Semalam teman pergi melawat 'rumah degil' di Balai Seni Lukis Negara.
Rumah Degil di perkarangan Balai Seni Lukis Negara
Rumah Degil ni merupakan rumah tradisional Melayu yang asalnya terletak di No. 41 Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Dipanggil Rumah Pusaka Chow Kit, rumah ini dibina pada tahun 1926 oleh Haji Jaafar Sutan Sinombar yang juga dikenali sebagai Sutan Mengatas.
rumah pusaka chow kit di tempat asalnya, diapit oleh bangunan kedai
asal-usul kenapa digelar 'rumah degil' - sumber NST
asal-usul kenapa digelar 'rumah degil' - sumber NST
Tanah rumah pusaka ini telah dijual oleh tuannya. Pembelinya telah membuka dan menyimpan rumah asal ini. Ianya dipasang semula di perkarangan Balai Seni Lukis Negara di Jalan Tun Razak.
Rumah ini adalah struktur tradisional rumah Melayu yang terakhir dimana ia mempunyai kaitan dengan pengasas Kuala Lumpur dari keturunan Mandailing iaitu Sutan Puasa. Sutan Mengatas merupakan anak saudara kepada Sutan Puasa.
Rumah kayu tradisional ini dibina pada ketinggian 3 meter (9 kaki) daripada aras tanah. Dahulunya tiang sokongannya dibina menggunakan batu batu tanah liat buatan tempatan. Pendekatan senibina adalah rumah tradisional Melayu berbumbung potong Perak dengan pengaruh senibina moden. Struktur rumah ibu yang berukuran kira-kira 104.5 meter persegi (1,124 kaki persegi) dibina menggunakan kayu bagi kebanyakan komponen strukturnya.
rumah kecil dibelakang
bahagian dalam rumah
Sangat bagus usaha Jabatan Warisan Negara untuk mengekalkan rumah-rumah tradisional untuk tatapan generasi akan datang.
Semoga terus kekal mengharungi zaman
Teguh berdiri walau dihimpit pembangunan...cantik rumah tu..
ReplyDeleteakhirnya kecundang jg, kak..dah dijual, kini dipasang di Balai Seni Lukis Negara..
Deletemmg cantik..kemas binaannya..
jadi rumah yg di balai seni lukis negara tu yg asal? yg dipindahkan dari chow kit?
ReplyDeletehaáh..yang asal, dipindah dari chow kit sbb tanah tu dah dijual..
Deletethanks for the info..
Deleteyou're welcome..
Deletebinaan warisan yang perlu dikekalkan
ReplyDeletesetuju..rumah2 tradisional Melayu semakin pupus di kotaraya Kuala Lumpur..
DeleteGlamour rumah degil ni sekarang. Baguslah seni bina rumah lama ni dikekalkan. Moga terus kukuh merentas zaman :)
ReplyDeletedah siap dipasang..semoga terus kekal utk tatapan generasi akan datang..
DeleteUniknya.. walau di sekeliling penuh dgn pembangunan pesat..
ReplyDeletebetul tu..sangat menyokong usaha2 mengekal kan warisan seni Sejarah mcm rumah ni..
bertahan lama jg di tempat asal...warisan seni tradisional mmg patut dikekalkan utk tatapan generasi akan dtg..
DeletePaling penting utk tatapan generasi akan datang...:)
Deleteya, betul...rumah2 tradisional semakin kurang...ramai nk duduk rumah batu, maintenance senang..
DeleteSejarah yang tak boleh dilupakan...
ReplyDeleteKat sini rupanya duduk rumah legend tu...
Thanks for the info kak..boleh melawat ni..
you're welcome...kt sini dipasang semula, senang nk melawat..kwsn luas..
Deletewahh baru tahu rumah tradisional yg degil nih..
ReplyDeletetak ramai yg tahu sbb dh lama isu ni, tahun lepas baru ada usaha nk pasang balik rmh ni..
DeleteCantiknya.. Kalau buat rumah bentuk macam nie pun okay juga.. Senang nak kemas.. Harapnya dijaga rapi supaya dapat bertahan menjadi tatapan generasi masa depan..
ReplyDeletesimple jer rumahnya..nmpk senang nk kemas..hehe..itulah bila dah dibwh warisan negara, diharap ada penjagaan rapi..
DeleteDegil2 dia pun last kali kena angkut pi tempat lain juga noo..nasib baik tak kena dihapuskan teruih, selamat lagi dia ada di tempat lain la nih..😅
ReplyDeletedigelar degil sbb tuantanah bertahan nak tinggal disitu walaupun persekitaran dah bertukar jd komersil...mmg ada usaha nak kekalkan rumah ni sbb ada traditional value..Alhamdulillah, pembelinya pun appreciate nilai2 sejarah..
DeleteCantik.
ReplyDeleteMasih kukuh lagi binaan nya.
masih cantik & kukuh..semoga terus kekal..
Deleteteringat kampung baru.harap tak kecundang atas nama pembangunan. Huhu
ReplyDeletebila ada pembangunan semula, mmg selalunya existing buildings akan dirobohkan kecuali yg dibawah warisan negara..begitulah jg dgn Kpg Baru..akan tiada lg kpg tradisional, yg ada hanyalah pencakar2 langit..
DeleteMOGA RUMAH2 DEGIL MELAYU KEKAL DI SINI...KAK TENGUK RUMAH TRADISI KAT KAMPUNG MELAYU SELAYANG KEKAL CANTIK WALAU ADA UBAHSUAINYA
ReplyDeletebegitulah harapannya..semoga terus kekal..baguslah kan..bolehlah gi Kpg Melayu Selayang..
DeleteBaru2 ni kwn ada share artikel pasal rumah degil ni..rupanya kat balai semi negara..baru tahu. Sbb awal thn ri tu ada pergi balai seni negara ni..mmg dh tgk la umah ni..mcm pelik..pesal rumah mcm ni ada kat sini ahli rombongan pun x cite..mmg kami x masuk pun tgk dari luar jek..rupanya rumah degil
ReplyDeleteMmg bagus decision letak rumah degil ni di balai seni negara..dapat jg kita tengok..
Deleteyg menjadi tanda tanya tu selalu peratikan di blkg mesti ada rumah kecik mcm ni. memang dijadikan dapur ke?
ReplyDeleteSelalunya mcm tu lah..
Deletecomelnya nama rumah ni. jangan degil2 tau pasni.. eeh..
ReplyDeletei like it how kadang2 kita masih jaga dan kekalkan yang tradisi. bangunan macam ni memang elok kita expose kat orang ramai especially the younger generations.. biar diorang tahu sikit sejarah lama. xyah kata budak2 mudala.. yang sebaya dengan CT pun tak tahu. cheq pun tak tahuu..
ya, betul utk tatapan generasi muda..bagus usaha utk maintain rumah ni..dah sudah semakin pupus rumah mcm ni di kuala lumpur..
DeleteBaharu Mrs. A tahu kisah rumah degil ni.
ReplyDeletePerkongsian yang menarik thank you ya
you're welcome...lama bertahan di chow kit..bagus usaha utk pasang semula di sini..
DeleteDinamakan "degil" sebab pemilik asalnya tak mahu merobohkan dan dibiarkan je 'terselit' kat celah-celah bangunan batu tu kot! Tp akhirnya kecundang juga... mungkin pewaris dah tak mahu membaikpulih... dan dpt tawaran tinggi... sebab tu di jual agaknya.
ReplyDeleteya, betul..owner nak kekalkan rumah pusaka, tapi persekitaran dah berubah..
Delete