Thursday, 30 November 2023

Turkiye 2023 | Istana Topkapi - Part 2

Sambung jalan-jalan di Istana Topkapi..

Selepas melawat Calligraphy Collection, kita ke Fourth Courtyard, dibahagian belakang sekali, yang mengadap Selat Bosphorus. Di sini ada 4 pavilion - Terrace, Yerevan, Baghdad dan Mecidiye. Pavilion ni tempat rehat-rehat, tempat terima tetamu..

 

Jom pi Mecidiye Pavilion. Masa nak pi sini, ramai pula rombongan budak-budak sekolah Turki. Ada 2 -3 budak lelaki tanya kami in English..'what's your favourite football club?"..tiberrr...bila jawab MU, Liverpool..depa cakap no, no...Besiktas, Besiktas...bising depa suruh sokong Besiktas...yolahh..
 
Mecidiye Pavilion
 
wow...mewah sekali deko nya
 
cantikk..pinkish in colour..
 
Sepintas lalu sahaja dalam ni, keluar dan menuju ke bahagian taman pula.
 
bersiar-siar di royal garden
 
Terrace Pavillion

 

Baghdad & Yerevan Pavillion
 
naik ke bahagian atas, ke Marble Terrace, ada Iftar Kiosk
 
kolam di Marble Terrace  

Iftar Kiosk - dulu² sultan nak buka puasa diluar
 
Masa ni dah rasa nak terkucil. Jam pukul 12.20, dah 2 jam berjalan. Tanya kat guard, toilet ada di Second Courtyard. Jomlah selesaikan hajat dulu. Lalu depan bangunan ni, tengok ramai tengah beratur...macam best jer ni..
 
beratur panjang di Treasury Building
 
Gate of Felicity - Gate of White Eunuch
toilet ada dihujung, belah kanan sana
 
Dah selesai, masuk semula, nak pergi ke Treasury Building (Fatih Pavilion) pula. Beratur panjang...sabaq jelah..
 
Faith Pavilion @ Imperial Treasury
 
Bangunan ni ada koleksi barang² peribadi sultan² Ottoman & keluarga diraja, hadiah² dari negara luar, semuanya nampak mewah..

Antara koleksi yang ada..
 
Keluar dari sini, kami pun decided nak balik, tak larat dah nak tengok..hahaha..ada satu lagi bangunan yang menarik..the Imperial Kitchen..surrender dah..
 
Keluar ikut Gate of Felicity, nampak tugu ni..
 
 
masuk sekejap kedai souvenir, then bergerak menuju ke Exit..
 
Bergerak keluar dari Second Courtyard
 
First Courtyard @ Court of the Janissaries @ the Parade Court
Janissaries ialah tentera elit Empayar Uthmaniyah
 
Kemudian nampak bangunan ni, tengok ramai yang pi sini
oo..ni mungkin Aya Irini..sebab dah masuk dalam tiket, jomlah pi tengok sat..
 
Hagia Eirene @ Aya Irini - bekas Byzantine church
 
takde apa, kosong je dalam ni
 
Tak berlama-lama disini, bergerak ke Imperial Gate, untuk keluar dari kawasan istana. Jam pukul 2.10 petang, maknanya 4 jam sesi melawat Topkapi. 
Itupun tak habis tengok semua...puas hati... 

Balik ke hotel, kita ikut Soguk Cesme Sokak, lorong diantara Hagia Sophia dan Istana Topkapi..

Information mengenai Soguk Cesme Sokak

Ada rumah kayu yang cantik di sepanjang lorong ni
 
rumah-rumah kayu yang cantik
 
Ortakoy kumpir - kentang yang diisi pelbagai benda
 
Petang ni kami akan ke Ortakoy, so kita beli di sana jelah.. 
 
rumah lagi
 
cantik manhole - motif bunga tulip
 
Sampai dah di jalan besar, masa untuk makan. Lunch time!! 
Tapau kofte, nasi dan salad dari satu lagi kedai kofte di Sultanahmet, Meshur Sultanahmet Koftecisi.
 
beli di kedai ni pula
 
suasana dalam kedai

salad dah siap
 
memang set kofte, dapat roti, besar jg rotinya
Alhamdulillah, ada sambal, jom mamam, Bismillah
 
Bersambung - aktiviti petang pula

18 comments:

  1. Macam mana la suasana lebih 100 tahun dulu bila empayar ottami memerintah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tengok drama Turki - Magnificent Century - kisah Sultan Suleiman...macam2 drama dlm istana topkapi..

      Delete
  2. Replies
    1. ada sambal...sedap sambalnya..tak brp pedas..

      Delete
  3. Wow! First time tengok versi gambar2 ni. Selalu tengok gambar di luar je

    ReplyDelete
    Replies
    1. muzium istana ni best..boleh snap gambar dlm bangunan..

      Delete
  4. Best best. Suka lepak Royal Garden, tengok selat. Makanan memang sedap2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. view cantik..dari atas bukit tengok selat..

      Delete
  5. wahh cantik betul deko dlm dia ya...bangunan luar pon nampak cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik2 hiasan dalaman istana...empayar yg besar & kaya..

      Delete
  6. cantik istana dlmnya pinkish color

    ReplyDelete
  7. Cantiknya hiasan dalamannya, mewah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. gaya 19th century European art...mewahkan..

      Delete
  8. Banyak juga tempat pergi melawat, ye. Mesti penat jalan, berapa banyak steps la, agaknya. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak jg dalam satu hari, dari pagi sampai petang/malam...lebih 10K..

      Delete
  9. teringat citer Magnificent Century, Sultan Suleyman yang banyak permaisuri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sultan2 Ottoman ni byk gundik, permaisuri nya seorang...Sultan Suleyman kahwin dengan hamba yg cantik nama Roxelana & terus jadikan dia permaisuri..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!