Merhaba...sambung kisah di hari terakhir di Istanbul...
Oleh kerana check-out time pukul 1.00 tengahari, kami pun keluar meronda lagi, nak pergi ke Arasta Bazaar, dibelakang Masjid Sultanahmet @ Masjid Biru @ Blue Mosque..
Masjid tak pergi, nak pi bazaar je..hehe..masa ni ingatkan Blue Mosque tu tutup sebab ada renovation, rupanya dah dibuka dan boleh bersolat di dalamnya..Alhamdulillah..syukur sangat..
lalu ikut sini, kelihatan German Fountain
yang berkubah hijau tu
Jalan² tengok Obelisk, legasi Roman Empayar, sampai ke hujung (yang ni kita masuk entry lain lah ya), kemudian masuk lorong ke Arasta Bazaar.
bangunan berwarna-warni
seperti biasa, masjid² di Turki ni self-sufficient,
ada pusat komersil untuk menampung kos biaya masjid
Ada ditulis tarikh pembinaannya pada tahun 1609 - 1616
Arkitek : Sedefkar Mehmet Aga, anak murid arkitek tersohor, Mimar Sinan
Tiba di bahagian tepi Masjid Sultanahmet
Tengok orang ramai naik tangga untuk masuk ke masjid, kami pun ikut sama
Rasa syukur sangat dapat ziarah masjid tersohor di seantero dunia ni
tapi manusia punyalah ramai, bising pulak tu
kesian orang yang tengah solat kat depan tu
Dah habis ziarah Masjid Sultanahmet, kami pun kembali ke hotel untuk check-out. Simpan beg di hotel dan keluar semula untuk ke Masjid Hagia Sophia untuk solat serta berikhtikaf..lepak², bersantai-santai, to kill time..
Nak solat di Masjid Sultanahmet, rimas rasanya tengok orang ramai sangat, tak jumpa pula tempat muslimat. Di Masjid Hagia Sophia, tempat muslimatnya best, ada privacy (sebab visitor tak pergi ke kawasan muslimat) dan tempatnya sejuk walaupun Hagia Sophia tu agak menggerunkan, masih kelihatan lukisan² & lambang² kristian di siling..
Mohlah kita gerak..gerak² khas..
lawa2 nya seni bina di turki...semoga ada rezeki ke sana juga...aamin
ReplyDeleteAmiin²..
DeleteKalau saya, suka masuk kedai souvenir. :)
ReplyDeleteMemang cantik blue mosque tu, ye, dalam dan luar. Besar.
Rambang mata tgk barang² dlm kedai souvenir..hihi..besar² kompleks masjid di Turkiye..mungkin sbb ramai penduduk..
DeleteSetakat SA baca entry dan tengok gambar satu je SA kagum..persekitaran kat semua tempat sanagt bersih erk.x macam negara lain
ReplyDeleteBetul..kwsn mmg bersih..
DeleteHari first tu kiteorg solat dekat Masjid Hagia Sophia tapi boleh pulak time solat tu ada pelawat lelaki yg duduk dekat bahagian muslimat (dieorg tak solat, just duduk je). Lepas tu confuse pulak dgn saf sbb ada org yg solat sendirian tapi berdiri dalam saf org yg solat jemaah. Lebih suka solat dekat Blue Mosque sbb time solat security halau semua pengunjung dari ruang solat.
ReplyDeleteBetul, saf org yg solat jemaah kt Masjid Hagia Sophia caca-merba, esp. yg bhg belakang²...oo..time kami pergi, takde lelaki yg masuk kt tmpt muslimat...
DeleteMasa kami di Blue Mosque, ramai betul rombongan budak sekolah, tu yg bising..pak guard kt Blue Mosque tu garang...stokin basah pun dia nmpk, suruh tanggal stokin..hehe..