Salam hari Isnin..semoga semua sihat-sihat walafiat..
Rentetan dari rasa tak puas hati dengan jjajangmyeon yang macam mee hailam dalam entri Sesekali teringin, saya cubalah masak sendiri..
Jjajangmyeon ialah masakan cina yang popular di Korea. Mee dengan kuah likat berwarna hitam.
Benda terpenting nak masak jjajangmyeon ialah sos nya yang dipanggil sos chunjang. Yang ni, saya beli di shopee. ada banyak pilihan, hati tertarik beli yang ni..
"Jajang paste kami tidak perlu ditumis dengan minyak lagi sebab kami dah tumis siap2 bersama minyak cili, bawang putih, halia dan bawang kuning. Bukan sahaja untuk sesuai untuk masak jajangmyun, paste ini jugak sesuai dimasak bersama ikan & ayam"
Resepi jjajangmyeon ada dilekatkan di botol.
Bahan yang diperlukan:
Cara membuat Jjajangmyeon:
Mula-mula, potong daging. Potong dadu bawang bombay, kentang dan zuccini. Panaskan kuali dengan 1 sudu besar minyak lalu tumis bawang bombay. Kemudian masukkan daging lembu, zuccini dan kentang. Setelah bahan-bahan itu matang, masukkan sos chunjang. Kacau supaya semuanya sama rata lalu tuangkan air bancuhan tepung. Setelah dididihkan selama 5 minit, matikan api. Kemudian, rebus mee. Letak mee dalam mangkuk besar dan tuangkan sos di atasnya. Sajikan Jjajangmyeon bersama dengan pickled radish.
Wah! Mudah nak masaknya sebab sudah ada panduannya. Selamat menjamu selera.
ReplyDeletedibagi resepi sekali, cuma kita buat olahan sikit2, ikut citarasa..
DeleteOh Gardenia sekarang dah keluar mee kuning ya. Baru tau lama tak dapat ke Semenanjung semenjak Covid19 ni.
ReplyDeletePractice makes perfect. Enjoy.
ya, ada mee kuning Gardenia..sedap mee nya, kenyal je..
Deletebaru sekali buat, tak tau bila nak buat lagi..huhu..
kira jadi dah tu, cun dah hehe
ReplyDeleteboleh lah..hihi..
DeleteSkrg org melayu byk dh lidah mcm korea hehe..
ReplyDeletebyk sangat tengok k-drama, terpengaruh sekejap..
DeleteBaguihnya ada paste macam tu, tergoda jugak ni nak try 😆
ReplyDeletesekarang ni dah mudah dpt sos halal..cuba, jgn tak cuba..
DeleteTidak pedas. Pernah makan jjajangmyeon.
ReplyDeletebetul..cuma sos & sayur2an je..
Deletewow selalu tgok orang korea makan je dlm tv siries diorang.. rajinn
ReplyDeletekena rajinkan diri sbb yg beli tak memenuhi citarasa...hehe..
Deletewah terernya masak makanan korea
ReplyDeleteyang simple2 je bolehlah..
Deletewah nampak sedap sgt...
ReplyDeletebyknya daun bawang tu,
rm1 je.
penjual tu dah nak balik, dah tengahari..bagi banyak daun bawang..
DeleteNampak sedap! :D
ReplyDeleteoklah rasanya..kena improve lg..
DeleteSedap jjajangmyeon ni.. Kami guna Taucu je..
ReplyDeletesos chunjang tu pun ada bau taucu jg..
Deleteskrg ammi kena google apa ke benda Jjajangmyeon ni
ReplyDeletehehe..masakan cina, selalu nmpk dlm kdrama..
Deletenohas, byk betul daun bwg seringgit byk tu..boleh lah shida cuba resepi baru ni..
ReplyDeleteitulah..penjual tu dah nak balik, dia bagi banyak sbb daun tk tahan lama, cepat kuning..
Deletesilakan mencuba..
Teringin nak rasa Jjajangmyeon. Tak pernah makan lansung. Kalau cuba buat sendiri guna pes ni tak tahu nak compare rasa yang sebenar. Banyak betul daun bawang RM1. Macam-macam boleh buat tu.
ReplyDeletemasuk yg ni baru 2 kali makan jjajangmyeon...akk pun tk tau nak compare mcmana, sbb yg first tu, cair benar kuahnya...mmg banyak penjual tu bagi, a'ah..masak sayur buh daun ni..jenuh gak nk perabihkan..
DeleteNampak sedapndan menyrlerakan
ReplyDeletebolehlah, mama, hihi..
DeleteMee kuning gardenia tu best.. rasa lagi sedap.. hehe.. senang juga ya nak buatnya.. lagi ada chunjang paste tu..
ReplyDeletea'ah..mee gardenia lebih kenyal & sedap rasanya...ada paste chunjang ni, senang nak buat kuahnya..
DeleteWah.. sedap tu.. Buat sendiri, bolehlah diubah suai kan kak.. menarik nie..
ReplyDeletebetul..ubahsuai ikut citarasa kita...
Deletemy fiance lives in korea for more than three years and he never like korean food but i always wanted to try all of their foods. look delicious n healthy for me its quite tempting haha
ReplyDeletesome men are difficult to accept foreign foods esp korean foods which are sometimes quite bland..but you're like me, always wanted to try korean foods..hehe, yaa for me, they are healthy foods..most of them are stewed or grilled..
Deletesaya penah cuba juga buat sekali dengan sos dari kedai yang famous tu..
ReplyDeletex ingat da kedai apa. tataula kot saya salah ikut resepi lain rasanya.. xpela saya lepas ni kalau tingin makan kat kedai jela hahaha.. trauma dgn masakan sendiri.
betul..akak pun kalau nak makan lg, beli kt kedai je kot..hehe..cari kedai lain pulak..
Deletekalau masak ni kt rumah memang tak laku lah.. hehe kena mkn kt kedai juga
ReplyDeletesesekali je teringin nk makan ni..akk pun lepas ni cari kt kedai jg..hehe..
Delete