Sunday, 1 March 2020

Weekend Getaway : KL-KT-Kemaman

Salam semua..

Dah masuk bulan Mac 2020...

Nak abadikan catatan perjalanan ke Kemaman melalui Kuala Terengganu dua minggu yang lepas. Perjalanan yang pertama di tahun 2020. Untuk kenangan peribadi. 

Semakin hampir tarikh, hati berbelah-bagi nak pergi ke tidak, kerja banyak di pejabat. Nak burn je duit kursus yang dah dibayar. Akhirnya ambil keputusan untuk pergi, take a break, just go, balik nanti, baru struggle buat kerja. 

Last minit, pagi Khamis baru beli tiket flight dan booking hotel di Kuala Terengganu. Pergi hari Jumaat, 14/2 hingga Ahad, 16/2. Malam Khamis dah bergerak ke KLIA2, tidur di Capsule Transit.

Alhamdulillah, pukul 8.00 pagi Jumaat, dah sampai di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu. 

 Let's fly to Terengganu

Lapangan Terbang Sultan Mahmud

Keluar dari arrival hall, tengok ramai yang beratur, nak ambik teksi airport, tapi sebijik teksi pun tak kelihatan. Cadang nak ambik grab ke pusat bandar, menapak keluar dari bangunan airport, nak snap gambar bahagian depan pula.

airport aku tinggalkan

menuju ke jalan besar

Bandaraya Pesisir Air rupanya

Tengok jam masih awal lagi, tiba-tiba rasa nak ber-exercise, why not brisk walk sejauh yang mungkin..gitu idea datang. Kat KL tak sempat nak exercise, balik kerja pukul 12 malam, Sabtu Ahad kerja, balik 12 malam juga. So, ada kesempatan ni terasa nak exercise, cuaca pun nyaman je..
 
Dengan backpack kat belakang, ala-ala training askar...hehe..jalan bersantai-santai je sambil tu snap-snap gambar..


Berjalan dari airport sampai di Sekolah Sukan, baru panggil grab. Pakcik grab tu pun hairan, turun kat airport, ambik grab kat sini..bhaha...energi terlebih. Lalu Jambatan Angkat tapi tak sempat nak snap gambar. Minta pakcik grab hantar ke restoran nasi minyak john di Jalan Tok Lam. Dah makan, jalan kaki ke stesen bas, nak ambik bas ke Kemaman.

hai, bertemu kembali

UTC Kuala Terengganu

hebat UTC KT ni, bangunan cantik 
ada pejabat, hotel, shopping complex

Alhamdulilah, ada tiket - jenis ekspres
bas pukul 10 pagi

the bus - InsyaAllah selamat

Alhamdulillah, jumpa dua orang dari Langkawi yang nak pergi kursus yang sama. Depa sampai pukul 5 pagi. Ada kawan bermusafir. Bas dah bergerak, hati dah teruja. Lalu Marang, teringat Tuan Guru. Sampai di Dungun, view laut...yuhuu...cantiknya, Subhanallah..standby kamera phone, nak snap-snap...

 

Tepek banyak-banyak gambar laut..sukaa...

 
 
 
 
 
 

Dah habis layan laut biru, mata pun layu, terus lena..

Bila terjaga, rupanya dah masuk bandar Kemaman. Nampak kawasan taman yang cantik di tepi laut. Jam pukul 12.30 tengahari.


Kemaman waterfront


Hentian Bas Chukai, Jalan Jekfer Jakar
semua bas dari Kuala Terengganu berhenti di sini
ada juga Bas Kite di Kemaman


Ada dua bas terminal di Kemaman, Hentian Bas Chukai dan Hentian Bas Geliga. Bas express dari luar Terengganu berhenti di Hentian Bas Geliga.
 laluan Bas Kite Kemaman


OK, dah sampai, jom pi lunch dulu, sebab dapat maklumat, tempat kursus tu tak sediakan lunch, kenalah makan siap-siap sebelum bergerak ke tempat kursus di Darul Iman Training Centre (DITC) di pantai Teluk Kalong. Tak tau nak makan kat mana, ikut je kaki melangkah, nampak gerai ni, tengok ramai orang.

makan nasi campur di sini

Dah makan, tak sempat nak ronda-ronda, sebab kursus start pukul 2.00 petang. Panggil grab, kena RM17, jauh jugalah DITC tapi kawasan pantainya cantik


DITC ni khabarnya dah lama wujud, dulu tempat Biro Tatanegara (BTN). sekarang ni kerajaan negeri Terengganu yang ambilalih. Dah berkubur BTN, sapa pernah ikut kursus BTN? hehe..kenangan..

Bilik penginapan

view dari bilik. Khemah-khemah putih tu untuk kenduri esok hari
wedding by the beach
Good morning, Kemaman

hilang stress tengok ombak bergulung menghempas pantai
lupa segala kerja yang menimbun di pejabat

dikelilingi kehijauan


Alhamdulillah, datang kursus ni. Lega rasanya, lapang fikiran, lapang dada, walaupun timetable kursus yang padat, dari pagi sampai ke malam, seronok jumpa teman seperjuangan dari seluruh Malaysia..bermusafir untuk menimba ilmu..

Kursus tamat pukul 12 tengahari Sabtu, ada makan tengahari, nasi minyak john. Alhamdulillah. Dah check out, ambil grab ke Hentian Bas Chukai, nak cari tiket ke Kuala Terengganu, kami bertiga. Alhamdulillah, masih ada tiket bas pukul 2.00 petang, kali ni bas berhenti-henti. Sementara tunggu bas, menyempatkan diri ke tepi laut ni..

 
kemaman waterfront

Goodbye Kemaman, tak sempat nak explore bandarmu

Mungkin nanti..In shaa Allah..

22 comments:

  1. ingat gi bercuti, kursus rupanya. Tak apalah, sambil-sambil boleh ambil angin laut. vitamin sea kata orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekrg ni mmg takleh nk cuti, kerja mencengkam jiwa..ni pun pejam mata je pergi...mmg hilang stress tengok laut..hehe..vitamin sea..

      Delete
  2. Makan nasi minyak John 2 kali eh? Saya ingat pergi atas urusan kerja rupanya berkursus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, 2x makan nasi minyak john...berkursus sambil bercuti..

      Delete
  3. Sambil nyelam minum air gitew. Cantik sungguh pemandangan di negeriku bila diabadikan dalam gambar, bangga..kiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..sengaja ambik flight ke KT..hehe..mmg cantik view laut kt Terengganu nih..kena gi lagi..

      Delete
  4. CANTIK SEMUA PIC ELOKLH RIHATKAN DIRI JALAN2 SAMBIL KURSUS

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..rehat minda..best sbb tepi laut..

      Delete
  5. Sambil kursus sambil cecuti good idea tu.

    ReplyDelete
  6. Sejuk dan nyaman mata memandang lautan biru..luas dan tenang..😎

    ReplyDelete
  7. Seronok tu..sambil g kursus, dapat layan keindahan pantai.

    Bab berjalan kaki dr airport tu mmg bagus...tu la cara terbaik untuk kita tengok2 tempat org.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambil2..cantik pantai2 di sini...dah lama x exercise, cuaca nyaman tu yg terasa nak berjalan kaki..

      Delete
  8. kalau kursus jauh sikit dari opis syok. buleh kenal tempat orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepat sekali..sambil2 melihat tempat orang..tapi x sempat nak jalan2 di bandar Kemaman.

      Delete
  9. Ya allah 12 mlm baru blk??? JM x boleh kak kalau keje blk lewat mcm tu..stress! X de masa nk layan drama korea 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak kerja, tk sempat nak habiskan masa siang hari, nk gi meeting, site inepection..malam2 baru tengok semua info..hopefully, bulan puasa dah reda sikit...

      tapi sempat gak layan kdrama & jdrama..hihi..

      Delete
  10. Bestnya berjalan kaki sambil mengambil gambar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuaca nyaman mmg best jalan2..akk sorang je yg jln kaki..haha..

      Delete
  11. Suka lalu pesisir pantai tu.. Rasa bahagia je tengok laut dan kena air laut.. Kalau naik kereta memang menyinggahlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik view laut..kita ni jarang tengok laut, rasa best je..hihi..tenang fikiran...itulah kalau drive sendir, boleh henti2..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!