Tuesday, 20 April 2021

Mesyuarat & Makan Tengahari di Tamu Hotel & Suites

Assalamualaikum semua..

Cerita hari Sabtu, 10/4, sebelum bulan Ramadan. Menghadiri mesyuarat agong PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan di Tamu Hotel & Suites, di Kampung Baru.

Alhamdulillah, dah 12 tahun bersama PERKIM. PERKIM ialah singkatan bagi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia. Ditubuhkan pada 19 Ogos 1960 oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, PERKIM menekankan tiga aspek utama iaitu dakwah, pelajaran (pendidikan) dan kebajikan, terutamanya kepada golongan asnaf Mualaf.

Antara projek PERKIM untuk asnaf Mualaf ialah Kelas Pemantapan Aqidah, Kursus Intensif Fardhu Ain, Klinik bacaan Al-Quran, dakwah orang asli, Misi syahadah (Pengislaman), bantuan perniagaan Mualaf, Bantuan Sara Hidup.

Ahli-ahli PERKIM bergerak dibawah PERKIM cawangan. Setakat ini ada 25 cawangan PERKIM di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
 

Sama seperti pertubuhan yang lain, setiap tahun, mesyuarat agung mesti diadakan. KL masih dibawah PKPB, tapi perhimpunan dibenarkan dengan SOP yang ketat. Perwakilan setiap cawangan pun dikurangkan daripada 5 orang kepada 3 orang sahaja.

Pertama kali jejak kaki di hotel ni. Milik bumiputera sepenuhnya. Lokasinya berhadapan Kampung Baru Medical Centre dan Masjid Jamek Kampung Baru yang femes dengan bubur lambuk di bulan Ramadhan.

lobby Hotel Tamu

Dewan mesyuarat di tingkat 13. Sarapan pagi disediakan di ruang legar depan dewan. Alhamdulillah, makan ketiau goreng dan karipap bersama kopi dan teh.

ruang legar yang luas
 
dewan mesyuarat yang luas
bolehlah buat social-distancing
 
Alhamdulillah, door gift - kurma ajwa
 
 
Alhamdulillah, mesyuarat berlangsung dengan jayanya, tamat pada pukul 12.30 tengahari.

Beberapa aktiviti PERKIM Bahagian WP sepanjang tahun 2020 dipetik dari makalah Berita PERKIM.


Program Ihya' Ramadhan & sambutan hari raya bersama Mualaf
 
 
Dah habis mesyuarat, jamuan makan tengahari di cafe hotel, Suasana @ 27. Ramai juga, ada event kat sini, gathering sekolah rasanya, sempena habis SPM kot. Dengar budak-budak panggil cikgu.

Suasana @ 27
 
main dish - nasi & lauk pauk
 
dekorasi hidangan
 
rojak buah
 
yong tau fu
 
western
 
pelbagai jenis kek

Best jugalah hotel ni. Lokasi di kampung Melayu. Keluar dari parking, nampak rumah orang, rumah papan di Lorong Raja Alang.
 
Jom sokong ekonomi Bumiputera.

31 comments:

  1. Ada gak gi review hotel ni aritu...
    Dia bawa jalan-jalan keliling hotel ni..
    Tapi x sempat betul nak blog kan citer yang satu ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..best tu dpt gi review..nanti buat entry ya..

      Delete
  2. Bestnyaaaa boleh makan makan di hotel, nampak mewah je makanannya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hotel ni kategori 4-star..mmg bestlah makanannya..

      Delete
  3. haritu ada menang untuk stay kat hotel ni pastu diam 😂 ehh geram pulak rasa hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..kalau dah menang, nanti bolehlah claim hadiah..mngkin sbb PKP kot, depa diam..

      Delete
  4. mesti sokong bisnis bumiputera

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..tolong bisnes bumiputra utk survive di kotaraya..

      Delete
  5. pernah nampak la masa lalu lalang kat Kg Selamat baru- baru ni...tak pernah stay sini lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best jg hotel ni...hotel di tengah kampung di kotaraya KL..

      Delete
  6. Dah lama nak staycation sini...nanti la bila ada appointment kat KL..hahahahaha..macam jauh putrajaya dengan KL tu..20 min dah sampai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok je staycation kt sini kalau malas nak drive balik Putrajaya..hehe..masjid dekat, tempat makan banyak..

      Delete
  7. Pernah menginap di sini dulu rasanya.

    ReplyDelete
  8. Dah ada hotel dah situ, yek.
    Makanan semua nampak menyelerakan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..kat traffic light masjid kpg baru..

      makanan dia ok sedap..

      Delete
  9. Lama tak makan kat hotel. Biasa ada kursus dan seminar je makan kat hotel ni.. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah..kalau saja2 nak pi makan, mmg tak lah..

      Delete
  10. salah satu cara untuk majukan ekonomi orang Bumiputera dengan melakukan perniagaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..berniaga utk majukan ekonomi..

      Delete
  11. Alhamdulillah...bagusnya dapat join pertubuhan begini.

    Berhajat jugak nak menginap di hotel milik orang kita ni suatu masa nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..semoga istiqamah dlm pertubuhan ni..

      membantu bisnes orang Islam...

      Delete
  12. Cantiknya ID Hotel milik Bumiputera ni. Terpandang kek tu, alahai sedapnya kalau dapat makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik ID hotel ni, ringkas, just nice...kek tu pelbagai jenis, mmg sedap2 semuanya..

      Delete
  13. woah, 12 tahun... lama jugak tu. harap2 saya pon dapat istiqamah dgn kehidupan sekarang ni :') selalu jugak risau apa nak jadi lepas kehidupan di uni

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari thn 2008, Alhamdulillah..menyumbang sekadar yg mampu..tenaga, idea..lepas uni, masuk alam kerjaya, marriage life..masuk ke dlm masyarakat...join pertubuhan mcm ni buat kita cakna masalah dlm masyarakat..

      Delete
  14. terima kasih menjenput saya..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!