamit ramai pelancong..

      Delete
  7. Cantiknya pemandangan.. Macam lukisan.. SubahanAllah..

    ReplyDelete
  8. Indonesia ni memang kaya sungguh dengan keindahan alam. tapi itula.. ujian pun banyak kat negara tu..
    semoga kita semua sentiasa dilindungi kemana saja kita pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya bener..byk khazanah alam semulajadi yg indah2 di Indonesia..
      amiin..semoga kita sentiasa dibawah lindunganNya di mana2 saja..

      Delete
  9. Subhanallah....cantiknya pemandangan 😍❤

    ReplyDelete
  10. wah tenguk Bromo rindu nak pergi lagi. Tapi betul lah memang cantik. Apa lagi kalau kepulan awan berarak diatasnya....macam kapas je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg cantik..tak puas tengok sbb ramai sgt orang kt viewpoint ni...

      Delete
  11. wahh, makcik dh smpi tahun 2019 erk., kemaren x kelihatan gunung Semeru tu sbb ditutup awan tebal,, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tapi tak dapat gi dekat gunung bromo...meletus pula sehari sebelum..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!