Friday, 22 November 2019

Hat Yai : Chabura Dim Sum | Masjid Songkhla | Pantai Samila

Salam Jumaat...sambung kisah trip Hat Yai..

Isnin, 11 November 2019

Hari ni kita jalan jauh sikit, ke utara Hat Yai, ke Songkhla. Sebelum tu singgah sarapan di Chabura Dim Sum. Hari ni kita naik van Thai bersama driver-cum-tourist guide, namanya Zul, orang Melayu Satun. Peramah orangnya..hehe..sepanjang jalan asyik bercerita tentang diri dia je, ntah nak percaya ke idok..iyo je lah..

 Chabura Dimsum, salah satu dimsum halal yang femes di Hat Yai

Nak makan dimsum, akan diberi satu tray dan juga nombor, pilih dimsum yang disukai. Selain dimsum, ada juga menu lain - sup-sup, goreng-gorengan. Mother order nasi goreng.

 pelbagai dimsum

Dah ambik dimsum, bagi tray kat pekerja, ambik nombor, tunggu di meja, nanti depa hantar

tempat mengukus dimsum


dimsum yang siap untuk dinikmati. 
Kureng sikit rasanya compared to dimsum di Malaysia

air teh tidak dilupa, sedap teh Thai

Nampaknya makan dimsum ni tak kejap perut (cakap orang utara), nak nasi juga. Order nasi goreng ayam kunyit.


nasi goreng ayam kunyit - terlebih masin ayam kunyitnya

Sarapan sudah, jom shoot ke Songkhla. Singgah ambik gambar di Masjid Besar Songkhla (Songkhla Central Mosque), kawasan ala-ala Taj Mahal, dengan kolam air yang panjang di depannya.


Masjid yang ramai pasangan dari Malaysia datang untuk menikah. Tak singgah pun masjid, terus ke Songkhla melalui pulau Ko Yo.



Lokasi Pulau Ko Yo di Tasik Songkhla, kena lalu dua jambatan. Dari jambatan pertama, dari jauh nampak patung Buddha warna emas tengah baring (Reclining Buddha). Nampak bahagian belakang patung ni, besar gilak.


source: internet

Masuk jambatan kedua pula, dari jauh nampak satu binaan besar bentuk siput. Belum siap lagi, kata Zul. Di Pulau Ko Yo ni femes dengan buah ciku. Teringin gak nak beli.  Di sepanjang jalan, nampak banyak gerai, tapi takde orang berniaga. Kosong semuanya. Mungkin waktu pagi, takde yang berniaga. Takde rezeki..

Perjalanan diteruskan ke jeti feri, untuk menyeberang ke Songkhla, nak pi Samila Beach.

 lokasi jeti feri dan Samila Beach, lalu depan pejabat konsulate Malaysia
skodeng orang nak daftar nikah..hehehe..

 Tambang feri cuma THB 20 je, tak perlu turun van, macam feri kat Penang. Selain kenderaan, ada juga pejalan kaki yang naik feri ni.

 feri dari seberang dah mai

dah masuk dalam feri

Zul suruh kitaorang karaoke sementara tunggu feri jalan..tak kuasa den..
 audio visual dalam van ni memang terbaik

feri dah bergerak

 menghampiri jeti di seberang

Alhamdulillah, selamat sampai di seberang Meneruskan perjalanan ke Samila Beach, yang femes, yang ada patung ikan duyung warna emas. Ikan ke manusia? Mitos, badan manusia, ekor ikan.

Samila Beach  yang cantik & bersih
patung kucing dan tikus, teringat kat Tom & Jerry..hihi..

Selamat bercuti di hujung minggu, dah start cuti sekolah..yuhuu.

Bersambung next entry. Khap khun khaa..

34 comments:

  1. Replies
    1. byk pilihan dimsum..rambang mata nak pilih..hihi..

      Delete
  2. Entri yg membuatkan akak terasa2 nk kesana skrg jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah dekat, kak..tunggu sihat dulu..baru best nak jalan2..

      Delete
  3. Mana tahu kat masjid tu ramai org M'sia kawin lari kat situ... hahhahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. driver yg bagitau, kalau sapa2 nak check nama, boleh contact dia..hahaha..

      pernah baca dlm satu blog, blogger tu pi masjid ni, jumpa dgn imam, imam tu tunjuk nama2 org m'sia yg datang nikah kat masjid ni..huhu..

      Delete
    2. Blogger tu kalau bukan wartawan tentu penyiasat upahan isteri pertama.... hehehe...

      Delete
    3. haha..depa sewa tuk-tuk, driver tuk-tuk tu yg kenal imam masjid..

      Delete
  4. Comei sungguh dimsum-dimsum kat situ 😆

    ReplyDelete
  5. Nasib baik saya tak ikut sekali. Disuruh karaoke mau hujan lebat kat hat yai tu. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..itulah kalau hujan, susah nak jalan2..hihi..driver dah biasa bawa pelancong, ada yg nak karaoke..

      Delete
  6. Banyak tempat menarik kat Hatyai ni. Suka tengok masjid tu ala seni bina Taj Mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak tmpat boleh gi di Hatyai & Songkhla...syahdu je tengok masjid tu..

      Delete
  7. sedapnya dimsum..haha nampak gmbr maknn je sbb tgh lapar

    ReplyDelete
    Replies
    1. dimsum ni so-so je, kureng sikit rasanya..

      Delete
  8. tengok tajuk ni tau daaaa ct bakal stress dengan gambar2 dimsum yang ditayang. hahahaha geramnya !!
    dalam ramai2 kawan yang da penah pegi ada 1 orang yang cakap sini x sedap. pape pun kena p cuba sendiri kann sebab tekak kita beza2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi akak, rasa dimsum di sini tasteless, kalau di M'sia, makan saja pun dah sedap, belum cicah sos lg..tapi itulah kan, ikut tekak masing2..kena gi Hatyai nih..hihi..

      Delete
  9. Masjid yang ramai pasangan dari Malaysia datang untuk menikah ...

    teringat pulak nak nikah...tapi bukan sana..

    kat Malaysia lagi bagus hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga tercapai hajat dihati..baca kat blog Sal, katanya nak tamatkan zaman solo tahun 2020..perkara baik afdal dicepatkan..Alhamdulillah..

      Delete
  10. tak lalu pulak jambatan tu.. hehehe. kami naik bas dr Malaysia ikut laluan lain. menarik kalau tgk peta. besar jugak pulau tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni dari HatYai ke Songkhla...ada dua laluan..Pulau Ko Yo tu besar jg, one of attraction kat Songkhla..

      Delete
  11. Nampak sedap dim sum tu...cuaca sana panas ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dimsum tu kureng sikit bagi saya...cuaca lebih kurang mcm di Malaysia..

      Delete
  12. Tengok dimsum yang burung hantu macam menarik je. Hahaha. Pertama kali saya makan dimsum masa di HK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cute2 design nya...mesti sedap dimsum di HK, authentic..

      Delete
  13. kalau ke Hatyai mmg wajib masukkan songkla dalam LIST..pergi tgk mermaid hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul..pantainya cantik..mermaid tu seksi sgt..segan lak nak tengok..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!