Tuesday, 26 November 2019

Hat Yai: Baan Nakhon Nai Museum, Songkhla

Masih lagi di Songkhla..

Dah kenyang minum air kelapa, sambung jalan-jalan di Songkhla town. Request kat Zul nak pergi pekan lama Songkhla (old town). Zup zap, zup zap, tetiba van berhenti depan bangunan putih ni.
 

Tak tahu bangunan apa. Zul bagitau ni bangunan muzium. Check di google map, muzium ni namanya Baan Nakhornnai Museum. Nakhornnai ialah nama jalan depan ni.

Ada dua bangunan sebelah-menyebelah - sebuah rumah kayu 2-tingkat Chinese-style dan bangunan 4-tingkat warna putih bersenibina Cina-Eropah. Yang rumah kayu dijadikan muzium komuniti, yang bangunan putih 4-tingkat ni ialah hotel butik.
 
rumah kayu yang dijadikan muzium

Kesukaanku!! Masuk adalah percuma. Menarik bangunannya. Jom masuk, sambil tu snap-snap apa yang menarik. Kita masuk bangunan putih dulu.

 ntah apa tulisan ni

banyak koleksi ceramic

pintu berukir dan jubin lantai bercorak

Masuk je ke dalam bangunan, banyak barang-barang antik cina dipamerkan di ground floor


Chinese-style day bed

ceramic vase

kain-kain batik untuk dijual
kain batik sebijik macam di Malaysia

Masuk je ke ruang internal courtyard, hati terpaut dengan suasana vintage.

My mother dan her cucu. Risau tengok cucu yang berlari ke sana ke sini
dengan pasu-pasu seramik yang banyak 

 perigi lama

Jom ke kanan dulu, ke rumah kayu dua tingkat ni. Ada lantai kaca di tingkat atas.

 pasu-pasu disusun secara akrobatik

tak tau apa


pandangan belakang, pinggan-pinggan ceramic dilekat di dinding
ada juga koleksi pasu disusun sebegitu rupa

dua bangunan bersentuhan

batu dan kayu

meriam lama

tingkap yang klasik

di tingkat atas penuh dengan gambar dan perabut antik

glass floor

aiskrim durian dan manggis yang sangat 'tempting'
ada orang komen di tripadvisor, katanya sedap
tapi tak tahu halallan toyyiban ke idok

rumah kayu setingkat yang mengadap jalan

pasu ceramic yang unik design nya

cantik design nya

ada pasangannya

ceramic gambar kijang

pandangan belakang

Rumah kayu ni menempatkan koleksi gambar hitam putih dan ukiran-ukiran (sculpture) kepunyaan the late King of Siam, iaitu King Bhumibol Adulyadej. Gambar-gambar di masa the late King Bhumibol jadi raja Siam.

 pandangan depan

gambar ni yang menarik perhatianku
sebab ada gambar yang ini

Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin 
Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
semasa jadi Yang Dipertuan Agung ke-12 dan Raja Perempuan Perlis

ini tak tau gambar siapa, tulisan siam
gambar king masa muda kot

piring seramik gambar ikan

Tamat sudah lawatan di muzium kecil ni tapi penuh dengan bahan-bahan pameran. Teruja tengok koleksi ceramic yang pelbagai bentuk dan design.

muzium kecil yang sarat dengan sejarah

butik hotel

Kalau ikutkan hati, nak je jalan-jalan sambil snap-snap gambar pekan lama Songkhla ni. Ada banyak lagi tarikan di sini seperti mural-mural, kilang beras lama (red rice mill), apochetary of Singora. old town Songkhla gate, kedai-kedai vintage. 

Jalan-jalan di kota lama Songkhla terasa aura seperti di Melaka dan Penang. Old town vibe. Songkhla old town juga sedang berusaha untuk mendapat pengiktirafan Unesco world heritage site.


Bangunan-bangunan lama di Nakhonnai Road

Disebabkan hari pun dah tinggi, cuaca panas pulak tu, dengan bawa budak-budak lagi, terpaksalah cancel hasrat di hati dan teruskan perjalanan balik ke Hat Yai.

Laew Phop Kan Mai Na Krab, Songkhla (see you again Songkhla)..

28 comments:

  1. tempat yang menarik dan klasik juga tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bangunan klasik, barang pameran pun klasik & vintage..

      Delete
  2. Banyak vase ceramic besar-besar kalau bawak budak-budak under 12 memang seriau la heheheee

    ReplyDelete
  3. Menarik pinggan dan pasu seramik tu. Sekali tgk macam suasana kat Penang tempat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak koleksi ceramic, mcm2 design..suasana vintage..

      Delete
  4. Best la jalan jalan tempat bersejarah macam ni. Luas pengalaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah tau ada muzium ni, Alhamdulillah, ada orang yg bawakan..

      Delete
  5. Berkenan pulak tgk seramik vase tu...unik dan cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasu/pinggan seramik kat sini mcm 'rare' design2 yg jarang jumpa..

      Delete
  6. Menariklah museum ni. Banyak benda lama yang menarik dan berseni. Photoshoot luar dan dalam bangunan ni pun mesti cantik sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..photoshoot sgt menarik di sini..gaya2 vintage & klasik..

      Delete
  7. Banyaknya pasu besar2, ada yg menarik ada yg agak ngeri bentuknya haha. Tapi saya suka perigi lama tu, throwback masa kecik2 dulu sempatlah juga mandi air perigi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perigi tu yg mahal..dah lama x jumpa...pasu seramik mcm2 design..

      Delete
  8. kalau pergi bandar2 ke pekan2 cemni suka observe binaan diorang. ct xdela appreciate sngt tp suka juga layan sebab disebalik binaan2 tu ada identity masyarakat disitu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bangunan2 lama bagaikan menceritakan kisah silam sesuatu tempat..selalu tengok bangunan baru, sesekali tengok bangunan lama, rasa best jg..hehe..

      Delete
  9. antiknyaaa.. tak singgah sgt kat songkhla. lebih kepada hatyai tu pun tak habis explore

    ReplyDelete
    Replies
    1. both bangunan dan barang2 dalamnya antik & vintage...sebenarnya tak tau pun ada muzium ni, driver yg bawa...next time bolehlah gi sini..

      Delete
  10. menariknya muzium dia . Sesekali sronok melawat tempat bersejarah nie . Ada banyak benda baru yang kita dapat .

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun kecik tapi menarik...banyak gak bahan2 pameran..koleksi seramik tu yg mahal..

      Delete
  11. Alamak kalau bawak budak2 area ni kena make sure diorang behave kan..risau pasu tu terlanggar..seriau tgok pasu tu di susun macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, kena pegang tangan tak bagi lari sana-sini, buatnya terlanggar pasu2 tu, ya ampun..cannot imagine..scary gak tgk susunan pasu2 tu..hehe..

      Delete
  12. Wahh.. Sukanya pergi tempat bersejarah macam tu. Saya suka suasana macam tu. Rasa macam pergi ke zaman lama pun ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. suasana klasik & vintage...khazanah lama terjaga rapi..

      Delete
  13. Jarang tengok orang cover Songkhla old town. Kaki bergambar dan peminat bersejarah mesti suka. Kak nohas suka architecture kan tak silap saya. Oh by the way dah dapat your email. Thank you so much

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg target nak gi old town sbb katanya mcm Melaka & Penang...suka tengok bangunan, kerja bidang ni...

      you're welcome, trylah emel, mana tau ada rezeki..all the best!

      Delete
  14. kalau pergi dgn budak2 mmg x leh nk renyah sgt..bila panas mcm tu kang ada lak yg dahga la nk itu itu ini la..kan! heheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut pendapat ramai, ada bantahan..takpelah..tengok kat google street view..hehe..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!