Tuesday, 23 May 2023

Movie Review : Where the Crawdads Sing (2022)

Filem US ni ditayang di Netflix. Layan masa tengah bosan, picked secara random.  Menarik juga filem ni, yang paling best cinematografi yang sangat cantik..kawasan marshland (paya) di North Carolina state...

Berdasarkan novel oleh Delia Owens, seorang zoologist
durasi - 2 jam 5 minit

Filem genre 'coming-of-age and murder mystery' ni berlatarbelakang tahun 1969. Filem dimulai dengan naratif oleh female lead yang bernama Catherine "Kya" Clark.

Marshland is not swamp. Marsh is a space of light...where grass grows in water. Then within the marsh, here and there..true swamp..


Kisah bermula dengan penemuan satu mayat lelaki muda di kawasan marshland berhampiran dengan menara tinjau yang tidak digunakan (abandoned). Polis tidak menemui sebarang kesan-kesan bukti, tiada kesan jari, cuma menjumpai beberapa helai benang bulu kambing berwarna merah.

Masyarakat setempat semuanya menuduh Kya sebagai suspek sebab lelaki yang mati tu ialah bekas teman lelaki Kya dan cuma Kya seorang saja yang tinggal di marshland. Mereka menggelar Kya sebagai 'Marsh Girl'. Polis jumpa sweater berwarna merah di rumah Kya. Kya ditangkap dan dipenjara sementara menunggu perbicaraan di mahkamah. Kya bercerita kisah hidup dia kepada peguam dia dan flashback ke tahun 1953..

Kisah Kya ni sangat kasihan. Mulanya seluruh keluarga dia tinggal di kawasan marshland. Keluarga Kya miskin dan mereka cuma ada bot sebagai medium pengangkutan. Kya tidak bersekolah, ibu dia yang mengajar dia di rumah, subjek lukisan dan geografi di sekitar marshland.


Bapa Kya seorang kaki botol dan sering memukul isteri dan anak-anak menyebabkan ibu Kya mengalami kemurungan dan pergi meninggalkan keluarga, kemudian dituruti oleh 2 orang kakak Kya dan abang dia, Jodie. Tinggallah Kya dengan bapa dia. Kya masa ni masih kecil, umur sekitar 10 tahun. Tak lama kemudian, bapa Kya pula meninggalkan dia seorang diri.

Kya membesar sendirian dan kerja mengutip kepah untuk dijual. Dia berkawan baik dengan Tate, kawan abang dia, daripada kecik sampai remaja. Tate ajar Kya membaca, menulis dan mengira. Tate dapat tawaran belajar di luar daerah. Mereka berjanji untuk bertemu semula selepas Tate habis belajar di kolej. Tate mungkir janji. Kya kecewa. 
 
Kya & Tate
 
Kemudian muncul pula Chase Andrew, lelaki popular rebutan ramai gadis setempat. Masa ni dah tahun 1969. Chase dan Kya berkawan rapat tapi sebenarnya Chase sudah bertunang. Tate kembali menetap dan bekerja di tempat mereka. Dia suruh Kya hubungi publisher untuk terbitkan buku mengenai flora dan fauna di marshland.
 
Kya dengan lukisan flora & fauna di marshland
 

Kya putus dengan Chase tapi Chase seringkali mengganggu Kya. Kya bersetuju untuk bertemu dengan publisher dan menaiki bas ke bandar. Dia ada meeting dengan publisher pada keesokan harinya. Ramai penduduk melihat Kya menaiki bas. Pada keesokan paginya, mayat Chase ditemui di marshland.

Hujah peguam Kya diterima oleh para juri dan Kya dibebaskan. Siapakah yang bunuh Chase? Adakah dia terjatuh dengan sendiri? Ada plot twist di akhir filem..

Menarik filem ni, seronok tengok kawasan marshland yang cantik, dengan flora dan fauna di kawasan paya. Mereka banyak bergerak menggunakan bot, dah macam drama Thai, Love Destiny...hehe..
 
Recommended for viewing..

14 comments:

  1. Replies
    1. mmg best...vibes dia lain drpd drama US lain..

      Delete
  2. Memang Kya yang bunuh, kan? Saya pun dah lupa, lama dah tengok. Sebab last sekali, ada jumpa sesuatu kan, kat dalam chest simpanan Kya tu. Kena buat andaian sendiri yek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..walaupun tak diberitahu secara direct...sbb Chase tu tak habis2 mengganggu hidup dia...

      Delete
  3. Dah tengok cerita ni. Berbaloi layan 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, berbaloi layan...misteri & lawa scenery marshland..

      Delete
  4. Saya tk tau nk buat apa dh , kt blog saya..😅😇

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulis je apa yang terlintas di fikiran, macam diari..utk kenangan di masa depan..

      Delete
  5. Lain dari yang lain ceritanya. Cerita gadis duduk di kawasan paya.

    ReplyDelete
  6. Saya langsung cari di Netflix dan save dulu di mylist 😄. Nanti nak nonton pas weekend. Suka cerita misteri seperti ini, apalagi kalo plot twist nya tak terduga

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy watching! bener, tidak terduga sama sekali...

      Delete
  7. kesiannya hidup Kya ni seorang diri.. tabah betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...rasa mcm tak logik pula...tapi ada scene yg jabatan masyarakat nak ambik dia, tapi dia menyorok dlm kwsn paya..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!