Friday, 9 October 2020

Mengenalimu Ya Rasulullah - part 2

Salam Jumaat Sayyidul Ayyam..

Sambungan biodata Rasulullah SAW...semoga lebih rasa cinta kepada Baginda..

  

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
  •  Khadijah binti Khuwailid.
  •  Saudah binti Zam'ah.
  •  Aisyah binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
  •  Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab)
  •  Ummi Habibah binti Abu Sufyan.
  •  Hindun binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
  •  Zainab binti Jahsy.
  •  Maimunah binti Harith.
  •  Safiyah binti Huyai bin Akhtab.
  •  Zainab binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin).
  •  Maimunah binti Al-Harith

 

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim

2. Abdullah

3. Ibrahim

4. Zainab

5. Ruqaiyah

6. Ummi Kalthum

7. Fatimah Al-Zahra '

 

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

 

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN

Ibu susuan : Thuwaibah

saudara susuan 

1. Hamzah bin Abdul Mutallib (bapa saudara Nabi)

2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

 

Ibu susuan : Halimah Al-Saidiyyah 

Saudara susuan

1. Abu Sufyan bin Al-Harith bin Abdul Mutallib

2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza

3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza

4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

 

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW

(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

 1. Al-Harith

2. Muqawwam

3. Zubair

4. Hamzah *

5. Al-Abbas *

6. Abu Talib

7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)

8. Abdul Ka'bah

9. Hijl

10. Dhirar

11. Umaimah

12. Al-Bidha (Ummu Hakim)

13. Atiqah ##

14. Arwa ##

15. Umaimah

16. Barrah

17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) *

 

* Sempat masuk Islam.

## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

 

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai

aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

 اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

 

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal

Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersuamuka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
 

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah: 

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw.

- Aku melihat cahaya dari lidahnya.

- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.

- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

- Wajahnya seperti bulan purnama.

- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa

marah.

- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli

di bahagian sudut.

- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali

pertama kali melihatnya.

- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

- Janggutnya penuh dan tebal menawan.

- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.

- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

- Rambutnya sedikit ikal.

- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah

bahu tapi disisir rapi.

- Rambutnya terbelah di tengah.

- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur

dari dada ke pusat.

- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya

lebih drpd biasa.

- Seimbang antara kedua bahunya.

- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar

dan tersusun dgn cantik.

- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.

- Warna putihnya lebih banyak.

- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

- Warna kulitnya putih tapi sihat.

- Kulitnya putih lagi bercahaya.

- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

- Badannya tidak gemuk.

- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.

- Perutnya tidak buncit.

- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

 

KESIMPULANNYA :

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh

sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

18 comments:

  1. Terperinci.
    Apa saya perasan pertama kali ada nama Zainab, isteri dan anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah..ada 2 isteri Rasulullah yg bernama Zainab..

      Delete
  2. baca fizikalnya..kalau kita kata lelaki hindustan tu handsome.. Ya Allah handsome bagaimanakah kekasih kami ini Ya Allah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringin sekali berjumpa dgn Rasulullah saw walau dlm mimpi..beruntung mereka yg trpilih bertemu dgn baginda..

      Delete
  3. Semoga kita termasuk orang yang dirindui dan dinanti-nantikan oleh Rasulullah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah..sentiasa berselawat, semoga kita dpt syafaat Baginda di akhirat kelak..

      Delete
  4. Salam jumaat.
    Alhamdulillah. Terima kasih untuk ilmu harini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hari Isnin..
      Sama2..berkongsi ilmu dari group whatsapp..

      Delete
  5. SUBHANALLAH ALAHUMASOLLLIALASAIDINAMUHAMMAD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..semoga kita istiqamah berselawat keatas baginda..

      Delete
  6. Ramai nama2 yang saya dah lupa. Rupanya ada anak Saidina Umar yang isteri nabi juga.

    ReplyDelete
  7. banyak ilmu berguna dalam post ni ;)

    ReplyDelete
  8. Anak-anak Rasulullah S.A.W yang lain saya ingat kecuali Umi Kalthum! Bila baca kisah nabi di sini, baru teringat semula. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  9. Boa noite. Parabéns pela excelente matéria.

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!