Monday, 17 February 2020

Nasi Minyak John

Assalamualaikum semua..

Kembali bersiaran setelah tiga hari yang hectic. Ada kursus di Kemaman, Terengganu. Walaupun, Kemaman lebih dekat dengan Kuantan, tapi ambik flight ke Kuala Terengganu, sebabnya:

1) nak makan nasi minyak john 
2) nak lalu jalan tepi laut 
3) nak pergi pasar payang baru 
4) nak lalu jambatan angkat

Alhamdulillah, semuanya dimakbul Allah swt. 

So, dari airport, lalu di Jambatan Angkat (Drawbridge) ke bandar Kuala Terengganu, terus ke Restoran Seerai Wangi di Jalan Tok Lam/Lorong Haji Jamil, nak makan nasi minyak john. Alhamdulillah, pakcik grab tahu restoran ni. 

Dari tahun lepas, teringin nak makan nasi minyak ni, tapi tak kesampaian sebab dah habis. Alhamdulillah, tahun ni dapat merealisasi hasrat yang tak kesampaian tu. Restoran buka, di hari cuti, di pagi hari Jumaat.

dari jauh dah nampak tulisan 'ADA'

 yeayy..

 rupa-rupanya nasi minyak john ialah specialty restoran ni 
satu je menu sarapan pagi

dua periuk besar gulai ayam & daging

gulai ayam
 
gulai daging

nasi minyak john + gulai ayam & telur
harga semua RM7.00, nasi & gulai ayam = RM5.00 
telur = RM1.00, teh o panas = RM1.00

The verdict: Sedap, I like. nasinya lembut, fluffy, tak berminyak walaupun nama nasi minyak, gulai ayam yang cair, tak heavy. Sesuai dimakan di waktu pagi. 

Ramai pelanggan yang datang, tak putus-putus, nak makan nasi minyak di sini, yang bungkus. famili cina pun ada datang makan, full house. Semuanya orang local, saya sorang je yang snap-snap gambar.

Jangan lupa singgah makan nasi minyak john di sini kalau ke Kuala Terengganu.

30 comments:

  1. Kak.. sha terus bookmark dekat map Google tau.. Harapnya ada rezekilah sebab ada perancangan nak ke Terengganu nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo..selamat mencuba, semoga ada rezeki mkn nasi minyak john..

      Delete
  2. Amboi dia mkn nasi minyak john lagi...best kan terenganu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..teringin dari tahun lepas..best terengganu..

      Delete
  3. Nampak lain nasi minyaknya. Alhamdulillah lepas rasa nak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur..nasi minyak nya lain dari belah pantai barat..

      Delete
  4. Replies
    1. sedap..I like..bolehlah try kalau ke KT..

      Delete
  5. Teringin jugak nak try rasa... Tp entah bilala lepasnya ke Terengganu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ajak kawan holiday di Terengganu...best jg..

      Delete
  6. Replies
    1. itulah..hehe..tak tau mcm mana boleh dpt nama tu..

      Delete
  7. Rupa nasi tu menarik. Sebab warna dia tu kot. Hihi

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah termakbul hajat di hati ^_^

    ReplyDelete
  9. SEDAP YA NASI MINYAK JOHN KALAU KE SANA NK CUBA JUGA

    ReplyDelete
  10. nmpk sedap dan menarik nasi minyak john tuuuh., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap Wak, kaler pun menarik..harus dicuba..

      Delete
  11. Lain sikit color nasi minyak john tu ya kalau nasi minyak kat NS takde color merah-merah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..lain kaler nasi minyak ni banding dgn nasi minyak di belah pantai barat..

      Delete
  12. Nampak sedap, harga pun OK sangat tu 🤓👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap, recommended..harga ok, standard mcm tu...

      Delete
  13. oh ntah bila nak ke terengganu lagi >.<

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!