Wednesday, 19 February 2020

Pengalaman Bermalam di Capsule Transit, KLIA2

Salam semua..

Cerita gi Kuala Terengganu hari Jumaat lepas. Sebab flight awal pagi, hari Khamis malam, dah bertolak ke KLIA2, 'night at the airport'. Kali ni, check-in hotel kapsul di tingkat P1, saja nak merasa. Dah banyak kali juga tidur di airport, selalunya tidur di surau je.
 
 Hotel Capsule

 proses check in mudah je, pilih berapa jam, isi borang & bayar 
and off you go with the touch card and satu beg hitam

Capsule Transit ni ada single & double room. Masa pula ada 3 jam, 6 jam dan 12 jam. Room rate untuk single room - RM108 untuk 3 jam, RM118 untuk 6 jam. Saya pilih single room untuk 6 jam.

Dah settle semua, jom kita masuk. Ada separate entrance untuk lelaki dan perempuan. Ada juga yang mix area.

layout container

tingkat bawah

Dapat tingkat 1, berkeriut-keriut juga bunyi bila naik tangga

kontena di tingkat bawah & tingkat satu 

menuju ke kontena no. 222

tempat beradu - ada tilam dan bantal yang empuk
ada power point, cermin and selipar

Kecik je, kalau ada beg troli yang besar tu memang tak muat. Ada tempat simpan luggage di luar kawasan hotel (milik hotel capsule juga). Tapi kena bayar jugalah, yang tu tak tahu berapa harga nya. Jiran sebelah saya tu selamba je letak beg troli kat luar bilik kontena dia.

ada telefon juga, boleh request wake-up call

smoke detector

dalam beg hitam ada tuala, air botol, berus & ubat gigi dan penutup mata
masa check out cuma pulangkan tuala saja

bilik air dalam kawasan hotel
sempit giler toiletnya, ada shower juga

Masa check out, dapat ni - energy pack katanya

 
Alhamdulillah, oklah

Overall, good idea buat hotel capsul macam ni. Bolehlah baring-baring sementara tunggu flight. Tapi tak sesuai bagi mereka yang ada claustrophobia (fobia berada ditempat kecil dan sempit). Boleh lemas jadinya.

Lokasi hotel pun bagus, depan surau dan toilet airport. Lebih selesa guna toilet airport yang besar dan bersih.  

Pilihan yang baik bagi mereka yang nak bermalam di airport KLIA2..

28 comments:

  1. Mahal jugak ya...utk 3 jam rm103..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya mcm tu..jam2 yg pertama tu mahal sikit harganya..berbaloi amik yg 6 jam..seploh ringgit je bezanya..

      Delete
  2. Ni memang sesuai untuk yang tunggu penerbangan sebab ikut jam. Baru tahu ada hotel KLIA 2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesuai kalau flight awal pagi, boleh bermalam di sini...sekrg ni hotel kapsul ni dah expand, dah ada di wing belah satu lagi..jenis premium..byk pemintaan kot..

      Delete
  3. wahh mcm tgk movie time travel je capsule nih., hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..time travel to the future..mcm spaceship pun ada jgk..

      Delete
  4. Salam, saje je jalan2 singgah sini. Cari n add lah fb bunda.. nora dee

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..lama tk ketemu..insyaaAllah, jarang buka fb..

      Delete
  5. Boleh tahan jugak harganya tuh! huhuhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau di luar, harga tu rate utk one-night stay..kat airport sewa mahal..

      Delete
  6. Tengok bilik je pun dah macam sesak nafas... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..nak berdiri pun tk boleh, mengesot je..tapi tilam & bantalnya empuk..

      Delete
  7. jauh kak kursusnya...CPD???
    yup mmg agak rengsa kalau flight early morning..
    klu flight dlm negeri sempat lg klr pukul 5.30 pg. klu tak beriringan dgn orang yg pegi kerja..dr putrajaya ke KLIA dlm 25 min jer
    Tu pun banyak ample time..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kursus bendahari persatuan..belum lg pi CPD..
      itulah selalu tidur kat airport kalau flight awal pagi, takut nak keluar rumah 3-4 pagi..
      dari putrajaya dah dekat, boleh tido kt rumah je..

      Delete
  8. Menarik! tapi saya tak boleh... kecik sgt... muat2 utk baring saja. Tak lelap saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..muat utk baring je..mmg tak lelap..hehe..

      Delete
  9. Ok jugak tempat ni..lebih selesa kalau nak tunggu flight.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok jg, boleh baring2, layan2 hp in privacy..

      Delete
  10. Menarik untuk dicuba ni nanti kalau cheq terpaksa fly awai pagi kelam2 buta, kena pejam mata ja masa nak bayaq RM118 tu nanti 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, recommeded, boleh baring2..adalah sikit privasi...

      Delete
  11. saya cannot la, rasa 'lemas' je. takpelah, simpan tido untuk dalam flight nanti. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. best - tilam bantal empuk...sebenarnya nk privasi, rilek2 kan badan..

      Delete
  12. sempit jugak tempat nya. tapi kalau nak baring rehat kan badan, boleh ja ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. muat2 katil ni je..oklah..selak birai, terus terjun atas katil...hehe..

      Delete
  13. Kalau Sha nie memang tak boleh ini.. Lemas rasanya.. tengok gambar pun dah sesak nafas.. huhuhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada org takleh tempat kecik mcm ni..saja utk baring2, layan hp, takleh tidur..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!