Wednesday, 21 October 2020

Meeting sempoi di tepi bangunan

Petang tadi, bos kena buat swab test sebab officemate wife dia dah disahkan positive Covid-19. Big bos tak bagi bos masuk pejabat selagi result belum keluar. So, tadi kami meeting department depan main entrance bangunan je.

Meeting nak diskus tentang strategi rotation kerja, siapa yang kena kerja dari rumah, siapa yang kena datang pejabat. Maklumlah KL kena CMCO/PKPB...menteri dah suruh kerja dari rumah bermula hari esok, Khamis 22-10-2020.

Kami ada lima orang, bos cakap jom kita 'lat talilat tali tamplom'..huii..lama sungguh tak dengar..haha..dua orang eksekutif, bos suruh ''oo soom'' atau 'rock-paper-scissors' (terjemahan: batu-kertas-gunting). saja je..untuk release stress..

Budak-budak millenial tau ke idok 'lat talilat tali tamplom'..dulu-dulu, kalau nak cari geng main galah panjang, konda-kondi, lompat getah, selalu guna 'lat talilat tamplom'' ni...

"Rock-paper-scissors'' selalu nampak dalam drama Korea dan program realiti Korea..gemar benor depa ber oo-soom.


Siapa yang menang dalam 'rock-paper-scissors' ?


Antara kertas dan batu : kertas menang sebab kertas balut batu

Antara gunting dan kertas : semestinya gunting menang

Antara batu dan gunting : batu menang sebab batu boleh ketuk gunting

 

OK, semoga semuanya selamat, dijauhi dari pandemik. Selamat bekerja dari rumah...tapi teman kena datang pejabat, 3 kali seminggu, Inshaa Allah.

Tetiba, pukul 6 tadi, ada gambar ni dalam whatsapp group office..dah ada kes ke?..panic attack..


Semua yang ada kat office dah gabra tahap gaban...cepat-cepat packing nak balik rumah, rupanya company level bawah buat swab test untuk staff mereka..haa..legaa..

56 comments:

  1. huhu.. sempoi meeting tepi tu je, stay safe kak nohas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bos tak boleh masuk ofis, meeting je kt sini..hehe...tq..sama2 kita jaga kita..

      Delete
  2. Aik siapa yang pakai selipar jepun itu?

    ReplyDelete
  3. Allah seram pula rasa..shida pn pernah hadapi situasi mcm ni Nohas..
    moga semua baik2 sahaja ya..Stay Safe NOhas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..result negatif..itulah suspens gak..semoga semuanya baik2..

      Delete
  4. matsalleh pown ada main camni., kat movie selalu gak nampak., hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..ya ke..tak pernah nmpk pulak...hehe..

      Delete
  5. Tak reti main oo som walaupun dah tua..haha

    Sekarang ni memang seram, wabak makin merebak ke mana-mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..dah lama tk main oo-soom...

      itulah..kena berhati-hati..patuhi SOP..semakin byk kes di KL/Selangor..

      Delete
  6. Stay safe semua di sana. Semoga dipermudahkan segala urusan pekerjaan.. Aaminn

    ReplyDelete
  7. Sekarang nampak ambulans je terus panik pstu mengintai. Jaga diri kak. Saya keje kat rumah je ntah sampai bila. Sebab opis ramai yang memang x boleh wfh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..tgk ambulance je, dah rasa risau...ofis blm lg bagi kerja dari rumah..kena patuh SOP ketat2..

      Delete
  8. Take care stay safe. Tak lepas kami ke KL utk follow up dll. Moga lenyap virus ni segera

    ReplyDelete
    Replies
    1. merentas negeri ke KL/Selangor dah diperketat..zon merah..

      Delete
  9. Kenapa kena meeting tepi bangunan kalau boleh meeting secara online ?
    Stay Safe. ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. bos gi hospital dgn keta wife dia..dtg semula ke ofis utk ambik keta dia..so, meeting sekejap kt bawah..

      Delete
  10. Seram kan bila dengar ada orang yang berurusan dengan kita tiba-tiba didapati positif. Ya Allah semuga kita dijauhi daripada di jangkiti virus Covid 10. Apa pun jaga diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...dgr je dah rasa panik..amiin..kena patuh SOP..

      Delete
  11. hati2 jaga diri nohas moga dijauhi Allah virus covid ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin..jgn kita lupa & alpa..kpd Allah kita berserah..

      Delete
  12. Stay safe... and keep distance... follow the SOP ya...
    Bila office tu kurang orang, serem beb... macam-macam bunyi ada... kikikiki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..kena follow SOP..office ni masih ramai org..yg kerja dari rumah tak brp ramai..

      Delete
  13. mana contoh lat talilat kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. lat talilat ni kena ada video baru senang nak faham...malas nak letak..hihi..

      Delete
  14. kawasan rumah saya pun dah ada yg positive covid
    puchong batu 14

    hati-hati bila kita keluar rumah
    jaga penjarakan sosial

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena patuh norma baru...kpd Allah kita mohon perlindungan..

      Delete
  15. Sporting betul boss suruh lat tali lat ya..hehe.harap covid cepat berlalu pergi dn boleh bkerja seperti biasa..insyallah.

    ReplyDelete
  16. Siapakah punya kaki berselipar jepun itu

    ReplyDelete
  17. Teringat lagu lat talilat tamplong... Kenapa kami ada g dihujungnya ye. Lat talilat tamplong, mak minah balik kampung, beranak dalam tong, tengah malam terlolong-lolong.... Gitulah rasanya bunyinya.... Ahaks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..dah lupa lagu yg panjang...oo..ada g ye..yg kami cuma 'tamplom' je..

      Delete
  18. Semoga selamat semasa bekerja ya. Bukan batu dengan kertas, kertas kalah ke? Sebab batu baling kat kertas, kertas koyak. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin..kertas boleh balut batu sbb tu dia menang..gitulah internationally accepted rules..

      Delete
  19. #kitajagakita

    Kadang-kadang yang main rock-paper-scissor ada yang keluarkan pistol muahahhaaa.... Mrs. a lettewww...

    ReplyDelete
  20. Limited betul korang ni.. apapun stay safe ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks mama..samalah kita berhati-hati..

      Delete
  21. Haha lama tak main oo soomm ni hahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...samalah..lama sungguh tak main oo soom..

      Delete
  22. Sempoi sungguh bermeeting di tepi macam tu.. Lama tak bertali lat.. 🤭🤭
    Semoga semuanya baik baik sahaja.. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. meeting santai2..a'ah..lama x bertali lat..hehe.
      amiin..

      Delete
  23. sy work from home ja n im getting sick being at home haha
    harapla pandemic ni cepat2 berakhir.. go away covid..shuu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. company tk bagi WFH..semua kena kerja kt ofis..bos2 je yg ada rotation WFH..

      itulah kan..semoga pandemic ni segera pergi..tapi nmpk mcm lmbat lagi nk recover..huhu..

      Delete
  24. uish boleh tahan serammm.. kes meningkat kat Selangor kan..
    takut sbb skrng ni tngk pattern tu x menentu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..sekrg ni setiap hari kes ratus2, ada yg cecah ribuan..mmg menakutkan..

      Delete
  25. nina pun risau ni. MIL ke ofis lepas tu baru inform ada kes positif! asal lah tak close bangunan terus. harap baik2 saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut kat kalau dgr berita mcm tu..semoga kita dilindungi Allah swt..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!