Thursday, 29 April 2021

Salam Nuzul Quran 2021

 Salam Nuzul Al-Quran 1442H


Definisi Al-Qur’an

Al-Qur’an dari sudut bahasa adalah bacaan atau sesuatu yang dibaca berulang-ulang. Menurut Imam al-Ghazali mendefinisikan al-Qur’an sebagai: “Kitab yang diturunkan ke atas Rasulullah iaitu Muhammad SAW, yang tertulis di dalam mushaf, dinukilkan kepada kita daripada baginda secara mutawatir tanpa ada sebarang keraguan.” [Lihat al-Mustasfa Min Ilm al-Usul, 1/65]

Para ulama’ juga memberikan definisi al-Qur’an sebagai: “Kalam Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan membacanya adalah satu ibadah.” [Lihat: Mabahith fi ‘Ulum al-Qur’an, 17]

sumber : Bayan Linnas Siri ke 116 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Semoga kita istiqomah membaca Al-Quran dengan tartil dan bertajwid, mentadabbur dan beramal dengannya..

Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman kepada kita dalam memahami agamaNya, menjadikan kita tergolong dalam golongan orang yang mencintakan al-Quran, moga Allah S.W.T memberikan keringanan dan keikhlasan kepada kita dalam beribadah kepadaNya dan juga memberkati segala amal perbuatan kita.

34 comments:

  1. Replies
    1. dah 17 Ramadhan..Salam Nuzul Al-Quran..

      Delete
  2. Replies
    1. Salam Nuzul Al-Quran..

      Delete
    2. Awak.... Masih relevan x alamat opis ritu? Sbb bertuah jadi yg terpilih commentator april 😁

      Delete
    3. ya, masih relevan lg..

      Delete
  3. aminnn, salam nuzul quran sis :)

    ReplyDelete
  4. Amin. Harap makin saya memahami kandungan al-Quran

    ReplyDelete
  5. Semoga terus istiqomah, mendalami dan beramal. InshaAllah...

    ReplyDelete
  6. salam nuzul quran gaji selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah, Kak PI..salam nuzul quran..

      Delete
  7. Aminn.. salam Nuzul Quran, nohas. Quran ni terapi, bila jiwa kacau, dan satu magic juga, bila kita amalkan membaca. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nuzul Quran Nur...jiwa rasa tenang mendengar kalimah2 Allah..

      Delete
  8. Semoga kita semangat menekuni al-Quran.
    Masalah selalunya...susah nak berlama, mata jadi kuyu 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin..betul, byk dugaan..kena mujahadah lebih..hehe..

      Delete
  9. Jadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..semoga kita sentiasa berada di jalan yg benar..

      Delete
  10. Replies
    1. Salam Nuzul Al-Quran to Sha & famili..

      Delete
  11. Semoga amalan kita diterima allah

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!