Monday, 15 May 2023

Majlis di hari Sabtu & Ahad

Alhamduiillah, hari minggu lepas, hari untuk bersosial. Hari Sabtu, pergi kenduri, hari Ahad ada jamuan raya..

Kenduri kahwin

Majlis kenduri anak sahabat kakak di Biznaz Insya Hall di Viva Shopping Centre, Jalan Loke Yew, KL.

Pertama kali jejak kaki di sini
 
decoration di entrance
 
pengantin sedang makan 
 
pelamin dan kumpulan muzik
 
nasi hujan panas
sesuai dengan cuaca di KL, pagi ke tengahari panas
petang hujan
 
Diluar dewan pula, ada pelbagai juadah sampingan 
 
ada cucur udang kuah kacang, laksa, mihun sup
kemudian ada spagetti olio-oglio
 
ada ais-krim dan hipster coffee - Nipoh Coffee
 
ada kuih-muih juga
 
Alhamdulillah, sedap-sedap juadah yang disediakan
 
Jamuan raya 
 
Jamuan raya anjuran PAS Wilayah Persekutuan di tapak pasar malam Taman Dato' Senu. Majlis secara rasmi bermula pukul 11 pagi.
 
masih menyiapkan hiasan gerai

Berkonsepkan gerai-gerai, pelbagai makanan disediakan. Ada nasi beriani, gulai kawah, kari kambing, laksa, sup kedai Sururi yang femes, lemang/rendang, nasi impit, kuah lodeh, cendol dan minuman.
 
gerai nasi beriani
 
gerai air
air kathira, air vanilla strawberi, air sunquick
dan air soya
 
YB Putrajaya & isteri sudi hadir
 
Alhamdulillah, ramai tetamu yang hadir, habis semua makanan yang disajikan sebelum pukul 3.00 petang. Sedap-sedap makanan yang disajikan..
 
Tak lama kemudian, hujan pun turun selepas selesai majlis, menyejukkan suasana untuk para petugas berkemas-kemas..Alhamdulillah.. 

30 comments:

  1. Penuh jadual di hari minggu dengan makan² ye.. alhamdulillah rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..rezeki..penuh jemputan, ada yg tak dapat pergi...

      Delete
  2. Tidak ramai ke yang hadir di jamuan hari raya tu? Selalu sini memang ramai kalau anjuran kerajaan atau persatuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai tetamu, habis semua makanan...yg dlm gambar tu masa persiapan tempat, majlis belum mula..

      Delete
  3. Alhamdulillah rezeki makan-makan lagi, kopi hipster pun ada, trending ni. konsep gerai2 menarik juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, rezeki makan-makan...trend sekrg tuanrumah sediakan side dishes....

      Delete
  4. Replies
    1. Alhamdulillah...rezeki di bulan Syawal..

      Delete
  5. Penuh dua hari Nohas dengan aktiviti bersosial dan makan-makan. Seronok!

    ReplyDelete
  6. tahun ni ako x byk gi jamuan raya... mood mcm xde nak beraya sangat hehehe

    ReplyDelete
  7. SA pun x banyak jamuan raya...kena covid bagai..ermm...malas nak beraya...tunggu tahun depan la jadi complete family beraya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak lama lg nak complete family...tahun depan baru meriah..

      Delete
  8. Selagi boleh makan kita makan.. Hehe

    ReplyDelete
  9. Seronok tengok, lepas lama pkp kan.

    Taqabbalallahu minna waminkum. Maaf Zahir Batin. Salam Aidil Fitri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. minnawaminkum taqabbal ya kareem....maaf zahir & batin, salam aidil fitri to you & family...

      Delete
  10. Murah rezeki selalu dapat jemputan makan2 raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tahun ni banyak yg buat jamuan raya..

      Delete
  11. Wah, Sabtu dan Ahad, aktiviti makan-makan. Alhamdulillah.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, rezeki jgn ditolak...makan seadanya..

      Delete
  12. kl raya sebulan..dgn wedding, openhouse..mmg mkn je la kita kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, meriah dgn sambutan raya, kenduri-kendara....

      Delete
  13. hujan rahmat.. meriah majlis. venue pn cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, hujan turun selepas majlis...venue majlis kenduri tu mmg cantik hiasannya..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!