Meneruskan berjalan-jalan di area Beyazit...
Dari Beyazit State Library, jalan ke kawasan kedai di belakang library. Nampak ada kedai jual makanan, take five, break sekejap, makan borek, sejenis makanan Turki..
pelbagai jenis borek
Lepas makan sambung beli souvenir, murah-murah di sini. Kemudian sambung berjalan menyusuri kedai-kedai di belakang Grand Bazaar.
Di persimpangan jalan, nampak signboard tunjuk arah ke Suleymaniye Mosque. Jom ke masjid tu pula, hari melawat masjid hari ni. Kena mendaki bukit..yeah, yeahh..
Suleymaniye Mosque ialah masjid terbesar di Istanbul sebelum pembinaan Masjid Camlica. Lokasinya di atas bukit, Third Hill, mengadap the Golden Horn. Sultan Suleyman the Magnificent mengarahkan arkitek tersohor Empayar Uthmaniyah, Mimar Sinan membina sebuah masjid untuknya selepas Mimar Sinan membina Masjid Sahzade untuk anak kesayangannya, Sahzade Mehmed.
rear view of Masjid Suleymaniye
Masuk ke perkarangan masjid dari pintu belakang akan jumpa kawasan kubur lama dan makam Sultan Suleyman dan isterinya, Hurrem Sultan.
Teman secara jujurnya malas nak ziarah kubur sultan dan isterinya, bila mengenangkan kisah mereka yang dot, dot...sanggup seorang ayah bagi arahan bunuh 2 orang anak kandungnya dan juga cucu-cucu lelaki dia..ramai lak tu yang kena bunuh..(baca di wikipedia)..
Kakak saya masuk, saya tunggu diluar, melihat-lihat kubur-kubur lama, unik dan menarik batu nisannya..
lawa kubur-kubur lama di sini
di sepanjang lorong dari bahagian belakang menuju ke depan masjid, kiri-kanan ialah kubur-kubur lama, nampak cantik pulak..
Dah sampai di bahagian depan, jom kita masuk masjid
lebih kurang sama je masjid kat Turkiye ni
Menuju keluar pagar, kami mencari makam Mimar Sinan, arkitek & engineer tersohor. Menurut maklumat, makamnya direka sendiri oleh Mimar Sinan.
jalan masuk ditutup, ada renovation work
Kemudian ambik tram, balik hotel, landing atas katil..letihh..
Sambung aktiviti petang pula
Macam-macam jenis borek yang dijual ye. Bolehlah beli yang berkenan di mata dan selera.
ReplyDeleteSemua nmpk sedap..cuba dulu, sib baik sedap jg..
DeleteTak cuba Turkish sand coffee tu ke?
ReplyDeleteCantik architecture dia orang ye. Walaupun kawasan kubur. Dalam masjid, apatah lagi.
Tak beli yg ni..ada try turkish kopi yg lain..kubur² lama yg ada di sini unik² batu nesannya..
Deleteborek tu ala2 puff ye
ReplyDeleteYa, betul..
Deletesedap nampak borek cantik masjidd Suleyman
ReplyDeleteCantik masjidnya..
DeleteBapa 'borek', anak rintik...? Hehehehe
ReplyDeletePerkataan sama..
DeleteCantiknya masjid Sulaimaniye tu..borek tu pastry ye...nampak sedap
ReplyDeleteCantik² masjid Turkiye..ya, pastry...sedap jg..inti masin sikit..
Delete