Monday, 16 March 2020

Kompleks Kraf KL : Revisited

Bulan Disember tahun lepas ada datang sini, tahun ni datang lagi..semuanya sebab ada kerja di Jalan Conlay. 
 
Apa cerita kali ni? 
 
Ronda-ronda bahagian jualan dan cafe pula. Masa ni baru je habis Hari Kraf Kebangsaan 2020 yang berlangsung dari 28 Februari hingga 9 March 2020.

entrance dihias cantik, berwarna-warni
 
Jalan-jalan tengok barang. Banyak yang menarik untuk dibuat souvenirs dan juga perhiasan rumah dan kegunaan peribadi. Tapi biasalah tempat pelancong, harga tu adalah sedikit up.
 
 labu sayong dari kuale

Saya cuma beli name card holder ni. Jenis songket.


oklah, harga RM32
 
Dah pukul 12, masa untuk makan tengahari. Ada cafe di tingkat bawah. On the way, singgah sebentar di Muzium Kraf. Ada pameran hadiah dan tribute. Belum siap sepenuh...

 bunga emas tribute to Siam kingdom

 barangan perak

Kompleks Kraf ni ada cafe yang ok, besar, selesa dan cantik juga. Harga makanan yang reasonable untuk food court di kawasan Segitiga Emas.

 Craft Delight namanya


pelbagai pilihan makanan - gerai jual air sampai 3 outlet

Gerai-gerai dihias cantik dan interior design berbeza antara satu sama lain.

 banyak betul barang-barang hiasan


nama pun bangunan kraf, harus ada display sebegini

 #seriusapatu

Berjalan di luar bangunan, nampak banyak khemah-khemah putih sempena HKK2020 belum lagi dirobohkan. 

teratak kayu, nampak macam best je
hari panas, malas nak duduk berehat di sini

teratak warisan Hajah Kundur rupanya

Bergerak ke tempat yang lebih sejuk, penuh kehijauan, 


kehijauan di tengah kotaraya, suasana redup
 
ada fountain & ikan-ikan berenang
 
 banyak ikannya..tenang fikiran tengok ikan-ikan berenang
 
Ok, masa untuk pulang ke pejabat. Pergi ambik kereta parking di bahagian depan bangunan..nampak dua batang ni..
 
 
Keliring namanya. 
Tiang kayu Merbau berukir dengan motif etnik negeri Sarawak 
diatasnya ada replika burung kenyalang.

Sekian, aktiviti ronda-ronda Kompleks Kraf KL, salah satu tempat menarik untuk dilawati di Kuala Lumpur.

24 comments:

  1. Besar juga Kompleks Kraf ni ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. besar..ada dua bangunan yg besar, satu mengadap Jln Conlay, satu lg bgn pejabat kt belakang..luas gak kawasannya, dgn rumah2 pelukis lagi..

      Delete
  2. esok pasti ditutup sebab covid-19 kan. semoga dipermudahkan segala urusan kita dalam membendung penularan wabak penyakit ni. aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin..semoga semua rakyat akur dgn perintah kerajaan..stay at home..

      Delete
  3. Replies
    1. banyak yg dapat dilihat & dipelajari..

      Delete
  4. TEMPAT MENARIK DILAWATI KALA CUTI AKAN SEPI SEKETIKA GARA WABAK COVID 19 LOCK DIRI DLM RUMAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suasana dah ok, boleh gi..sekrg ddk rumah..

      Delete
  5. yang bawah itu kelirik atau jerunai..

    tempat menyimpan jasad golongan bangsawan setelah meninggal..

    itu lagenda orang tua sahaja di Sarawak

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah baca di muzium negara, ttg simpan mayat kt bwh tiang ni..lagenda je rupanya..

      Delete
  6. Seram la pulak baca penerangan en hanafi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tmpt kubur rupanya..seram..tapi cantik ukirannya..

      Delete
  7. saya datang sini dulu time darjah 6 kak lawatan sek lepas upsr hehe.. 18 years ago =P
    time tu belajar buat bunga telur jenuhlaaaa sebab ada event kawen2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 18 years..huhu..lama tu..seronok dtg sini, mcm2 aktiviti ada..

      Delete
  8. lama tak ke sini...dulu2 waktu client dari luar datang memang kekdg tu ikut diaorg jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai pelancong asing yg dtg sini..esp yg beli brg2..

      Delete
  9. Sangat cantik pemandangan bahagian luarannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangunan & landskap luar mmg sgt cantik..kiranya kalau dtg sini, kena melawat luar & dalam..

      Delete
  10. Tempat yang selalu tak masuk list bila berjalan2 di KL. Wpun sebenarnya menarik.

    Tenang rasa bila ada unsur kehijauan dan air di tengah hutan batu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..rasa tenang je bila ada kehijauan di tgh kota..

      Delete
  11. cantik name card holder tu motif songket.

    ReplyDelete
  12. Cantiknya.. tak pernah sampai lagi komplesk nie..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!