Friday, 15 November 2019

Hat Yai : Night market @ Lee Gardens Plaza

Assalamualaikum...  

Memulakan catatan kenangan family trip ke Hat Yai, Thailand. Trip penutup tahun 2019.

Flight ke Hat Yai Airport smooth je, dengan sikit turbulance. Sampai di airport, proses imigresen dibantu oleh pegawai yang comel lote yang check arrival/departure card. 

Keluar je pintu arrival, terus nampak yang ni. fuhh..apakah ini dong?

 Raja Thai - King Maha Vajiralongkorn

Tak tahu lah acara apa ni. Ada buku warna emas di belah kanan, ada pen juga. Untuk tulis kata-kata ucapan kot, ntahlah tak tengok pun buku tu. 

Terus berjalan ke arah pintu keluar, ada booth teksi. Ambik teksi ke Hat Yai town. Sepanjang jalan, penuh dengan gambar king. Nak kata birthday, bulan Julai birthday dia, nak kata coronation day, bulan Mei (siap check internet...hahaha). Mungkin King buat lawatan rasmi ke daerah Hat Yai ni gamaknya.

 Long live the King

Dah check-in hotel, freshen up, baring-baring, rehat-rehatkan diri, kemudian keluar jalan-jalan cari makan. Tempat yang dituju ialah pasar malam yang famous di Hat Yai, iaitu yang depan Lee Gardens Plaza Hotel.

On the way ke plaza, ramai dah buka gerai jualan. Majoriti peniaga Muslim. Halalan toyibban.

Udang galah

 udang galah dan ayam goreng

gerai roti

Dekat nak sampai ke plaza, hujan renyai-renyai. Maklumlah pergi di bulan November, nak masuk musim tengkujuh, maka hujan lah selalunya.

 Masa ni masih petang, belum ramai lagi peniaga

Jalan-jalan dalam Lee Gardens Plaza dulu. Cuci mata. Lee Gardens Plaza ada hotel dan juga shopping mall.

 
 cute chocolate

kenangan zaman belajar..huhu..Boots takde kat Malaysia

Turun di tingkat bawah pula, nak cari supermarket sebenarnya. Nampak food court, decided untuk makan di sini sebab selesa. Tak ramai orang. Budak-budak dah berlari ke sana kemari, main kejar-kejar.

 

Ada dua kedai halal, satu masakan panas, satu lagi kedai roti canai

kedai muslim

Saya order nasi goreng tomyam seafood. Kureng sikit rasanya. Yang kat Malaysia lagi sedap..hihi..harga THB 60 (RM8.40).

Dah selesai makan, pi jalan-jalan di luar, jamu mata, tengok apa yang best. 


deretan gerai-gerai

tersenyum manis adik ni, semanis buah

sutun kering

makanan wajib - pulut mangga

sate ayam

Beli udang galah goreng, 10 ekor = THB 300 (RM42), teringin nak rasa, tapi bila tengok penjual tu goreng balik, kasi panas, minyak goreng punyalah hitam. redho je lah.  kakak beli pulut mangga. Tapau, makan di bilik hotel.

makan secara berjemaah, meratah udang galah

Malam terakhir di Hat Yai, pergi lagi night market. Jalan-jalan di waktu malam pula, pukul 9.30. Meriah dengan lampu-lampu. Jumpa ramai orang Malaysia kat area ni.


Singgah gerai buah kelapa, nak beli aiskrim kelapa

aiskrim kelapa dengan pelbagai topping
harga THB 50 (RM7.00)

Alhamdulillah, acara makan-makan di sini sangatlah meriah. siap duit je.

22 comments:

  1. kalau baca travelog orang ke Hatyai ni memang keje telan ailiooo jele jawabnya. tingin nak pegi tapi tak pegi2 lagi bahaha.. memang takleh lari la dengan makanan2 diorang. the pulut mangga tu ohhhmai !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penang dah dekat,weekend getaway pun boleh..hehe...Thai foods mmg sedap..pulut mangga yg terbaik..kegemaran ramai..

      Delete
  2. Belum sampai lg hatyai...sedapnya makanan kt pasar mlm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap,kak..harus dicuba kalau ke Hatyai..

      Delete
  3. Memang merata nampak gambar raya dorang... Rakyat Thai memang sayang raja mereka dan sentiasa mengalu-alukan kedatangan raja kekawasan kediamanan mereka.

    Memang tak boleh tahan tengok udang galah besar-besar yang di jual di gerai2 tepi jalan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lupa..depa sambut perayaan Loy Krathong malam Isnin tu..betul,rakyat Thai mmg sayang king mereka...

      terliuq tengok udang2 besar..hehe..

      Delete
  4. Oh lupa... jumpa ramai org M'sia kat area Lee Garden Plaza tu... nohas tak nampak saya.. hheheheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo..ada kt situ malam Sabtu tu ke?..hehe..jln menonong je sbb hujan..Isnin malam baru jln santai2 sbb tak hujan..Isnin malam tu ramai orang malaysia kt area Lee Garden..

      Delete
  5. sekarang ni musim orang malaysia ke thailand kot. ramai bebenor rakyat malaysia ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb dekat kot, duit pun murah jg compared to Singapore..

      Delete
  6. Memang meriah betul makanan dekat Night Market tu. Keliur tengok. Kalau dapat pergi, maunya semuanya saya nak beli. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg terliuq tengok udang galah melonggok mcm tu..hihi..yg pulut2 tu mmg kureng sikit, adik & anak saudara yg suka..

      Delete
  7. comel food court tu. saya kalau gi sini boleh naik berat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aktiviti makan2 street foods mmg sangat best..takpe, lepas makan kita exercise jalan kaki..hehe..

      Delete
  8. macam manis jer penjual perempuan tu...

    yang lain tak berminat sangat hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohohoo..nmpk yg manis2 je..haha..saya minat makanan je..hehe..

      Delete
  9. tak tahan tgk udang tu
    memanggil - manggil
    terliuq hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. udang galah tu mmg terliuq tengok...dah target nak beli masa tengok blogger2 lain dok share..hehe..

      Delete
  10. kalau pergi pasar mlm ni mesti carik pulut mangga dan udang galah tergolek tu hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. terliuq tengok udang galah tergolek..hihi..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!