Wednesday, 1 November 2023

Turkiye 2023 | Basilica Cistern & Hagia Sophia

Sambung kisah di hari kedua di Istanbul...

Dari Sirkeci, kita ke Sultanahmet, kawasan pelancongan paling popular di Istanbul. Kota Istanbul dulu namanya Constantinople ialah pusat pemerintahan negara Turki sejak berkurun-kurun lamanya..

Sebab itu tarikan utama di Istanbul ialah tinggalan sejarah Empayar Byzantine dan Empayar Uthmaniyyah seperti Blue Mosque, Hagia Sophia, Istana Topkapi dan Basilica Cistern yang berada di sekitar kawasan Sultanahmet. The architecture, the history, the civilisation and the ancient technology are a feast of the eyes, heart and mind..

Sejarah negara Turkiye sangat menarik. Mulanya dibawah Roman Empire sejak Middle Ages, kemudiannya diperintah oleh beberapa empayar setelah Roman Empire menjadi lemah. Sejarahnya juga menyaksikan kehebatan empayar Islam yang menakluki sebahagian dunia.

Kronologi pemerintahan negara Turki:

Empayar Byzantine : tahun 324 -1204
The Loot of Constantinople by Fourth Crusade : 1204 - 1261
Empayar Byzantine : 1261 - 1453
Empayar Uthmaniyyah : 1453 - 1923
 
Dibahagian selatan pula, ada kerajaan islam Empayar Seljuk. Kalau menonton drama Turki, Ertugrul dan Kurulus Osman, kita akan ketahui sejarah negara Turki sebelum wujudnya Empayar Uthmaniyyah.

Bulan Oktober ni genap 100 tahun jatuhnya Empayar Uthmaniyyah dan penubuhan Republik Turki pada 29 Oktober 1923. Yang sedihnya, jatuhnya Empayar Uthmaniyyah, wujudnya negara haram Israel pada tahun 1948..
 
Sejarah kita simpan dalam ingatan, jom selusuri sebahagian tinggalan Empayar Byzantine di kota Istanbul..

 
kawasan Sultanahmet
 
Hasrat hati nak solat di Masjid Aya Sofya. Masih ada masa lagi sebelum waktu Asar, kita gi Yerebatan Sarnici (Basilica Cistern) dulu. Melihat kehebatan ancient technology Empayar Byzantine yang masih bertahan sampai sekarang.
 
Ada banyak cistern di bawah tanah kota Istanbul, tapi Basilica Cistern yang terbesar. Mula dibina oleh Emperor Constantine (emperor pertama), kemudian ditambah oleh Emperor Justinian. Ia merupakan sistem saliran dan pengumpulan air bersih untuk kegunaan istana emperor.
 
Dari stesen Sultanahmet, berjalan turun ke bawah mencari pintu masuk ke Basilica Cistern.
 
penjual dondurma
 
Haci Besir Aga Cesmesi
paip air minum seperti ni banyak terdapat 
ditempat-tempat awam di kota Istanbul
 
Menyusuri jalan Yerebatan Caddesi, jumpa tempat keluar dari Basilica Cistern. 
 
pintu keluar
 
Teringat semasa naik tram ke hotel di hari pertama tiba di Istanbul, ada ternampak orang beratur tepi jalan depan tulisan Yerebatan Sarnici. So, kita ikut laluan tram..yeayy..jumpa..
 
bangunan kayu ni ialah Tourist Information Centre

di sini tempat beratur untuk masuk ke kaunter tiket
 
info sejarah
 
Panjang barisan. Ada laluan khas untuk siapa yang beli tiket online. Walaupun panjang, bergerak cepat...taklah beratur lama..
 
di kaunter tiket dan entry ke bawah tanah
harga tiket 450TL
 
berjalan di atas pelantar
dibawahnya penuh dengan air
 
arca-arca dalam air
 
cantik bila buka lampu 
 
Takde akviti apa, berjalan, posing2, OOTD...tempat rare..
katanya ada 336 marble columns dalam ni
 
kepala Medusa dijadikan base column
Mengikut kepercayaan kuno Greek, Medusa ni anak dewa laut.
Panahan mata Medusa boleh buat orang bertukar jadi batu 
 
last shoot dari atas tangga sebelum keluar
 
Keluar ke jalan Yerebatan Caddesi, kedengaran alunan ayat Al-Quran dari Aya Sofya, dah nak dekat waktu Asar. Bergegas ke pintu masuk..sib baik ada tulis 'for prayer only'..dapatlah masuk cepat, takyah beratur..pelancong lain kena tunggu..
 
 Aya Sofya I-Kebir Cami-i Serifi
The Hagia Sophia Grand Mosque
 
pintu masuk utama, kena scan beg 

tempat wuduk lelaki
 
Masuk ke dalam bangunan, ada tempat perempuan di sebelah kiri
 
view dari bahagian perempuan
 
Bangunan tandas dan tempat wuduk ada diluar, jalan ke atas, melepasi pintu masuk utama masjid. Selesai orang lelaki solat jemaah, terdengar imam baca Qunut Nazilah dan berdoa untuk rakyat Palestin..banyak kali dia sebut..Palestin, Palestin..hiba rasa dihati..

Selesai solat jamak, melangkah masuk ke ruang masjid utama. Alhamdulilah, rasa tak sangka dapat melihat dengan mata kepala sendiri pemandangan yang selalu nampak dalam foto dan internet..tapak warisan dunia UNESCO yang beratus-ratus tahun usianya..
 
Subhanallah..MasyaAllah..
 

Dah habis snap-snap gambar, jomlah kita keluar, pelancong ramai sangat...

Perisytiharan Aya Sofya sebagai masjid oleh Sultan Mehmet Al-Fatih
 
Umum mengetahui Aya Sofya dibina sebagai gereja Kristian Orthodox oleh emperor Empire Byzantine, kemudian dijadikan masjid oleh Sutan Mehmet selepas penaklukan Kota Constantinople, kemudian dijadikan muzium oleh Presiden Mustafa Kemal Atartuk. Pada tahun 2020, Aya Sofya dijadikan masjid semula oleh Presiden Erdogan walaupun mendapat bantahan dari negara Greece. 
 
Boleh baca entry Bacaan Surah Al-Fath di dalam Hagia Sophia, Istanbul..yang saya tulis pada bulan Jun 2020. Tekan sini untuk baca.
 
Ok, akan ada kunjungan kali kedua ke Aya Sofya pada hari terakhir di Turki. 

Aya Sofya dari sisi lain
 
Tak berlama-lama di Sultanahmet sebab akan stay di kawasan ni pada 2nd leg Istanbul, selepas balik dari Bursa.

 Jom ukur jalan, balik ke Sirkeci dengan berjalan kaki.

14 comments:

  1. wahh bestnya. ada juga ya arca medusa tu. Allahu part imam sebut palestin banyak kali tu.. terasa sekali hiba ):

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih mengenang nasib saudara kita di Palestin...semoga kita semua diberi kekuatan utk beri bantuan..

      Delete
  2. Masa saya sampai ke Hagia Sophia dahulu masih belum boleh solat berjemaah di situ. Azan pun belum dilaungkan di situ. Kat dinding2 boleh nampak tile2 sewaktu bangunan ini masih gereja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun 2020 baru diguna sebagai masjid...bekas2 hiasan sebagai gereja masih nampak walaupun ada yg dipadam..

      Delete
  3. Bestnya dah sampai Aya Sofea...pengalaman indah kan pi Turkiye..SA pun simpan dalam wishlist je dulu ni..ntah bila dapat pi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...semoga SA dpt kesana jg..amiin..

      Delete
  4. subhnallah indahnya masjid hagia sofia

    ReplyDelete
  5. Beruntungnya, nohas. Dapat solat di Aya Sofya.
    Cantik tempat yang namanya Basilica Cistern tu. Macam pernah tengok dalam movie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Allah bg peluang...citer James Bond 'From Russia with Love' yg ada scene kt Basilica Cistern...

      Delete
  6. Masya Allah.. cantiknya aya sofia.. imagine terus buku teks sejarah form 4 dulu belajar tamadun dunia bila dgr nama2 dlm entri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Turki mempunyai sejarah yg panjang & menarik...

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!