Assalamualaikum..
Kisah makan² di hari minggu yang lepas. Dua kenduri di hari Sabtu dan satu jamuan raya di hari Ahad.
Two Weddings
Kenduri pertama, officemate kahwin. Dia buat majlis akad nikah dan jamuan di Masjid Zaid bin Harisah, masjid berwarna jingga di Jalan Gombak, dekat Kampung Sungai Mulia.
entrance masjid
Jamuan makan di tingkat bawah, Alhamdulillah, sejuk dewannya
Selain jamuan nasi, ada mee kari dan bubur pulut hitam. Makan nasi dan mee kari.
Lepas makan dan bergambar dengan pengantin, off to kenduri yang kedua pula di Kampung Sungai Tua Baru. Mengharungi MRR 2, merempit dengan bas2 persiaran yang nak ke gua Batu Caves.
Kenduri di Laman Pengantin Ummi Farsha yang cantik dekorasinya..
Masa kami sampai, pengantin dah ada diatas pelamin.
Kami tak bergambar dengan pengantin, segan pula, tinggi pelaminnya, satu dewan boleh nampak..hihi..
Jamuan raya
Walaupun bulan Syawal dah habis hari semalamnya iaitu hari Sabtu, namun pada hari Ahad, masih ramai mengadakan jamuan raya sempena cuti hujung minggu. Kami hadiri jamuan raya di rumah makcik di Bukit Rahman Putra. Jamuan untuk adik-beradik, anak saudara, besan² dan kenalan rapat makcik saja.
Banyak juadah yang disediakan - nasi beriani dengan ayam masak merah, dalca & acar buah, mee rebus, bihun sup, lemang, ketupat palas, nasi impit, rendang, roti jala & kari ayam, satay. Besan makcik bawa puding caramel gula hangus.
Dessert - tart keju buncit, brownies, kek, rojak buah, jeli kelapa dan kuih raya.
Alhamdulillah, puas makan.
Alhamdulillah, Syawal berlabuh menutup tirai
semoga ada rezeki bertemu lagi di tahun hadapan
pelamin tinggi senang smua tetamu bole nmpk walaupun tk pegi dkt ngan pengantin kn
ReplyDeletebetul, dari jauh dah boleh nampak...
DeleteWah, banyak kendurinya dalam satu hari yg sama, mujur dekat2 lokasinya. Orang kita kan, memang raya terlajak selalunya, hihi.
ReplyDeleteRamai yg buat kenduri kahwin lepas raya...sebulan Syawal rasa tk sempat, selalu terlajak..tapi takpe, tetamu ok je...hihi..
DeleteBestnya, banyak acara makan².
ReplyDeleteCantik, Laman Pengantin Ummi Farsha tu. Tart keju buncit? Ala, tade gambar ke? Mesti comel.
betul, cantik deko nya...nampak mewah....segan nak ambik gambar, ramai yg berkumpul dkt tmpt dessert...cheese byk, bulat je..depa panggil tart keju buncit...
DeleteAlhamdulillah, meriah jemputan kawen dan open house raya walaupun dah Syawal dah berlalu 😄
ReplyDeleteAlhamdulillah, acara makan2 kita onz je..hihi..
Deletewaahhh list dessert menggodanyaaaaaaa :)
ReplyDeleterojak buah yg best...kuah makcik dari putrajaya yg buat...
Deletemeriahnya majlis kenduri kahwin penghujung Syawal
ReplyDeletemasih meriah dgn acara makan2..
Deletekan ahad tu byk lg yg buat open house. kwn ciknur pun ada he hee kita pegi je sb hari minggu kan
ReplyDeletesbb cuti, ramai yg buat jamuan raya...walaupun syawal dah habis..
DeletePrlaminan pengantinya cantik sangat.
ReplyDeletedewan pengantin pun cantik, pelamin pun indah juga..
DeleteMasih open house eh?
ReplyDeleteya, jamuan raya utk keluarga terdekat saja..
DeleteSedap-sedapnya makan di majlis kenduri dan jamuan raya tu... saya tahun ni tak beraya,... bizi dengan tempahan kuih muih dari jiran-jiran. Sudahnya sepanjang syawal terperuk saja di dapur...
ReplyDeleteAlhamdulillah, byk dapat tempahan sepjg syawal...
DeleteSeronok nya tengok semua majlis memang best
ReplyDeleteAlhamdulillah, rezeki di hujung minggu..
DeleteMeriah hujung minggu Nohas dengan acara sosial dan makan2. Seronok!
ReplyDeleteSaya menetap di PP ni agak sendulah, kawan kenalan semua jauh di area tengah/selatan.
Alhamdulillah... InshaaAllah, bila dah lama menetap, akan ada kawan kenalan baru..
DeleteDah lama pula tak ke kenduri kahwin rasanya.
ReplyDeleteInshaaAllah, ada jemputan..boleh pergi..
Delete3 majlis makan sehari. Nasib baik lancar tidak ada kesesakan lalulintas kan?
ReplyDelete2 majlis di hari Sabtu, 1 di hari Ahad...hari Sabtu tu, trafik byk tapi tak jem sgt..
Deletetinggi betul pelamin.. heheh. kalau jatuh naya. mungkin sbb nk mudahkan org nampk pelamin dan pengantin kot. Alhamdulillah rezeki hari itu
ReplyDeleteAlhamdulillah, rezeki makan-makan...betul, satu dewan boleh nampak,..mmg tinggi pelamin nya..
Delete