Wednesday, 4 March 2020

Jalan-Jalan di Bandar Kuala Terengganu - Part 2

Sambung kisah jalan-jalan di tengah bandar Kuala Terengganu. 

Jalan-jalan di kawasan belakang hotel, cari gerai makan di kawasan tempat letak kereta. Tengok gerai baru buka, malas lak nak tunggu, jalan lagi. Nampak dua kedai ni....

MyKori dan Myeongdong Topokki

Tetiba teringin nak cuba flavour lain MyKori nih, terus menyeberang jalan, masuk ke dalam kedai, order flavour Mango Cheesecake..

Mango Cheesecake...kureng sikit rasanya...

Dah habis makan, sambung berjalan lagi, nak cari dinner pula..hehe...berjalan menuju ke Jalan Sultan Ismail, kiranya buat satu pusingan

cute je bangku buah

menarik namanya - Syrup VS Soda
ingatkan nak makan di sini, tengok ramai orang, penuh, tak jadi 

Sambung berjalan, menuju ke Jalan Sultan Ismail..nampak kedai ni..

Restoran Jepun
ada western juga

Tetiba rasa nak makan di sini, Japanese food, tadi MyKori pun jepun juga, so tema malam ni ialah Nippon di Kuala Terengganu..hihi..

siap tulis nama chef, confident sikit bila nampak 
nama 2 assistant chef tu..haha..



Jom order. Perghh..tebal buku menunya, banyak betul pilihan..authentic Jepun

sushi-inari

pilih yang ni cha soba

Prawn tempura cha-soba
hot & cold - hot matcha tea with honey and cold cha-soba

udang tempura tu sangat sedap. mi soba sejuk makan dengan sup masam
 yang sejuk juga, pengaruh program realiti korea 3 meals a day
tengok depa makan mi sejuk, bubuh ketul ais..pengaruh tv betul..haha..
 
Oklah dinner, harga pun reasonable, RM20++. Dah habis makan, berjalan balik ke hotel. Jumpa kedai buku yang awesome, SMOBookstore, masuk sekejap. Terpandang kat depan, di antara  dua bangunan, ada satu lorong, ternampak sesuatu yang menarik..bercahaya..let's check it out..laju je melintas jalan, ooo..bangunan UTC rupanya..yeayy...ada shopping complex..

 Paya Bunga Square

bangunan UTC Kuala Terengganu
 
 shopping complex yang moden
 
 best juga kedai-kedai di sini

 ada banyak restoran femes - Seoul Garden, Sushi King, Boat Noodles
Seoul Garden dalam tulisan jawi, comel je pink Panda menyorok

kalau berada di KT, bolehlah makan-makan di sini..

Hari Ahad, balik KL flight pukul 8.20 pagi. Sekian saja kisah jalan-jalan di Kuala Terengganu. Alhamdulillah di atas kesempatan ini.

22 comments:

  1. SEDAP NAMPAK MAKANAN JEPUN KAT KT

    ReplyDelete
  2. Ni betul2 berjalan..dpt tengok dan tau mcm2.

    Teringin nak try makanan Jepun..tapi risau takleh telan membazir duit pulak..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila berjalan kaki, mcm2 boleh jumpa..the road less travelled..

      try sushi atau tempura..dua ni ok..

      Delete
  3. Pernah masuk sushi king...akak minum soda ja tp anak2 mkn mcm tak mau blk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg ralit mkn kt sushi king, tengok piring berjln..hihi..minat sushi anak2 akk..

      Delete
  4. Seronok jalan-jalan sambil makan.
    Tak sangka di KT ada restoran Jepun yang nampak mewah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg tak sangka..banyak menu nya..nmpk mcm authentic japanese cuisine..

      Delete
  5. Ohh ni shopping mall yg baru bukak tu, boleh jalan2 sana nanti.. Lama tak jalan2 KT padahal tak sampai sejam pun ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nmpk mcm baru buka..masih berkilat..byk restoran femes..

      Delete
  6. Rata berjalan ek, saya yg asal teganu pun tak pegi lagi ke sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jln dekat2 hotel..byk jg tmpat menarik..

      Delete
  7. Pizza Liza tu tak try ke kak..saya tengok IG dia tarik pizza cheese with the gebusness of the doh..tu...teringin sangat..hehehehehe..

    Paya Bunga Square tu dulu bukan quite sometimes abandoned building kan...lama bebenor tak explore KT..last 2 years pegi..ke Masjid Kristal jer then off ke KB...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pizza lizza tu tak bukak..wahh, teringin gak nk rasa..

      Akk ni tk brp tau shopping complex kt KT ni..mcm baru buka je, masih berkilat..best gak tenant mix di sini..

      Delete
  8. dah lama x sampai KT ni. dulu sll pegi sbb anak buah ada sana. skrg anak buah dah pindah

    ReplyDelete
  9. salam.... hi akak.... lamanya saya tak g terengganu. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...hi nhhas..seronok gi Terengganu...hehe..

      Delete
  10. Menariknya restoran Jepun THE PERTAMA tuu..🤩✨

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg menarik..menu pun menarik...byk sgt pilihan..

      Delete
  11. Adoi.. nak cari jugalah SMOBookstore tu.. Bahagia kalau dapat singgah kedai buku.. Sha bookmark maps dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. besar betul kedai buku ni, kalau ada masa mmg ralit duduk dalam ni..hehe..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!