Friday, 21 February 2020

Tips Kesihatan : Piramid Aktiviti Fizikal

Salam Jumaat..

Semoga semuanya sihat walafiat, fizikal, mental dan spiritual. Badan sihat minda cerdas. Untuk mendapat fizikal yang mantap, mari kita tengok Piramid Aktiviti Fizikal.

Bukan makanan je yang ada piramid ya, aktiviti fizikal pun ada piramidnya.

sumber: Musmedik

Setiap hari
Dibawah sekali dalam tingkatan piramid, yang kena banyak kita lakukan setiap hari, aktiviti harian seperti berjalan kaki, berkebun, membuat kerja rumah, turun naik tangga.

5 - 6 kali seminggu 
Lakukan aktiviti berintensiti sederhana 30 minit sehari. Contoh aktiviti : berjalan pantas, menari, bersukan, latihan aerobik.

2 -3 kali seminggu 
Lakukan aktiviti untuk meningkatkan kelenturan, kekuatan dan ketahanan otot. (strength training). contoh aktiviti - regangan, latih tubi, angkat berat (dumb bell)

di puncak piramid, yang paling sikit - Hadkan/Kurangkan
aktiviti sedentari (kurang aktif) seperti main game/whatsapp di komputer & handphone, tidur..

Ok, kawan-kawan, jom kita beriadah tapi jangan overdone, buat warming up dan warming down sebelum dan selepas exercise. Dapatkan nasihat doktor sebelum melakukan aktiviti berat.

22 comments:

  1. terima kasih di atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  2. Rupanya ada piramid juga aktiviti fizikal.
    Pernah dengar buat kerja rumah bukan aktiviti fizikal. Nampaknya orang tu silap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun baru tau..hehe..kerja rumah tu aktiviti yg buat kita aktif..bukan tujuan utk sports..buat otot kita bekerja..

      Delete
  3. Berjalan pantas tu mungkin boleh cuba buat tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg senang dibuat..nk jogging kdg2 segan jg..

      Delete
  4. Bila dah mwningkat usia, penjagaan kesihatan lebih rumit kan☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul..kena dpt nasihat doktor, exercise apa yg sesuai..

      Delete
  5. sesuai sangat entri ni untuk kakak.. hee~ sekarang ni kakak sibuk menjaga kesihatan yang dah lama diabaikan.. doakan kakak baik2 saja tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tindakan yg bagus..semoga tercapai matlamat..

      Delete
  6. Good sharing KakNO 👍🏻✨

    Tiap-tiap pagi cheq mesti buat aktiviti stretching campoq senam robik sikit dalam 10 minit. Lepas tu mandi, kendian sarapan. Baru la badan rasa segaq nak buat kerja, berjalan pun laju ja 😎

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus..boleh istiqomah..badan sihat minda cerdas..

      Delete
  7. menarik..thank share.baru tahu aktiviti pn ade piramid.ingt makanan je..ehehhe

    ReplyDelete
  8. saya buat yang base dengan puuncak je. tengah-tengah tu hilang. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngelat..hihi..tak pe, asalkan kekal aktif..

      Delete
  9. waalaikumussalam. wah ilmu baru. selama ni ingat piramid makanan ja. ni piramid aktiviti fizikal lak ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh amalkan dua2 piramid ni..inshaa Allah, utk kesihatan..

      Delete
  10. Adoi.. nak kena berjalan balik ini..Lama sangat stop dah.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. berjalan exercise yg paling mudah...paling best, berjalan dlm shopping complex..tawaf byk kali pun takpe..hahaha..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!