Tuesday, 19 December 2023

Kambing & Ayam Perap Pak Mat Western

 Hari Khamis minggu lepas, ada site inspection di KL Sentral..

nampak ni, teringat kat SA
 
Parking di bangunan sebelah. Ada Kedai Kita di tingkat bawah.
Nampak ada jual sampul surat, so kita pun masuklah, nak beli. 
Tengok ada peti Pak Mat Western.
happy, tetiba nak try lah produk Pak Mat Western
pertama kali nak rasa 
beli dua sekali - Kambing Perap dan Ayam Perap
Lembu Perap tak beli
 
harga Kambing Perap =RM35.90
Ayam Perap = RM43.90 

bagi dua peket sos lada hitam
 

So, hari minggu tu, start lah membakar, menggril kambing
sebab feveret kambing, kita makan kambing dulu
 
bungkusan kambing perap & sos lada hitam
satu bungkus ni ada 3 keping daging kambing
 
grilled lamb
 
Kita pun dengan gembira start mamam, tetiba....kenapa rasa manis?
perapan dia manis, sos lada hitam pun manis...huhu...keciwa, keciwa..
 
semalam try ayam perap pula
 
dalam ni ada 5 ketul ayam saiz sederhana
 
pun sama, perapan dia manis
 
last night dinner
 
sup sayur + cendawan

secara jujurnya, sedikit kecewa dengan rasa produk ni
ayam madu, kambing madu kot..sebab tu rasa manis..
entahlah..papepun, Alhamdulillah, ada makanan...

26 comments:

  1. Pernah makan kambing perap Pak Mat tapi tidak makan dengan sosnya. Hehe macam sate pula. Daging dan kuah manis

    ReplyDelete
  2. Oh, saya pun tak berapa suka perapan manis. Ada nampak org jual dan pernah jugak teringin nak beli tapi bila dah tau ni mmg confirm tak beli la kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk pun pertama kali cuba sbb teringin nak rasa...dah rasa, oklah..

      Delete
  3. dapat batch manis kut...saya punya ok la pada tekak..

    ReplyDelete
  4. Saya pernah nampak, tapi tak terbeli, sebab bagi saya, harga tu agak mahal.

    ReplyDelete
  5. Opps! takpe dah terbeli next takyah beli lagi hehehhe. Tak serasi dengan selera mereka yang kurang gemar manis-manis kalau Mrs. A suka manis-manis pedas

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb iklan gempak, tu yang teringin nak rasa...oklah, dah cuba sekali...manis2 pedas sedap..

      Delete
  6. Belum pernah beli. Kalau perapan ayam daging kambing, tak sedap la kalau ter-manis kan.

    ReplyDelete
  7. Baru rasa teringin nak cuba Pak Mat Western, sekali ramai kata manis.. hmmm xpelah.. =D

    ReplyDelete
  8. wah sedapnya.. selalu nampak kedai pak man western tapi tak penah cuba lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba, mamapp...mungkin suka dgn rasanya..

      Delete
  9. oh manis ke..tp baca review rmi ckp sedap..celebrity rmi dok promote kn....tk pernh cuba...kt opis ada juga agent..aritu kwn mkn dkt cafenya yg dkt penang tu..katanya biasa2 je menu nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab promosi gempak, tu yang teringin nak beli...tgk kat tiktok, ramai jg yg kata biasa2 je..

      Delete
  10. daging perap manis rasa kuih ya

    ReplyDelete
  11. Alaaaa...baru nak beli...manis rasa perapannya...erm...beli kambing yang shoulder slices tu, baik perap sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je beli buat rasa..kalau perap sendiri, lg sedap..hihi..

      Delete
  12. kalau kita yg kaki pedas makan mmg tak kena..tapi ada je org yg suka. lain2 tekakkan. sebab ammi pun tak berkenan dengan rasanya.

    tapi ayam mmg mahal dari kambing ek..acaner tu? tgk pada berat mcm sama je

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, selalunya kambing lg mahal drpd ayam...tapi ayam lg byk pieces walaupun berat sama...kat peket tu tulis, rasa mcm kat hotel..huhu...

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!