Tuesday, 29 October 2019

Rezeki Secupak Takkan Jadi Segantang

Assalamualaikum..selamat bekerja semua...

Di hari baru ni, jom kita merenung ke belakang, menafsir peribahasa Melayu.

Rezeki Secupak Takkan Jadi Segantang

Maksud: Perkara atau benda yang sudah tetap, tidak dapat diubah lagi.

Ada orang kata peribahasa ni pesimis, negative thinking. Jika kita berusaha, In shaa Allah, rezeki akan bertambah. Tapi hal rezeki sudah ketentuan dari Ilahi. Walau sekuat mana kita berusaha, jika sudah takdirnya rezeki sebanyak itu tidak akan bertambah atau berkurang..

So, bagaimana bentuknya secupak dan segantang tu? yaa..boleh dilihat di Muzium Negara. Semalam cuti, gi melawat Muzium Negara...lawatan sambil belajar..bawa anak-anak saudara..
 
 No. 3 tu Secupak dan No. 4 ialah Segantang

Yang no. 1 tu dipanggil Kal dan no. 2 ialah Ling


Sedap pulak nama sukatan zaman dahulu kala..Ling, Kal. Kalaulah dikekalkan sampai sekarang, membeli-belah rasanya bertambah meriah, mesra-mesra gitu..ling, ling, kal, kal..hihi..

Lunch time!! jom pi makan.

30 comments:

  1. Manja pulak nanti..Abang nak tu dua ling. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..shopping dgn penuh kasih sayang...bahaya2..hehe..

      Delete
    2. ahahahahaha hahahah.. ok ni lawak..

      Delete
    3. hahaha..tak dapat bayangkan panggil mcm tu..hehe..

      Delete
  2. besar gak secupak tu..ingatkan mcm secawan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah, besar jg kan..ling & kal tu kecik je besar tempurung kelapa..

      Delete
  3. mak saya masih dok guna cupak dan gantang. kita ni la yg nak confuse nya. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya ke...generasi baru ni main kilo je..hehehe...dulu ada timbangan kati..

      Delete
  4. Yg akak igt masa kecik2 dulu,gantang lbh besar dari cupak..

    ReplyDelete
  5. risau gak kalau guna sukatan lama, takut para suami salah sangka.
    Dia ingat org kedai tu skandal kita... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..bila dah ber ling-ling bisa jd salah faham..hihi..

      Delete
  6. biasa kalau tak ingt cupak ni macam mana, teringat cerita ali baba. pinjam cupak. itulah besar dia kan. sama macam dalam gambar hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..ada ye scene tu..tk perasan pulak..filem tu lama jg..thn 60an..

      Delete
  7. Kak.. Nak beli gula 2 cupak & beras 3 gantang...

    ReplyDelete
  8. Bukan budak-budak je teruja , kita yang besar pun teruja kalau melawat muzium.
    Ling dgn Kal tu first time dengar . Thanks for the info sis .
    Jap nak try : Pakcik , nak beli seling beras , 3 kal gandum .
    Heheheheh , comel pulak nama sukatan tu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawa budak2 bwh 12 tahun, mereka teruja lain..lari-lari sana-sini, buat live IG lah, letih..

      You're welcome..akk pun baru tahu...mmg comel panggilan sukatan tu...ling tu paling tak tahan..haha..

      Delete
  9. banyak juga secupak tu. kann,kalau sebutan tu dikekalkan zaman sekarang rasa comel je bila sebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..besar jg bekas secupak tu...tak dpt bayangkan jual-beli kalau guna sukatan ling..haha..mesra je..

      Delete
  10. kita kekalkan la eeeh KG n Gram hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 100% setuju...utk kesejahteraan bersama..hihihi..tak dpt bayangkan kalau guna sukatan ling..mesti bergelak ketawa...haha..

      Delete
  11. Ada peribahasa lama " cupak hanyut"

    ReplyDelete
    Replies
    1. pertama kali dengar..maksudnya takde rezeki rasanya..

      Delete
  12. Bagus juga bawa anak-anak ke Muzium Negara ini.. Banyak yang boleh dipelajari.. Tq share gambar kak.. Selalu sebut je.. rupa bentuknya tak tahu macam mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..banyak yg boleh dipelajari terutama ttg sejarah Malaysia & nusantara...benda yg wujud zaman dulu2, zaman sekrg tengok di muzium je lah nampaknya..

      Delete
  13. secupak tu kalau kiraan dlm kilo berapa agaknya ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tgk bekas tu, rasanya mcm sekilo...agaknya lah..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!