Saturday, 12 October 2019

Kdrama : Doctor John @ Doctor Room

Satu lagi kdrama perubatan yang awesome..bermaklumat dan sangat menarik untuk ditonton..


Dr Cha Yo Han, seorang doktor genius, digelar 'Dr 10 Seconds" sebab dapat diagnos pesakit dengan betul dalam masa 10 saat. Disebabkan satu kesalahan menyuntik euthanasia, beliau dipenjara selama 3 tahun dan kemudian kembali semula berkhidmat di hospital diatas rekomendasi dari seorang bekas menteri. Dr Cha dilantik sebagai professor di Pain Management Centre, Anesthiology Department. 

Heroin pula, Dr Kang, seorang pelajar tahun 2 di fakulti yang sama, kembali sambung belajar selepas berhenti kerana mengalami trauma bila bapa dia terjatuh semasa mereka sama-sama buat aktiviti wall climbing dan koma bertahun-tahun.

kecuali Dr Lee dan Dr Kang, pelajar-pelajar lain resah menunggu
profesor mereka yang bekas banduan, Dr Cha, banduan No. 6238

Selama ni saya ingat bila tercedera, semua kita akan merasa sakit..rupa-rupanya ada juga manusia yang tak merasa sakit, yang immune dengan kesakitan dan perubahan suhu - sakit yang dipanggii Congenital Insensitive to Pain with Anhidrosis (CIPA).

 Dr Cha dapat cam seorang pesakit CIPA
macamana dia tahu? sebab dia pun ada CIPA
 
Tapi bagaimana seorang doktor yang ada penyakit CIPA dapat merasai penderitaan yang dialami pesakit beliau sedangkan dia tak pernah merasa sakit? Sangat menarik tema drama ni. 

Banyak kes terminal dieases yang menjadi tema drama ni disamping isu 'assisted murder' dan euthanasia. Pelbagai mainan emosi dalam drama ni - emosi seorang doktor yang ada CIPA, emosi keluarga pesakit, emosi pesakit-pesakit terminal diseases, emosi ibubapa yang kematian anak hingga jadi dendam tak sudah..

Do Doctors have the rights to decide Who Lives and Who Dies? If you can't cure pains, you should stop them. Pain is how our body tries to communicate with us. When something in our body is in danger or is malfunctioning, it tries to tell us that there is something wrong in this area.

Adegan paling sedih bila Dr Kang sekeluarga berkumpul di wad bapa dia yang koma untuk 'last farewell' sebelum doktor menanggalkan life support system..huahua..dan kemudian mengiringi mayat bapa dia ke bilik bedah untuk proses derma organ.

Drama ni habis pada 7 September 2019. Pada 11 September, ada satu kes euthanasia di Belanda. Mahkamah di Belanda membebaskan seorang doktor yang menyuntik euthanasia kepada seorang pesakit Alzheimer's diatas persetujuan pesakit tersebut. Euthanasia dibenarkan di negara Belanda sejak tahun 2002. Kes ini jadi kes mahkamah kerana pendakwaraya merasakan doktor sepatutnya mengadakan perbincangan intensif dengan pesakit sebelum menyuntik euthanasia.
 
At the centre of the case was the question of the woman's ability to consent to ending her life despite her previous statement. "A crucial question to this case is how long a doctor should continue consulting a patient with dementia, if the patient in an earlier stage already requested euthanasia," "A more intensive discussion with the patient" could have taken place before the decision to end her life".

Drama ni ada 32 episod, setiap episod cuma setengah jam. Recommended untuk ditonton.

34 comments:

  1. Saya dh berkurun tak tgk tv..tak tau apa2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kdg2 boring jg tengok tv..tapi drama perubatan korea mmg suka tengok, banyak maklumat boleh diperolehi..selalu tgk kt website..

      Delete
  2. alahaaaiii Jisung handsomenya eeh hehe..
    suka drama Korea sebab sangat informative. sebelum drama betul2 research tentang watak xdela main hentam je buat jalan citer. then xdela 24 jam citer cinta semata hewhew..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jisung cool je berlakon jd doktor..
      ya, betul..banyak medical info boleh dpt dalam drama ni, script writer terbaik, buat detailed research..kisah cinta 2nd couple dlm citer ni yg sweet..

      Delete
  3. Follow juga drama korea ya........
    sama lah kita.......

    ReplyDelete
  4. Opis mate tengah tgk citer ni waktu lunch.. kdg selit jg tengok.. best juga..byk pengajaran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, byk pengajaran, suka tgk drama berinformasi mcm ni..

      Delete
  5. WOW MENARIK DRAMA MEDICAL BANYAK PERKONGSIAN ILMU

    ReplyDelete
  6. owh layan gak citer ni. best gak. banyak info dapat

    ReplyDelete
  7. Tak minat sangat cerita korea ni, lagipun jaaarangla tgk tv skrg ni. Anak2 tgh exam, hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tema doktor2 mmg best, byk pengajaran...budak2 nk exam, kena study..

      Delete
  8. Bagus jalan cerita Doctor John ni kak.. Secara tak langsung kita tahu & ingin tahu terms kedoktoran.
    Ada juga penyakit yang tak pernah LZ tau seperti CIPA. Walaupun bukan bidang kita tapi good for our knowledge..

    Thank you sharing kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. you're welcome..menarik drama ni, dapat banyak knowledge..

      Delete
  9. Huhuhuu... tak layan la citer ni masa ditayangkan tu.
    Baca reviews ni baru tahu kisahnya.
    Nanti nak tengoklah

    ReplyDelete
  10. Ada Jisung! So kena tengok ni. Tapi saya kena tengok dari awal, sebab haritu tengok kat tv dah episode ke berapa so tak faham jalan cerita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jisung berlakon best, cool je...ya, betul, kena tengok dari awal utk lebih faham..

      Delete
  11. hah! peminat KDrama juga ye... drama Korea yg saya pernah tgk Winter Sonata je... hehheh... dah tua ni tak banyak masa nak layan... tp program2 realiti Korea ni mmg best dan saya suka tgk... antaranya "3 Meal A Day... Mountain Village dan Laborhood On Hire"

    ReplyDelete
    Replies
    1. minat jg..layan kdrama yg best2..program realiti pun layan jg..3 Meals a Day at Mountain Village tu mmg best, suka tengok kebun2 sayur..dulu layan 3 Meals a Day at Gochang Village..Youn's Kitchen, Korean Hostel in Spain pun best..

      Delete
  12. Lepas baca review akak ni, buat saya nak menonton. Tapi, itulah entah bila nak menontonnya. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. highly recommended...satu hari tengok 2 episod, sejam je..

      Delete
  13. JM baru tgk baru separuh episod..mmg best..terutama bila pelakon utama tu Ji Sung tu...tengok mata dia..fuhhh!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best kan..rasa byk jg ilmu perubatan yg dpt bila tengok drama ni..
      Ji Sung mata dia dreamy..

      Delete
  14. Memang teruja bila dapat info pasal pesakit tambah yang tak merasa sakit dan juga yang merasa sakit untuk semua kedaan tu.. memang informative.. dan ada satu kes yang melibatkan kehilangan anggota badan tapi dalam masa yang sama masih merasa seolah-olah anggota badan tu masih ada.. memang uniklah kes yang dibawakan dalam drama ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg menarik jenis2 penyakit dlm citer ni, tentang mereka yg ada penyakit kronik..kita pun dapat info yg selama ni tak tau..

      Delete
  15. Drama ni mmg terbaik.. Di samping dpt ilmu perubatan, drama ni bnyk jentik emosi kita.. Setiap scene sedih semua berjaya buat saya menangis.. Good job team doctor john.. Btw team hanse wish club semua best2.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. One of the good kdramas..harap2 ada lah team mcm hanse wish club kt hospital m'sia..hehe..

      Delete
  16. apasal semua komen dr ni cool la ap la..pnggajaran itu la ini la..cm salqh je..patut yy kita dpt bila tgk crita ni adalah perangai..cmner seorang yg memegang prinsip,yg memahami apa itu tanggungjwb,macamana jika kita mmpunyai niat yg benar db baik,itu x mnyalahkn undang2 utk org yg betul2 memahami,tak de prasaan nak tiru2 prangai org lain sebaliknya jd diri sendiri,tau kelemahan diri..dan lain2 lah,rasa tu yg patut diperapkan,bkn dr ni hensom la cool la..blh je x de slh,tp bila tgk citer2 cmni amik la pnggajaran atau sumber ilmu sbnar..kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq for your comment...sgt membina..saya meraikan semua jenis komen samada yg ringan, yg berilmiah, dll. Tahap pemikiran, pemahaman, pencernaan ttg watak, plot cerita, bg setiap penonton itu berbeza..

      ada yg menonton sbb pelakonnya, ada yg for fun, ada yg nk ambik ilmu...raikanlah perbezaan..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!