Thursday, 8 April 2021

Gerai makan 'Cun'

Lagi entry kenangan sebelum pindah pejabat..

Kali ni port beli makan tengahari. Nama rasmi kedai ni ialah Gerai Mak Usu tapi kami panggil kedai cun..

Kenapa cun? 

Sebabnya abam yang cedok nasi tu akan tanya..cun? cun? maknanya ok ke nasi banyak ni...hehe..

Lokasi gerai ni di antara dua bangunan, dekat Wisma FGV, di Jalan Tiong Nam, off Jalan Raja Laut..

Gerai yang humble, jual nasi campur, lauk-pauk yang sedap, macam makan di rumah..



Pelbagai jenis lauk yang dijual tapi kuantiti tak banyak. Kalau pergi lambat, banyak dah habis.
 
sebekas ni sahaja
 
gulai pisang hari ni
kekadang masak lemak jantung pisang, masak lemak rebung

lauk pauk yang sedap - takde MSG, aji-no-moto
 harga pun tak mahal, reasonable
 
sayur yang banyak - kerabu daun selom, bayam, terung berlada
pajeri nenas
 
Gerai ni dah lama berniaga disini..semoga terus bertahan.

40 comments:

  1. patutlah cepat habis. Masakan tradisional dia memang betul betul macam kat rumah. Tak letak msg bagai semua tu. Harga berpatutan okay lah. Susah kot nak jumpa gerai yang betul betul berniaga untuk bagi orang makan sedap sedap bukan semata mata untuk keuntungan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..masakan mcm kat rumah, sedap & cepat habis...jarang ada gerai mcm ni di KL ni..ramai yg dtg mkan..penjualnya pun ramah..dah lama berniaga..

      Delete
  2. Kalau ke kedai yang menyajikan banyak lauk, sukar untuk buat pilihan.. Semua nampak sedap lagi menyelerakan. 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..rambang mata, kena tahan hati..hehe..

      Delete
  3. Bestnya kalau ada kedai macam ni. Ada pelbagai lauk yang boleh dipilih. Sampai tak tahu nak ambik lauk apa hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..semua nmpak sedap..tu yang sampai ambik 3-4 mcm sayur..betul2 rambang mata..

      Delete
  4. Lauk banyak tapi buat sebekas. Kira taknak ada pembaziran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..mostly lauk habis..tinggal bekas je..hehe..

      Delete
  5. Haha cun la dgn lauk pauk kg..harga tak tak cekik darag..

    ReplyDelete
  6. Yang sikit itulah orang suka rebut-rebut heheee. Banyak ulaman dan sayur... semuanya sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..pukul satu je dah standby nak gerak..semua sedap..

      Delete
  7. Replies
    1. banyak pilihan lauk-pauk..sedap2 semuanya..

      Delete
  8. harga cun masakan cun pelanggan pun cun tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelanggan cun tu yg tak tahan tu..haha..harga & rasa cun tu yg ramai mencari..

      Delete
  9. susah nak jumpa gerai masakan kampung di tgh2 kota KL ni...

    ReplyDelete
  10. Lama gila x pegi blkg FGV....
    dulu zaman belajar je, ada makan2 kat situ... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih banyak lg tempat2 makan di belakang Wisma FGV ni...sedap2 gak masakannya..

      Delete
  11. Bagus nohas, banyak ambil sayuran.
    Nampak sedap.

    Kadang memang guna juga perkataan ‘cun’ tu untuk merujuk ngam/sesuai. Tak pasti ikut dari mana..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk pilihan sayuran..rambang mata..semua nmpk sedap..

      betul..perkataan cun tu maknanya ok, ngam..slang gen Y..hehe..

      Delete
  12. sedap lauk pauknya nohas :) bertambah juga kalau kena gaya nih heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..rambang mata..lauk-pauk style masak di rumah..

      Delete
  13. Cun sungguh lauk-pauknya, boleh agak rasanya macam mana dengan hanya melihat gambar ja 😋👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. lauk-pauk masakan kampung, style masak-masak kat rumah, memang sedap..

      Delete
  14. memangla bertahan lama kalo x kene angkut dgn dbkl.. kabel baek nih.. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak jg gerai2 tepi jalan, lama bertahan...dbkl tak pulak dtg kacau, selama kerja kt area ni, tak pernah gerai2 ni kena roboh..

      Delete
  15. Sedapnya lauk pauk dia.. tertengok di hari pertama puasa lah pula.. hahaha..
    Ngences dibuatnya.. semoga terus bertahan..

    ReplyDelete
  16. Suka nak matey gerai jenia macam ni lauk-pauk campur memang macam makan kat rumah.
    Masa Mrs. A kerja kat Menara Multi Purpose dulu suka gak tapau kat gerai belakang bangunan tu jenis gerai-gerai macam nilah sekarang tak tahu ada lagi ke tidak. Cerita tahun 2006 ke 2008 hahahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama tu..dah lebih 10 thn..hehe..selalunya org2 yg kerja kt kwsan tu je yg tahu kewujudan gerai2 mkn mcm ni..

      Delete
  17. banyak lauk habis awal mesti sebab sedap tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, sbb sedap & reasonable harganya..ramai pelanggan..

      Delete
  18. Replies
    1. mmg cun..byk pilihan lauk pauk yg sedap2..

      Delete
  19. Bila nohas cerita macam ni, teringat masa kerja di KL dulu. Selalu makan kat kedai celah-celah bangunan, bawah pokok, tepi parking lot. Kedai comei je, tapi banyak lauk, jual nasi campur. Dulu saya pernah kerja di Jalan Yap Kwan Seng. Lepas tu, Jalan Tun Razak pulak. Meriah sana, sebab dekat Tabung Haji. Hari Jumaat dah macam pasar malam, banyak gerai buka. Eh, terbanyak komen pulak. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua lokasi gerai tu ada kat sini jg..hehe..nanti kita cerita gerai bawah pokok, tepi parking lot, lepas raya InshaaAllah..

      kt Jalan Yap Kwan Seng dulu ada kedai mamak, pernah makan kt situ, tapi sekrg dah takde..di bgn tabung haji, ada buat solat Jumaat..mmg byk gerai..

      Delete
  20. bestnya, kat sini macam belum jumpa lagi restoran berdekatan yg jual lauk pauk melayu yg mcm2 dan sedap. tapi Alhamdulillah, kedai mknn melayu/ indonesia tu still byk je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..byk pilihan kedai makan..yg penting..sedap!

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!